Metro Edisi Sabah & Sarawak, m/s 3, 13/4/2014
Dijadikan cerita...Pada suatu hari, bertarikh 31/3 ( hari pertama kembali bekerja selepas Cuti Tanpa Rekod selama 5 minggu dan disambung dgn cuti sekolah selama seminggu ), aku ditanya oleh seorang rakan sekerja, "Kak Su berminat ke diinterbiu oleh wartawan, masuk paper?". Aku, "pehal pulak?". "Adik si Kartini bah, cari bahan untuk Metro. Dia mau interbiu aku, tapi aku takde apa2 mo ditonjolkan. Jadi aku pass la kpd org yg lbh layak. So aku fikir kakak calon yg lebih layak". Jd macam biasa, aku positif je. Aku katakan, "Ok jerrr". "Betul ah?". "Ok jerrrr".
Minggu berikutnya, 7/4 ( Isnin ), otw nak ke kereta utk balik slps seharian bekerja, aku dihampiri oleh Kartini. Kartini, "Cikgu, ada org mo jumpa cikgu ni". Aku, "Siapa?". Kartini, "Ni nah. Adik saya, wartawan yg mo interview cikgu tu".
Wartawan, "boleh saya interbiu cikgu skrg?". Aku, "boleh esok ke?. Sy mo balik dah ni". Jawapan agak 'jual mahal' memandangkan aku keletihan mengqada kerja yang ditinggal kan selama lbh sebulan disamping belum mengerjakan solat asar. Wartawan, "sekejap ja ni cikgu", sambil mengeluarkan kamera DSLRnya dr beg. Aku, "skrg sy tak cantik. Kalau mo ambil gmbr esk ke time muka sy masih fresh dan lipstick masih ada". Wartawan, "bila cikgu free?". Aku, "rabu sy free". Wartawan, "ok, skrg sy interbiu cikgu sekejap, rabu kita photo shoot". Aku, "Ok, skjp ja aaaa. Tidak lbh 15 minit".
Jadi, sesi intebiu pun berlangsung. Bermula dari profile diri Ikon Metro dan sesi interbiu bertambah hangat bahagian hobi. Wartawan, "boleh saya tahu hobi cikgu?". Aku, "hobi saya 2 jer, melancong dan paragliding". Wartawan, "Argghhhh...(menjerit). Paragliding!. Yg sukan ekstrem tu?. Biar betul cikgu?". Aku, "betullah. Sy nampak mcm bergurau ke?". (Jawapan org yg kePENATan selepas seharian beKERJA). Wartawan, "jgn tlampau serius cikgu. Ok, cikgu sdh melancong ke mana?". Aku, "Sy sdh melancong ke 19 negara". Wartawan, "Arghhh...biar betul cikgu". Dan semasa aku sebutkan satu persatu negara yg sdh dikunjungi, wartawan itu pula yg begitu sexcited mendengarnya. Sebagai bukti apa yg aku perkatakan adalah benar belaka, aku tunjukkan video Paragliding aku, lbh tepat lagi video 2nd FAI Asian Paragliding Accuracy Competition yg baru berlangsung 2 minggu lps, video skydiving aku yg kbln ada dlm smartphone aku. Baru dia tahu tinggi rendahnya langit. Hahahaha. Baru buku bertemu ruas. Hahahaha.
9/4 ( Rabu ): Hari yg dijanjikan utk photo shoot. Aku siap mmakai dress terbaik yg aku miliki berwarna oren hari ini. Siap membawa kasut tumit tinggi berwarna emas setinggi 3 inci dan siap meminjam eye-liner, blusher dan compact powder dr kawan sekerja. Errkkkkk.....manalah aku ada semua bahan make-up ni. Dulu ada tp pki sekali dua je. Sdhnya, berakhir di tong sampah sbb EXPIRED wpun masih belum luak lagi.
Janji antara 8.00 -10.00 pg sbb 10.00 aku ada meeting. Bila jam dah menginjak dan batang hidungnya belum kelihatan lagi, aku pun call la c Yati ( wartawan itu la ) ni. Bolehnya dia ckp, "alamak sorry cikgu, sy tgh sarapan. Boleh nnt jam 12.00 sy dtg". Aku agak meruap juga la. Nasib sabar itu separuh dari iman. Dlm hal ni, dia yg set masa photo shoot dan nasib baik jg la aku tak perlu byr apa2 utk 'glamer' ni. Aku cuma ralat cara dia bekerja. Kalau pun ada 3 artikel yg perlu disiapkan, INFORM aku. Tak la aku tertunggu2. Ni kalau aku tak call, dia tak call. Hhhmmmm....Sudahnya, aku balas balik apa yg dia sdh buat kat aku. tepat jam 12.20 aku keluar makan tgh hari. Dia call dan sdh smpi sekolah. Aku jawab dgn penuh sopan sekali, "Sy tgh keluar makan. Tunggulah. Lps makan sy akan balik sekolah".
Photo shoot session- Byk posing, ada ditempat teduh, ada di terik matahari. Kadang2, ada posing yg disuruh buat tu membuatkan aku malu. Mcm gaya menggoda gitew. Tak shesyuai la bagi seorang Hajjah. Yg tak shesyuai, aku tak ikut. Eeiiii...malu nnt aku dikutuk oleh org yg kenal dan membaca paper tu nnt.
13/4: Berdebar-debar hati menanti keluarnya artikel pasal aku. Apa yg ditulis?. Gmbr mana yg keluar?. Cantik tak muka aku kat situ?. Tak nampak gemuk ke aku?. Mcm2 yg difikir. Haha
Paginya aku sibuk buat house-hold chores. Pagi betul pun paper belum ada lagi. Maklumlah Tawau...segala2nya lambat.
Selepas memasak laksa penang utk makan tghari itu, aku pyalah sexcited bla ada sms dr Yati mengingatkan psl paper utk hari itu. Maksudnya, CONFIRM la artikel pasal aku keluar. Aku takut aku je yg perasan. Lps tu, aku online la hp. Dpt Watsapp dr seorg staff kat sekolah, yg hantar gmbr kat atas tu. Time tu dia kat Keningau dan sblm ni tak pernah SMS, CALL ataupun Watsapp aku. So bayangkan la, tetiba dia watsapp aku. Dan sejurus slps dpt gmbr di atas tu, aku terus fwd kat group Anak Sigu Tiah, Parajokers Is Back dan A. Nik. Wah...mcm2 respon aku terima. Lps tu, aku upload pulak kat FB. Wahhhhh...notification mmg tak henti2 dan ini memaksa aku online sepanjang hari. Haha. Sehingga saat entri ini ditulis, sebanyak 176 Likes, 81 comments.
Knp aku tak begitu teruja dgn artikel ini?. Hmm...sbbnya aku rasa 30% je yg kami bualkan ditulis. Dialog yg ditulis smcm direka2. Patutla ramai artis menyaman media, Media 'menggunakan' artis dan Media meyiarkan gambar artis tanpa kebenaran dan byk lagi. Mcm itu lah yg aku rasakan. Tp sbb aku bukannya artis pun...bukan berkepentingan pun, jadi aku pun buat 'press conference' kat org2 terdekat je la. Chewahhhh...
Fakta yg tidak ditokok tambah hanyalah aku menyertai Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan mewakili Malaysia dalam Pertandingan 2nd FAI Asian Paragliding Accuracy dan profil aku. Yg lain...."rubbish" ( tlalu umum dan ntah la). Walau bagaimana pun, aku tidak menyalahkan Yati sbb akhirnya artikel itu disunting oleh Ketua Editor. Jadi, itulah ceritanya....
Kalau tak dpt baca sbb blur, korg tak rugi apa pun...Hehe. Tp aku masuk paper, ko hado?. Haha