18hb April- 10.20 pm, Malindo OD 186 selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah.
Keluar sahaja dari perut kapal terbang, kami diminta berbaris dalam 2 barisan dengan jarak 1 m antara satu sama lain.
Seterusnya, kami melalui 3 kaunter iaitu:
1) Body Temperature Screening.
Mujurlah, dari skrin tu, imej aku berwarna kelabu. Kalau berwarna oren atau merah, mesti dah diasingkan dan dibawa ke hospital.
2) Health Declaration Counter.
Di kaunter ini, Health Declaration Form yang telah diisi akan diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Borang Home Assessment Toll turut diberi. Bagi yang ada masalah kesihatan, contohnya kencing manis, darah tinggi, wanita mengandung dan sebagainya, mereka akan diasingkan ke kaunter lain untuk diambil sampel darah, swab test dan sebagainya. Syukurlah, aku tak ada sebarang masalah kesihatan.
Health Declaration Counter |
19hb April- 0.01 am. Bayi dan kanak-kanak kelihatan mula menangis. Kesiannn... Mungkin keletihan, mengantuk atau pun sebab lama menunggu giliran dipanggil. Di depan aku, seorang bapa entah berapa kali ulang menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star untuk mententeramkan anaknya. Di sudut yang lain pula, seorang bapa berbangsa Cina mundar mandir menyorong anaknya yang berada dalam stroller agar berhenti menangis.😢😥😓
Akhirnya, giliran kami dipanggil untuk menaiki bas. Hanya 20 orang dibenarkan untuk menaiki bas yang berkapasiti 44 orang. Atas alasan, untuk mengelakkan over crowding.
Akhirnya, sampailah ke hotel tempat kami bakal berkuarantin selama 14 hari. Hotel Crystal Crown yang terletak di Petaling Jaya. Selepas proses daftar masuk bilik, aku pun segera menuju ke tingkat 13, bilik 1321.
Akhirnya, giliran kami dipanggil untuk menaiki bas. Hanya 20 orang dibenarkan untuk menaiki bas yang berkapasiti 44 orang. Atas alasan, untuk mengelakkan over crowding.
Ada 10 buah bas sedia menanti |
Beg bagasi, beg sandang dan beg tangan kami disembur dengan cecair basmi kuman (Macam orang racun rumput tu 😆). Manakala, tangan pula wajib dinyahkuman dengan hand sanitizer yang disediakan. Barulah kami dibenarkan naik bas. Di pintu masuk bas, beg plastik yang berisi air mineral, air kotak, sebungkus kecil biskut Tiger dan dua bungkus coklat diberikan. 😘
Dipendekkan cerita, 10 buah bas besar berkonvoi dengan polis peronda motor berkuasa tinggi mengiringi di sebelah kiri. Perjalanan begitu lancar memandangkan tiada langsung masalah trafik, tiada kenderaan lain kelihatan di atas jalan raya. VVIP sangat layanan untuk Kluster Kayangan ni. Ini merupakan kali ketiga aku menerima layanan khas seperti ini. Kali pertama, ketika pergi menunaikan haji (dari Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya ke KLIA) dan kali kedua, ketika mewakili Malaysia dalam Sukan SEA ke-13 di Jakarta dalam acara Paragliding.

Jam menunjukkan pukul 3.41 pagi ketika aku masuk bilik. Seusai solat isyak, tanpa mandi, tanpa menggosok gigi dan tanpa mencuci muka, aku terus rebah di katil empuk sedia untuk melayari bahtera. 😴😴
No comments:
Post a Comment