Wednesday, December 28, 2011

2011 in review...

Hmm...merujuk kepada entri setahun yang lepas, uhuk...uhuk...uhuk.... sesungguhnya azam, harapan dan hasrat yang dirancang tidak begitu terlaksana.

Aku masih lagi berstatus BUJANG!. Setelah memberikan sepenuh jiwa & raga (nasib baik tidak ku serahkan DARA), cintaku diKHIANATI!. (Di saat ini lagu Someone Like You mula berkumandang...). Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...Takpe2, aku percaya, seseorang yg lebih baik ada di luar sana, cuma mgkin dia belum dapat menjinakkan seekor kuda lagi. Hahaha

Aku pun belum Skydiving lagi. Dah sampai Pattaya, tapi kompeni yg mengendalikan skydive tu pula dah 'bungkus'. Patutlah emel aku tak pernah dibalasnya. Aku pun konfiden je sbb kawan aku yg pernah buat tu kata, "ko walk-in je. Bukan selalu full pun". Ada 1 lagi kompeni yang buat tp open for booking pada 10 Dis. Masa tu, aku dah kat Tawau dah. Hmmm...Takde rezeki la.

Yes!. Aku dah selamat ke Vietnam dan siap buat networking di sana. Pemandu pelancong semasa di Vietnam, Kevin Vo telah membuka kompeni pelancongan sendiri. Jd, bila terasa nak shopping atau 'lari' ke Vietnam, u know who u can turn to. Tak gitew?.

Sasaran untuk menakluki 3 negara baru tidak tercapai. Sungguhpun begitu, ada penambahbaikan berbanding tahun lepas.
1) Pada 28 Mei - 1 Jun, sekali lagi aku mengunjungi Maninjau, Padang, Sumatera Barat. Kali ini aku terbang dan disaksikan oleh Mem Besar (mama ku). Ha...kali ni baru dia menyaksikam dgn mata kepala sendiri anaknya terbang.

2) 23 -29 Okt: aku ke Beijing. Maksudnya, 1 lagi keajaiban dunia berjaya ditakluki selepas Piramid di Mesir.

3) Aku terpilih sebagai Team Malaysia utk SEA GAMES ke-26. Yg ni aku btl2 tak sangka. Sukan sekolah pun aku tak pernah wakil rumah sukan. Tup...tap...wakil Malaysia. Biar betul?. Ttp mmg betul. Haha. Nasib baik aku terima. Belum tentu lagi Sukan SEA di Myanmar nnt aku terpilih.


4) Aku akhirnya menemui Joni Balbo di alam nyata, yang selama ini hanya ditemui di alam maya. Op kos aku begitu teruja umpama Hensel & Gretel yang jumpa rumah diperbuat dari gula2 apabila Candi Prambanan dan Candi Borobudur berada di depan mata. Syiok habissss...

Jadi, itulah rumusan utk 2011. Yg pasti, azam, harapan dan sasaran yang tidak berjaya itu akan dibawa ke tahun 2012 untuk dilaksanakan. Mudah2n 2 rancangan yg 'pending' itu tidaklah dibawa skali lagi ke tahun 2013. Hehe. Amin....InsyaAllah...

Monday, December 26, 2011

Ai Di Beijing...

Seorg kawan sekerja bertanya, "Su, ko nak ikut lawatan ke Beijing?". Tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab, "nak". Mana mgkin aku menolak peluang untuk melihat salah satu keajaiban dunia. Dan pada 23 Oktober 2011, aku bersama 5 orang rakan sekerja selamat menjejakkan kaki ke bumi Beijing dan mendaki Tembok Besar China keesokkan harinya. Huhu...
(Tembok Besar China telah dibina oleh Dinasti Ming pada 475-221 SM bertujuan untuk melindungi negara daripada serangan pihak utara).


Sangat teruja menakluki Tembok Besar China ttp adalah mustahil untuk menghabiskan pendakian dan perjalanan sejauh 6300 km dalam masa yang singkat. Walaupun mendaki tak lebih dari 3 km, namun itu sudah cukup mengalirkan lelehan hingus dan melenguhkan betis. Harga tiket hanyalah Rmb 48 = RM 24 ttp pengalaman bergambar di sini, TIDAK TERNILAI!.

Sblm msk The Forbidden City, kena melalui Tian anmen Square dulu

Keesokan harinya, kami dibawa melawat The Forbidden City. Harga tiket masuk bernilai Rmb 60 = RM 30. Untuk pengetahuan, kawasan penempatan Maharaja ini mengandungi sebanyak 9,999 1/2 bilik dan dikatakan menempatkan seorang gundik bagi setiap bilik. Aku terfikir, "sungguh kuat nafsu maharaja itu. Mcm takde kerja lain selain seks". Untuk melindungi kawasan Larangan ini daripada pencerobohan musuh, batu ditanam sedalam 3 m di seluruh kawasan berkeluasan 72 hektar ini. (Menurut pemandu pelancong, satu kajian yg dijalankan oleh Barat mendapati, jumlah bilik sebenar adalah kurang dari 9,999 1/2. Jumlah 9,999 1/2 itu hanya dibesar2kan untuk menunjuk2 kekayaan, kekuasaan dan 'kekuatan' Maharaja China pada masa itu).

Ini baru pintunya masuknya... belum lagi bangunan utamanya...

Untuk hari ini saja, kami berjalan kaki sejauh 4.5 km di dalam kawasan The Forbidden City. Itu pun hanya melawat sebahagian kawasan sahaja. Kebanyakan bilik atau bangunan di kawasan ini tidak dibuka untuk umum.

Selesai makan tengah hari, kami seterusnya di bawa ke rumah urut (atau supaya korang tak salah faham, Department of Health Care) dan penutup aktiviti hari ini ialah menonton Pertunjukan Akrobatik.

Stesen Tian Jin

26 Okt -Hari keempat lawatan. Hari ni kami ke Tian Jin menaiki Bullet Train. Aku taklah teruja sangat memandangkan dah naik Shinkansen masa mengunjungi Tokyo dulu. Tapi, memandangkan majoriti dah sepakat, takkanlah aku nak tinggal sendiri2 kat hotel FX tu. (Perjalanan Beijing-Tian Jin sejauh 120 km mengambil masa 2 jam 30 min menggunakan bas tetapi hanya 29 minit dengan keretapi laju. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 297 km/j ).

Sekembalinya dari Tian Jin, aktiviti yang digemari oleh semua peserta rombongan iaitu-SHOPPING. Ada yg tangan kiri kanan membawa hasil belian. Aku, cukuplah setakat kain sutera 4 m, winter coat berwarna merah, Fridge Magnet dan beberapa cenderahati yang kecil2 je. Nasib baik nafsu bershopping aku masih berada dalam kawalan.

Bangunan yg menyerupai kepala kuda laut.

27 Okt- Hari ni melawat The Summer Palace (Yiheyuan) yang terletak di barat Bandaraya Beijing. Ia adalah taman sejarah yang terbesar di China. Taman tersebut dibina pada tahun 1755 untuk meraikan harijadi raja dan juga tempat para golongan diraja menghabiskan cuti musim panas. Malangnya, ketika ini kabus agak tebal. Jadi, keindahan taman ini kurang terserlah.


Merah sgtlah Mak Ngah Winter Coat tu. Ahakssss...

28 Okt- Hari ni kami akan bertolak balik tetapi akan singgah bermalam untuk satu malam di Bangkok sebelum ke KL pada keesokan harinya. Secara keseluruhannya, aku bagi 8 dari 10 bintang untuk trip kali ini. Mgkin 2 bintang lagi boleh diperbaiki dari aspek kebersihan tandas dan juga menu sarapan pagi yang disediakan. (Mana tahan beb selama seminggu, sarapan korea yang sama setiap hari).

Thursday, December 15, 2011

3 minggu yg berbaloi...

Berada di Bogor, Jakarta bermula 5 - 23 Nov 2011. Suatu jangka masa yang agak lama dan hari2 terakhir aku semacam muak bila melihat perkataan Bakso Mie@BAKMI, Nasi Padang, Pecel Lele, Sop Bontot di tepi2 jln.

5 Nov: Bermula dengan keterujaan ditemuramah pemberita akhbar tempatan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kata2 perangsang daripada pegawai2 Imigresen yang bertugas, pandangan dari orang awam yang seolah2 berkata, "Wah...atlet Malaysia". Perasaan itu berterusan sehingga di Bandara Soekarno Hatta. Kami diiringi oleh beberapa orang sukarelawan Sukan Sea yang bertugas sebaik keluar dari pintu pesawat. Kami juga (Paragliders dari Sabah), 'diuruskan' di lorong yang berbeza dari orang lain untuk pengangkutan, pendaftaran, pemberian tag dan sebagainya. Bagasi kami berempat turut diuruskan. Kami hanya jalan berlenggang. Percaya atau tidak, bermula keluarnya dari pintu pesawat sehingga yang menghantar kami ke hotel, jumlah kakitangan yang terlibat sebanyak lebih kurang 30 orang, hanya untuk kami berempat.

Auummmm...Ini dia Pasukan Paragliding Harimau Malaya

Sebelum check-in hotel, kami singgah sebentar di sebuah restoran Nasi Padang dan di situlah baru aku teringat bahawa esok Hari Raya Haji. Takbir Raya sahut menyahut dari satu masjid ke satu masjid. Suara budak dan suara lelaki dewasa silih berganti. Sayu...Ini kali kedua aku menyambut Aidil Adha di perantauan secara berturut2 ttp lebih menyedihkan bila aku baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga terdekat. Namun, semua emosi itu perlu ditolak ke tepi dahulu buat masa ini. Aku perlu fokus dan perlu sedia dengan cabaran dan tanggungjawab yang digalas.

Ladang Teh berkeluasan 5 hektar di sekeliling Gunung Mas

6 - 9 Nov: Hari ini bermulanya latihan tak rasmi. Nampaknya kami berempat sahaja yang terbang di Puncak Gunung Mas memandangkan kami yang terawal datang. Pasukan dari negara lain belum lagi sampai manakala pasukan tuan rumah 'berehat' sehari. Pasukan Malaysia selebihnya akan datang pada 9hb. Kami memutuskan untuk datang 4 hari lebih awal kerana tidak datang semasa SEA GAMES -Test Event pada bulan Julai lepas. Dapatlah kiranya kami qada latihan yang tertinggal.

It's a bird, It's a plane. No, It's me flying.

Setiap hari selepas itu adalah rutin yang sama. Selepas sarapan, kami akan bergerak ke Take-Off Site dan terbang. Jika angin tail-wind, hujan, cross-wind, cuma 'para-waiting'. Sungguh bosan bila terpaksa menunggu...menunggu...dan menunggu. Semasa latihan, aku pernah masuk 'bull', landing atas pokok teh dan 'over-shoot'.

Bergambar: antara salah satu aktiviti bila tail-wind.

10 - 11 Nov: Bermula latihan rasmi. Kesemua pasukan dari 5 negara yang menyertai Paragliding iaitu Malaysia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Vietnam sudah pun ada. Dan tekanan semakin memuncak. Semua ingin melakukan yang terbaik tetapi isu keselamatan perlu diambilkira. Tekanan semakin bertambah bila tahu 'kelemahan' kita dan 'kekuatan' pesaing kita. Apa yang pasti ialah atlet2 Malaysia mpunyai pekerjaan yang tetap dan hanya akan terbang bila ada masa terluang manakala atlet2 Indonesia adalah atlet sepenuh masa yang dibayar untuk terbang setiap hari dan telah menjalani latihan di sini semenjak Test Event SEA GAMES tempoh hari.


Mlm ni, upacara perasmian SEA Games di dewan makan The Royal Safari & Resort Hotel, hotel penginapan semua atlet dan pegawai yang terlibat dalam acara Paragliding. Ada persembahan yang begitu memukau dan ada juga persembahan yang syok sendiri. "Alangkah hebatnya jika dapat menyertai acara pembukaan di Palembang...sambil2 melambai ke kaca TV", tu je yg bermain di otak ku pada masa itu...


12- 20 Nov: Yeay... selepas perbincangan Jurulatih dan Kapten Pasukan, aku tidak terpilih sebagai 5 calon utama wanita. Barulah darah mula menyirap ke muka. Kalau tak pucat je. Barulah hilang pundak di bahu. Aku begitu lega dengan pengumuman ini kerana berbanding yang lain, akulah yang paling kurang latihan, tidak pernah ikut pertandingan dan paling kurang pengalaman. Hehe...aku kan jaguh kampung je. Prestasi aku lebih menyerlah semasa fun-fly, bukan semasa pertandingan. (Untuk makluman, aku memegang rekod di Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu terbang selama 2 jam 30 minit. Semasa fun-fly, langsung tidak ada tekanan. Nikmat sebenar semasa terbang umpama burung dapat dirasai seoptimanya). Manakala semasa pertandingan, perut memang akan memulas sebelum take-off. Mesti nak ke tandas dulu untuk membuang yang kecil dan besar. Aku tidak rela disebabkan aku, pasukan kalah. Sebagai pemerhati juga aku dapat belajar sedikit sebanyak kerana aku 'berkepit' je dengan jurulatih di Landing Zone (erti kata lain aku byk belajar la) dan merakamkan video untuk setiap atlet dari team Indonesia dan juga Malaysia serta merekodkan skor yang diperolehi antara pasukan Indonesia, Thailand dan Malaysia untuk dibuat perbandingan dan untuk dikongsi bersama semua atlet Malaysia pada malam hari semasa sesi Refleksi.


Sekarang baru aku faham kenapa masa pertandingan untuk sukan ini memakan masa yang lama- sebabnya ialah faktor cuaca. Sepanjang hampir 2 minggu pertandingan, hanya 2 hari sahaja yang betul2 cerah. Tapi belum tentu hari yang cerah, keadaan angin juga bagus. Jadi, banyak kali pertandingan tertunda di sebabkan faktor cuaca. Tapi aku paling suka hujan lebat di petang hari. Bila task cancel, boleh balik hotel dan Zzzzz..... Rasanya yang lain pun berpendapat yang sama sebab bila ada tawaran untuk membeli-belah ke kawasan berdekatan, sambutan agak kurang menggalakkan. Semua pun cenderung untuk berehat dan tidur di bilik.

Dari kiri:
Jurulatih, aku, Lia, Pengurus pasukan, Asha, Jiu, As, Juri Malaysia.

Satu lagi perkara yang menarik ialah, setiap kali kontingen bergerak dari hotel ke Take-Off Site, dan dari Take-Off Site balik ke hotel, atau semasa lawatan contohnya semasa Night Safari, kami diescort oleh Polisi. Meriah...memang meriah bila 5 bas besar, setiap satunya membawa atlet dari 1 negara, ditambah 5 van untuk officials dari 5 negara berarak, akan didahului dan diakhiri oleh 2 motor besar dan 1 kereta peronda polis. Di jalan raya Jakarta yang macet banget, memang terasa semacam apabila diberi keutamaan. Pheww....sekali lagi terasa macam VVIP. (Ini merupakan kali kedua aku merasa pengalaman sebegini iaitu ketika menunaikan haji, dari Kelana Jaya ke KLIA).

Kami juga dapat menarik nafas lega apabila setiap hari pihak hotel menyediakan khidmat laundry percuma terhad untuk 2 helai pakaian.

21 Nov: Malam penyampaian hadiah. Daripada 12 pingat yang ditawarkan, 10 pingat emas dimonopoli oleh pasukan Indonesia dan 2 oleh negara Gajah Putih. Pasukan Malaysia berjaya merangkul pingat perak bagi acara Open Distance (Wanita) dan Race to Goal (Lelaki) manakala pingat perak untuk Race to Goal (Wanita), Open Distance (Lelaki) dan Accuracy (Wanita dan Lelaki). Secara keseluruhan, 2 pingat perak dan 4 perak gangsa berjaya disumbang dari cabang paragliding.

Tak pernah terfikir naik pentas dan terima hadiah atas nama MALAYSIA

Suka duka, pahit manis dan penat lelah telah pun dirasa selama berada di Sukan Games kali ke-26 ini. Aku sesungguhnya rasa bersyukur kerana selepas menolak sebanyak 3 kali, aku masih diberi peluang untuk menjadi sebahagian Team Malaysia. Sesungguhnya, pengalaman menyertai temasya sukan yang agak besar ini hanya dapat dirasai oleh sesetengah orang dan ini mungkin menjadi pengalaman berharga dan mungkin dapat aku rasai sekali seumur hidup.

Monday, December 12, 2011

Jogja- Never Ending Asia.

Lawatan ke Jogja merupakan lawatan penutup untuk tahun ni. Sungguh penat dan tidak sabar kembali ke rumah selepas sebulan lebih berada di rantauan. Bermula pada 22 - 29 Okt 2011 ke Beijing atas alasan kerja, 1 - 4 Nov ke Kota Kinabalu untuk latihan intensif Paragliding, 5 - 23 Nov di Bogor, Jakarta sempena sukan SEA ke-26 dan 25 - 28 Nov ke Pattaya sebelum ke Jogjakarta pada 29 Nov - 4 Dis 2011. Phew...mcm seorang Y.B pulak. Ke sana ke sini tanpa henti.

Niat awal hanya ingin bertemu Joni Balbo, seorang 'sobat' yang dikenali menerusi komennya di blog dan sebaik mengetahui dia berasal dan bermastautin di Jogja, peluang keemasan tidak sesekali dilepaskan. Hehe. Dan peluang ini menjadi kenyataan selepas 2 tahun 'bertemu' di Y.M dan juga F.B.

Bersama Joni Balbo di hadapan Candi Prambanan

Tidak lupa juga untuk melawati candi Borobudur, yang sebelum ini cuma dilihat pada brosur2 pelancongan, buku2 sejarah dan juga media2 cetak yang lain.

( Candi Borobudur merupakan Kuil Buddha terbesar di dunia. Didirikan pada kurun ke-8
dan disenaraikan sebagai Warisan Dunia yang ke 592
).

Berada di Jogjakarta, kenalah mengembek dan menguak seperti org Jogja. Kena makan makanan lokal, berpakaian seperti lokal dan hidup seperti lokal. Kenalah merasa Gudeg, berpakaian batik (cuba tgk pakaian yg dipakai di atas), menginap sambil membeli-belah di Malioboro.
Gunung Api Purba- Gunung Berapi yg tidak lagi aktif

Berada 6h5m di sini dan berbekalkan hanya Rp 1 juta lbh= RM400, rasanya aku dah melawat hampir setiap pelosok Jogja seperti Alun2, Ratu Boko, Pasar Batik, Keraton, Gunung Api Purba, Parang Tritis dan juga bekas laluan lava Gunung Merapi. Berjalan sakan sehingga bensin motor kehabisan, kebasahan dalam hujan dan 'tertidur' di atas motor. Haha. Dahsyat...dahsyat. Aku juga 'kehabisan' uwang sehingga terpaksa menukarkan Bht 350 ke Rupiah.

Dinding Candi Borobudur

Secara keseluruhannya, aku dapat 'lebih' daripada yang aku jangkakan. Secara perbandingan, Jogja 'lebih baik' trafiknya- orangnya memandu pada kelajuan sederhana, kurang 'honking', tidak begitu 'macet', bersih, teratur pembangunannya berbanding Jakarta. Terima kasih kepada Joni Balbo dan Wahyu Hadiyati selaku pemandu pelancong sepanjang berada di sana.