Sunday, December 31, 2017

BAITULMAQDIS- Bahagian 3

Walaupun jalan cerita tidak berkait, anda boleh membaca BAITULMAQDIS- Bahagian 1 (persediaan sebelum memasuki Israel) dan BAITULMAQDIS- Bahagian 2 ( ketika berada di imigresen Israel ).

Dome Of  Rock/ Kubah As Sakhra

Masjidil Aqsa
Bahagian ini lebih berkisarkan pengajaran yang diperolehi sepanjang berada di sana.

Konsep Redha
( Kredit kepada Misah Halili atas karangan beliau ).


Tinggal di kawasan konflik sentiasa memikirkan bahawa masih bernyawakah diri ini seminit akan datang. Oleh itu konsep REDHA sentiasa disemai dalam diri ahli keluarga waima sebelum tidur, keluar bekerja/ sekolah atau duduk di rumah menunggu org tersayang. Gambar di bwh merupakan tour guide kami sepanjang berada di JERUSALEM Mr. Shadi A. Diab. Sblm dia keluar dr rumah, anaknya akan cakap 'SEE U IN JANNAH' dan c bpk akan bls ayat tu balik (Diceritakan oleh Datin Zaiton sms dlm perjalanan ke masjid untuk solat Subuh). Nmpk tak? bagaimana redha itu dipraktikkan. Jd jika berlaku apa2 pd dia or ahli keluarganya sepanjang ketidakbersamaan mereka. Maka kemungkinan yg berlaku diterima dgn REDHA bukannya PASRAH. Semoga Mr.Shadi sekeluarga diberkati dan diberi kesejahteraan dari-Nya. Tapi kita di sini lain, musibah dah berlaku baru kita kata REDHA, tapi mereka belum berlaku REDHA sudah mendahului. Jadi sama2 lah kita hayati keREDHAan itu ye.

Mr. Shadi A. Diab

Pemurah Tak Bertempat. 

Kat Malaysia ni, selalu je korang tengok/ dengar pasal TABUNG PALESTIN kan?. Berlambak kat restoran. Sebenarnya, duit derma tu, tak sampai pun kat golongan sasar. Jd, janganlah jadi pemurah tak bertempat. Segala urusan bank dipantau oleh Israel. Tak tau la, duit yg korang derma tu pergi kat mana. 

Ni sorang sukarelawan NGO yg skrg kat Palestine. Beliau bertugas kat kaunter hospital dan akan membayarkan bil rawatan pesakit (Palestinian Muslim), daripada duit derma itu. Bolehlah korang salurkan derma kat beliau. InsyaAllah, sampai kat golongan sasar. 

Maaf kerana kad nama tercuci...tak terkeluar dari poket seluar. 

Atau, 


Rasanya cukuplah setakat ni. Aku takde gmbr yang diambil dr DSLR dan gmbr2 yg ada, byk yg ada muka aku. Korang lbh nak tgk gmbar dan bukannya nak baca sgt pun tulisan aku ni, kan?. Apa2 info yang korang nak tau, korang google dulu lps tu kalau tak dapat, baru pm aku soalan korang tu ek?. 

Ni, aku tinggalkan korang video kompilasi sepanjang trip ini. Harap korang termotivasi dan terinspirasi untuk pergi ke sana. Remember, I INSPIRE YOUR DESIRE!. 



Sebelum mengakhiri entri ni, aku nak ucap Selamat Tahun baru 2018. Semoga kehidupan kita lebih baik, ekonomi Malaysia lebih maju dan Malaysia tetap aman di tahun baru. Amin InsyaAllah. Bye....


Saturday, December 23, 2017

BAITULMAQDIS- Bahagian 2

Entri ini adalah kesinambungan dari entri BAITULMAQDIS- Bahagian 1. Kandungannya lebih memfokuskan SOP di imigresen Israel. Alhamdulillah, visa Israel kami dapat awal. Umpama, sebelah kaki dah boleh melangkah masuk Israel la. Menurut petugas THTS, ada grup sblm kami yang hanya mendapat visa ketika berada di Jordan.

Kalau tak ada tulisan rumi, korang faham-faham je la tulisan Israel tu. 
Sebanyak 2 kali sekatan imigresen perlu dilalui. Yang pertama, kami tak perlu turun dari bas. Hanya pemandu pelancong kami di Jordan, En. Firaas yang turun dan membawa bersama pasport kami. Sepanjang perjalanan, Firaas acapkali mengingatkan kami agar jangan sesekali mengambil gambar tentera. Jadi, siapa yang malas membaca tu, bahagian ini agak bosan sedikit sebab kurang gambar. 

Beginilah rupanya permit masuk ke Israel itu. 
Sekali lagi, kami perlu melalui imigresen dan kali ini perlu membawa bagasi bersama untuk diimbas. 

Tak boleh di cop dengan cop imigresen Israel, jadi dilekat dengan pelekat je lah. 
Bukan bertujuan untuk menakutkan, tetapi aku dengar banyak daripada kawan yang pergi sebelum ni. Walaupun bukanlah berlaku langsung kepada mereka. Antaranya, ditahan selama 1 jam dibilik tahanan, ditengking oleh petugas imigresen, pasport dilempar dan sebagainya. Kami dinasihatkan, kalau perkara sedemikian berlaku, tenang je, jangan tenung mata dorg. Sbb dorang ni saja nak uji...dan mereka sememangnya suka membuli. Kadang-kadang tu, ditahan bukan dibuat apa pun. Dibiar bodoh je dalam bilik tahanan. Lepas dorang dah puas, nanti dorang lepas kan la. Biasanya orang yang dorang nak 'buli' adalah rawak, tapi biasanya yang paling muda dalam group, yang banyak travel dan yang bernama Mohammad. Jadi, berhati-hatilah kalau korang ada ciri-ciri seperti di atas. Hahaha 

Ni nak cerita sikit. Dalam grup kami tu ada sorang Dato'. Dato' Nageeb namanya. Dia ni selalu travel oversea, atas urusan business trip. Dia lama la kena tahan. Kena soal macam-macam. Antaranya, kenapa bermalam 2 malam je kat Austria lepas tu dah pergi ke negara lain. Aduhai....punyalah bersangka buruk kat orang. Pasal selalu sangat travel pun boleh menimbulkan syak wasangka ke?. 

Dan dengan pembebasan Dato' Nageeb itu bermakna "PALESTINE, HERE WE COME!". Jumpa lagi dalam BAITULMAQDIS- Bahagian 3. 

BAITULMAQDIS: Bahagian 1

Untuk Bahagian 1 ini, saya akan lebih fokus kepada persediaan sebelum melangkah masuk ke Palestin atau sempadan Israel melalui Jordan.

Untuk trip 8 hari 6 malam ini, saya mengikuti pakej yang ditawarkan oleh Tabung Haji Travel & Services (THTS).

Maklumat pasal harga, rangka lawatan, nombor untuk dihubungi dan lain-lain ada di sini. 

Seterusnya, berkaitan visa. 


Ramai yang aku dengar sangkut kat sempadan Israel. Sebab, nombor telefon tidak ditulis dengan betul. Pertama kali tengok borang ni, aku pun macam, "Hah, nombor telefon?. Bukan pun aku guna kalau kat sana nanti. Mungkin aku akan guna simkad sana. Tak pun, guna je la Telegram ataupun Watsapp untuk berhubung dengan keluarga kat Malaysia nanti".

Korang jangan main-main dengan Israel ni. Semua pun dorang periksa termasuklah kandungan media sosial kita. Adakah sebelum ini, kita selalu memuatnaik atau kongsi status kebencian terhadap Israel?. Kami diingatkan agar memadamkan semua status berkaitan Israel oleh kakitangan THTS.


Syarat-syarat yang wajib dipatuhi ni pun bagus juga untuk dibincangkan. 

Syarat pertama dan syarat ke enam boleh diterima. 

Syarat kedua, oklah...memandangkan pasport Malaysia sah digunakan untuk semua negara KECUALI Israel. 

Syarat ketiga, hmm...biasanya kalu aku travel, aku akan bawa makanan atau apa sahaja yang kecil dan ringan dari Malaysia untuk dibagi kepada budak-budak di negara yang dituju. Tak apalah, mungkin aku boleh beli kat sana. 

Syarat keempat, ni antara syarat yang paling aku tak faham. Aku dah pernah isi borang visa ke Jepun ( 2009- Pelawat ke Jepun masih memerlukan Visa ), Australia, China, Mekah, Morocco ( bermula 2018 pelawat tidak perlukan Visa), tapi tak ada satu pun yang memerlukan nama Datuk ( sila rujuk borang Visa ). Datuk aku pun aku tak pernah tengok mukanya sebab meninggal sebelum aku lahir lagi. Aku dah tanya kakitangan bertugas THTS, tapi jawapannya, "Atas sebab keselamatan" tak memuaskan hati aku. Nak tau susur galur keturunan aku ke?. Orang Melayu ni berbin atau berbinti kan bapa. Tidak seperti orang putih yang menggunakan Surname. Kalau datuk aku terrorist pun, macamana dia nak kesan aku ni keturunan terrorist atau Spy?. Kalau korang tau atau ada jawapan yang logik, sila tulis kat ruangan komen. 

Syarat kelima lagi la tidak boleh diterima. Perempuan pakai pin atau brooch ko takut. Yang ko pakai senjata secara terang-terangan tu boleh pulak?. Apalah yang pin dan brooch boleh buat jika dibandingkan dengan senapang ko tu?. Nampak sangat dorang rasa keselamatan terancam kan?. 

Cukuplah penulisan entri terhenti di sini. InsyaAllah akan disambung dengan BAITULMAQDIS- Bahagian 2 yang lebih memfokuskan keadaan ketika memasuki sempadan Israel dari Jordan. Bye....

Thursday, January 5, 2017

Cherry Berry

Today, I'm not fit to go to work, due to Cherry Berry ( cirit-birit ). :'( I wished I am healthier and happier this year, but as early as 5th January 2017, I had my 1st M.C.

Last night, I went to the loo for 12 times. Panat!. Couldn't sleep... couldn't fart. Why?. Takut tercirit dalam seluar. Huhu :'( So, I was so sleepy and so weak this morning. 


I don't think I would consume the medicines. Hehe. I believe in the natural healing by my body. A bit slow...but without the consumption of any drug. ( Don't ever mention about this to my mum. Haha. I'm sure she's turning 'green' ). 

Guess that's all for now. Need to nap and rest as advised by the doctor. Zzzzz.... :-)

Monday, January 2, 2017

2016 in review.

Selamat Tahun Baru 2017. Terasa semacam satu kepuasan dapat menutup 2016 dengan baik, indah dan produktif sekali. Mengimbau kembali apa yang dilakukan sepanjang 2016, aku telah berjaya:

1. Pergi ke Iceland.
Sebuah negara yang harus dilawati sekurang2nya sekali seumur hidup. Begitu indah alam semulajadinya. Kebetulan menjadi begitu popular selepas filem Dilwale. Mungkin atas sebab itu jugalah, post aku ala2 Kajol di dalam group BackPackers Buddies Malaysia (BBM) berjaya mendapat 3.6k likes/ reactions.

2. Renovate rumah.
Adalah mustahil untuk aku yg hanya bergaji DG44 untuk mengeluarkan RM 10k secara lumpsum dipertengahan tahun, tanpa mengorek duit simpanan aku. Untuk itu, aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mak aku yang sudi mendahulukan sejumlah duit untuk tujuan itu. Manakala, aku hanya mengeluarkan duit untuk bayar upah pekerja sahaja. Lega bila kesemua 'hutang' itu dapat aku langsaikan sebelum 2016 melabuhkan tirainya.
Umpama tongkang pecah. 

3. In person bersama Proboscis Monkey.
Impian yang telah lama diidam-idamkan... namun atas faktor jarak lokasi dan masa yang menjadi penghalang, impian itu tertangguh selama lebih kurang setahun.
Do you see what I see?. 

4. Memandu sendiri sejauh 1000++km.
Dengan Nissan X-Trail, segalanya mungkin...chewahh!!!. Kali ini, ikut jalan baru/ belakang yang kononnya hanya mengambil masa 6-7 jam perjalanan. Sesat semasa pergi, hanya disebabkan satu simpang...yang akhirnya, menjadikan masa perjalanan menjadi 9 jam. Leper bontot!.
Road trip becoming more pleasure now.

Untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali, semasa perjalanan balik, KK-Tawau, aku menggunakan navigator kereta. (Sia2 beli kereta mahal, tp navigator ndak pandai guna. Haha). Yes!!!. Baru ndak sesat. Haha.

5. Disiplin soal kewangan.
Tahun ni, kewangan aku agak sempit sikit. Sebab nyata dan utama adalah, RM 1751 terpaksa dipotong setiap bulanan untuk X-Trail yang baru dibeli dan rumah yang tiada penyewa. ( Sblm ni, aku tak perlu membayar bulanan kereta dan sewa bulanan dari penyewa pula masuk). Yang membanggakan aku adalah, tatkala respon segelintir kawan ku, "kalau aku, aku korek duit simpanan aku", tapi aku langsung tidak. Langsung aku tidak sentuh duit simpanan aku. Kudos untuk aku sendiri.

6. Dapat menangani pe'el rakan sekerja.
Bak kata pepatah, "Dalam setandan pisang, tak semua buahnya bagus". Begitulah juga dengan rakan seangkatan yang aku pimpin. Ada yang ok, ada yang agak bermasalah. Kadang-kadang aku stress dan pening kepala dengan pe'el yang pelbagai. Ditambah dengan pe'el pentadbir yang sering menjadi ketidakpuasan hati kakitangan yang lain. Syukurlah, setakat ini, aku bebas dari penyakit-penyakit yang berpunca dari stress dan sinonim dengan "guru". :'(

7. Melancong secara solo.
Akhirnya, aku melancong secara solo ke Morocco dan Spain, dari 25 Nov - 15 Dis 2016 selepas berkecimpung dalam dunia pelancongan selama 14 tahun. Sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kerana segalanya sempurna, tanpa sebarang musibah menimpa ke atas ku.
Spentot yang aku cuci dan jemur kat lampu hangus. Hahahahahaha ;-P. Rasanya tu je la musibah yang menimpa aku. Hahahahahah

Sekian. Entri dikarang ketika Mesyuarat Awal Tahun Kali Pertama Kolej Vokasional Tawau, 2 Jan 2017 menggunakan Oppo F7. :-)