Sunday, January 31, 2010

Dah besar panjang...

28 Jan 2010 (Khamis) - Hari ini genaplah anak buah I, Shamimie Sofea @ Mimi berusia 4 tahun dan tahun ini, dia dah memasuki alam persekolahan- tadika. Majlis hari jadinya di peringkat sekolah diraikan pada hari jumaat, manakala peringkat rumah pada hari sabtu. So, sibuklah kami membuat persiapan. Pada asalnya, I bercadang sponsor sate kambing + sate ayam, malangnya penjual sate itu tidak menjual pada mlm itu, jadi menu terpaksa ditukar ke sandwich telur. Haha. Save sikit budget.

Mimi & adiknya, Anim

Hehe..inilah gmbr tak seberapa latest dia. Sexy sikit.

Dipendekkan cerita...selepas isyak, majlis pun bermula lah. (Maaf...gmbar tidak ada kerana bateri kamera kong. Ambil pki kamera hp, ntah ke mana gmbr2 tu hilang. Kena virus kot ). Alah...kami2 je. 2 rumah je, 5 keluarga terlibat. Makan...makan...makannn...sehingga semuanya tersandar. Dan baru I tersedar, apalah gunanya control mkn selama ni tp malam ni tibai semuanya. Erkkkk....alhamdulillah. Nafsu mkn skrg makin menjadi2 la. Nasib baik tak nafsu lain. Hmm...lps ni, kena lah ingat sendiri, kalau tanak masuk THE BIGGEST LOSER ASIA, mkn kena jaga. Bykkan exercise...bla..bla..bla...

Monday, January 25, 2010

Tak do kojo, cari kojo...

Sabtu lps, penulis ke Ranau, ikut jln darat, tumpang En. Hisham, a Paraglider newbie. Perjalanan mengambil masa 6 jam. Kbtln dia outstation ke Tawau. Mulanya, 50-50 nak ikut, tp selepas 'diracun' oleh geng Paraglider yg lain, dr 50-50, terus berubah menjadi 100%. Nak itot...nak itot...

Ok. Bertolak dr Twu kira2 jam 7.30 pm, dan diringkaskan cerita, sampai di Ranau, di tapak perkhemahan tepi sungai, pada pukul 1.20 am, hari ahad. Dan pabila mendongak ke langit...MasyaAllah...Cantiknya langit mlm tu. Tak pernah seumur hidup melihat bintang begitu byk, dan sesekali dihiasi dgn shooting star. Nak ambil gambar, tak nampak apa2 pulak. Maklumlah, kamera biasa je. Sehinggakan kami (penulis, Bro Amin dan Sulim) meluangkan masa kira2 setengah jam mendongak memandang langit nan indah dek bintang2 kejora. I mencadangkan agar kami bertiga tidur di luar khemah je, supaya dapat menikmati keindahan langit mlm tu. Malangnya, dorg takde sleeping bag. So, tidur dlm khemah la (berasingan ye...).

Esoknya, selepas angin dah masuk, apa lagi...fly la. Hari ni, penulis org pertama yg fly selain merangkap satu2nya 'wanita' yg terbang. Demo utk sorg lagi newbie yg akan solo pada hr itu. Perggghhh...semuanya perfect, dari take-off, sehinggalah landing. Hari ni, dpt 3 fly. Dan pada jam 3.30 pm, penulis kena get ready utk balik semula ke Tawau.

Perjalanan selama 6 jam mmg begitu menjerihkan. Sakit badan dan sakit kepala mulai terasa. Dan terasa alangkah bestnya kalau diurut 1 badan. Arggghhhh.... tu lah, tak do kojo, cari kojo. Dan mgkin sbb tidur yg kurang dan aktiviti yg agak lasak serta membakar begitu byk kalori, sakit kepala tak hilang wp selepas bangun pagi. Dah siap2 mandi dan pakai baju kerja, alamak...macam makin teruk la poning ehhh...Apa lagi?. MC la... Next training, cuti CNY 9 hari. Penulis akan meluangkan lagi masa 1 minggu utk paragliding dan menambah kepada 25 fly yg sedia ada. Huhu..

Wednesday, January 20, 2010

...just like the river flows...

At last...Berhari2 line inet tak bagus, tak dpt get thru pun. Dan kini, barulah blog yg hampir bersawang ini dikemas kini...

Merujuk kepada tajuk, duit tunai ku mengalir seperti aliran sungai...Begitu pantas dan meninggalkan baki RM 18.72. Ke mana alirannya???...


Ya...dapur rumah mengalami construction! Dan, sebagai ahli isi rumah yang berkerjaya, I kenalah menyumbang beberapa ribu untuk tujuan tersebut.

Ke mana lagi aliran tunai itu?. Oh yes, ingat lagi azam tahun baru penulis? Health and beauty conscious...Huhu...Yeah, byk juga RM yang dilaburkan untuk kelihatan jelita dan berpenampilan feminin sedikit. Kalau tak jelita di mata orang lain pun, jelita di mata sendiri. Dan kos lepas untuk penaiktarafan dapur rumah dan untuk kekal santik dan jelita, pembelian lap top baru dan motorsikal terpaksa ditangguhkan dulu.

Saturday, January 9, 2010

Halalkan Gaji Anda!

Sesi persekolahan telah seminggu berlalu. Dan sepanjang seminggu yang lepas, Cikgu Suhaila langsung tidak mengajar atau masuk kelas. Hahaha...Betul...Ini kerana tahun ini jadualnya hanya mengajar Tingkatan 4 dan pelajar Ting. 4 ini hya akan mendaftar pd 14 Januari. Maklumlah... sekolah menengah Teknik.

"Dan apakah yg dilakukan oleh cikgu itu sepanjang minggu lps?. Jom kita terjah!!!! Nas Ahmad dari skuad Melodi akan merungkai isu kepada suatu persoalan..."( Lagu Terjah dari Amy Search sedang berkumandang).

Nas Ahmad (NA): Khabarnya U dah kembali bekerja selepas sebulan lebih bercuti. Boleh U bagitau mcamana hari pertama U?

Cikgu Suhaila (CS): Eiii...U ni...tau je kalau I. Ok jerrr, I sibuk 'show-off' gmbr I masa kat Korea dan sibuk tgk gmbr percutian org lain kat Oversea. Mula mengantuk jam 12 tghari. Hmmm...kan masa cuti wajib 'membuta' di waktu tgh hari di samping kurang tidur akibat menjadi 'operator pengeluaran wanita' sehingga tgh malam.

NA: Oh ye ke?. U wajib 'membuta' ke u makan gaji buta? Hehe...So, Selasa hingga Jumaat, U buat apa pulak?. Takkan tiap2 hari show-off gmbar dan interbiew percutian org kot????

CS: Apa abang Nas ni?. Selasa enjin dah mula panas la.. wpun tak masuk kelas, I menyibukkan diri buat 'core bussiness' tau. Hadir meeting itu, jadi pengerusi meeting ini. No wonder markah LPP2009 I 90sumthg. Tak caya ke Abg Nas? Ni I nak bagi tau kat PP di entry yg lepas, errrr...sapa tu, Cik Rambomadonna dan Cik Suna ye?. Thn 2006, I telah mendapat markah sebanyak 91.30, LPP2007-91.63, LPP2008-94.56. Bukannya apa, sewaktu mendaftar keje di hari pertama dulu (25 Jan 2002), I telah pun diingatkan agar menjaga kualiti kerja dan kata2 yg terpahat sehingga ke hari ini dalam serebelum- HALALKAN GAJI ANDA !.

NA: Tinggi markah U tu...Errrr....dasat ye. Nasib baik terpahat kat serebelum.

CS: Tu la pasal. So, masa cuti, I akan cuti sakan2 dan masa bekerja, akan bekerja macam gila. Sampai tensen2, tekanan dari atas, dari bawah dan pelbagai sudut...cuma malas cerita.

NA: Oh ye ker?. I ada terdengar dr sumber2 yg boleh dipercayai U nak dinner dgn sorg jejaka Isnin ni. Betul ke?

CS: Eiii....dr mana tau ni Abg Nas?. Ye la tu kot...ala...kebetulan dia dtg sini, jumpa je la. Oklah Abg Nas, I ada hal kejap lagi. Nnt kita story mory lagi ye. Bye.

NA: Untuk PP di luar sana, semua isu telah terungkai. Namun, masih ada satu persoalan. Siapakah jejaka yg bakal dinner bersama Cikgu Suhaila itu. Nantikan kupasannya dalam Melodi minggu hadapan. ( Lagu Terjah oleh Amy Search berkumandang ).