Wednesday, April 28, 2010

Pandanglah lihatlah...tiru mcm saya...

Bulan ni, dptlah penulis memanjakan diri semanja2nya. Minggu lps, massage 1 bdn. Minggu ni, buat scrubs dan facial. Hmmm.. jumaat ni, plan nak g buat manicure & pedicure pulak. Hehehe...

Kenapa baru skrg?. Sebabnya, penulis dah ada 'kerja sampingan' skrg, sbg guru tuisyen Fizik. Jd, penulis mahu menghabiskan wang hasil titik peluh (wp tak pernah berpeluh sbb aircond) mengajar tuisyen dgn memanjakan dirinya sendiri. Uuuhhhh....Kerja sampingan ni baru je berkuatkuasa selama sebulan. Dlm seminggu, mengajar 2 kali, dan 1 sesi cuma selama 1 setengah jam, bermula jam 8.20-9.50 mlm, setiap malam Rabu dan Khamis.

Berbalik kpd cerita scrubs. Ini adalah pertama kali penulis membuat scrubs badan. Hmm...kesedaran timbul bila melihat iklan tv psl body shampoo Olay-Butter Shea kalau tak silap. Dlm iklan tu, muka model tu halus, mulus dan licin, tapi blkg bdn berbintik2 hitam, kasar. Tak nak penulis macam tu wp penulis tau mukanya tak lah selicin mana. Lbh kurang dgn permukaan bulan jg. Hahahahaha...

Oh ya, tersasar lagi jln cerita. Memandangkan ini adalah kali pertama buat scrubs, ada perkara yg melucukan terutama perihal 'pakaian' ketika discrubs. Wah...."g-string" nya....tak mcm "g-string". Hahahaha...Lupa pulak nak ambil gmbr. Dan oleh krn tak mcm "g-string" la penulis tak pki ditmpat yg sepatutnya dan inilah yg kami (penulis dan Ana- tukang scrub) ketawa bermati-matian sblm sesi bermula. Dan menurutnya, sblm ni, mmg ada "peristiwa yg sama " berlaku pd customer yg lain. Hahaha...Dah la tak selesa pki 'benda' ni, asyik2 termasuk kat celah "bukit yang montok" je. Hahahaha. Dan 'kedudukan' kat dpn kena pastikan 'on position', kalau tak...O ooo...TERDEDAH LA APA YG TIDAK SEPATUTNYA TERDEDAH. Hahaha.

Hmm...rasanya seperti kulit digosok dgn kertas pasir yg paling halus pulak. Dan yg bestnya, masa mandi, perghhhh...kulit terasa licin skali. Selicin sutera.

Oh ya, td semasa kerja, seorang kawan menegur. Kulit I nmpak cerah berseri berbanding biasa. Dan yg paling klimaksnya ialah semasa seorang pelajar masuk ke dlm Lab Fizik, kat pintu masuk dia dah menegur, "Berseri2 nmpak". I berpura2 menjadi kura2 dlm perahu, pura2 tidak tahu, lantas bertanya inginkan kepastian, "apa yg berseri2?". Dia kata, 'cikgulah yg berseri2'. Hahaha...Berbaloi juga duit melayang...nmpak juga kesan...

Jadi, para pembaca yg budiman sekalian, pandanglah lihatlah....tiru macam saya.

Tuesday, April 20, 2010

Inilah dia...

Yuhuu...skrg barulah didedahkan gadget tbaru I. Hehehe...Hp Pavilion dv2. Sekian lama merancang utk membeli, baru termakbul hasrat itu. Bukannya apa, kerana duit terkumpul diguna utk renovate dapur rumah-buruk dek kerana papannya dimakan anai2.


Malu slps ditegur secara terang2n oleh abg ipar, "Buruk btl nampak laptop mu tu yop". Hmmm...sbnrnya sblm ni pki laptop Dell yg tertulis Hak Kerajaan Malaysia kat depan. Siap ada seriel number lagi. Mmg malu kalau nak heret ke sana ke sini. Di tambah pula dengan pvc charger bateri yg memperlihatkan dawai konduktor...Kelihatan begitu daif skali.. Huhu. Mcm layak dimasukkan ke dlm program TV3 Bersamamu. Hahahahaha

Bahaya ni. Boleh kena renjatan elektrik ni.

Apa yg best dgn gadget terbaru ni ialah warnanya yg putih (kelihatan sungguh suci di kala ini), exquisitely thin & light, 12.1" LED widescreen display dan begitu sesuai utk kerja2 mnyunting video. Kalau sblm ni selalu je sangkut2 ms mengedit video. Mgkin ciri2 yg lain tu biasalah dgn ciri2 Laptop korang. Hehehe...

Pbandingan ketebalan dgn laptop Dell yg lama

Ok lah. Rasanya itu je. Bye...

Friday, April 16, 2010

Kali kedua...

16 April 2010- Hari ni, review doktor lagi utk kali kedua. Dan menjadi org yg pertama berjumpa Dr. Harmizie Osman, seorang Doktor melayu muda, berkaca mata. Hehehe.

View kat dpn bilik X-Ray.
Teringat masa kat Hosp. Queen Elizabeth, KK tempoh hari.
Beginilah lbh kurang keadaan penulis, cuma tidak berlumuran darah.


Seperti sebelumnya, soalan lazim yg ditya, masih lagi sakit pinggang?, dan seperti jwpn review sebelumnya bersama Dr. Jerry, "TIDAK". Dan soalan lazim ku pula, "adakah L1 saya sudah puih sepenuhnya?". Respon beliau, biasanya tulang mengambil masa 2-3 bulan utk pulih. Aku mencelah, "maksudnya bolehla sy fly Jun nnt, sbb Jun nnt ada event". "Itu kena tgk tulang dulu. Tp, janganlah dulu fly, biarla tunggu dulu 6 bulan, biar tulang tu betul2 pulih". Wp agak kecewa dgn jwpn tersebut, aku kena akur risiko yg bakal ditanggung sekiranya 'gatal' nak terbang juga. Nampaknya, plan ke Maninjau, Padang, Indonesia dan Bahau, N9 utk terbang di sana nnt terpaksa ditukar kepada 'parawatching' dan 'paratravelling' saja. Segala2nya sdh tersusun rapi, tapi apakan daya, Suhaila hanya mampu merancang. Tak pe lah, insyaAllah Disember nnt aku akan bergiat aktif kembali.

Menunggu ketika mengambil ubat.

Dan review seterusnya dijadualkan pada 14 Mei dgn Doktor Pakar Orthopedik, Dr. Prakesh, seorang doktor tua yg kurang membuatkan ku 'terangsang'. Hmmm...awal2 lagi dia suruh buat aktiviti lain selain paragliding, "better u pegi swimming, cycling, jogging rather than terbang2 ni". Ermmm....aku diamkan aje la, malas melawan wp sebenarnya nak je ckp, 'I'm not the typical type, I'm the extreme type, U je lah yg pg swimming, cycling, jogging, NOT me!". Hahaha.

Dan, ubat yg diberikan kali ni tidak lagi sebanyak dulu. Hya Calcium Lactate 300mg dan Calcitriol 0.25mcg, yg berfungsi utk menguatkan tulang dan membantu penyerapan Kalsium dlm tulang. Mungkin sbb bila Dr. Harmizie tya, "ada lagi mkn ubat tahan sakit?", aku terus terang jwb, "tak". "Ubat yg lain?". "Errrr...ubat yg lain kadang2, kalau ingat makan la, kalau tak ingat, tak la makan". Mgkin dalam benaknya berkata2, "hmmm...membazir je bg ubat kat dia ni". Hahaha

Oklah. Chow for now. Adios amigos.

Monday, April 12, 2010

Jasmin atau Yasmin


Jasmin atau Yasmin, atau nama saintifiknya,
Jasminum Sambac, semuanya merujuk kepada bunga melur atau pun bunga melati.


Dan musim berbunga bunga Melur ini begitu dinanti, kerana dapatlah kiranya penulis menambah keharuman bilik mandi dan menaikkan seri wajahnya (yelah tu), selepas mandian bunga melur. Semuanya bertitik tolak dari Petua Ratu Kecantikan, Ibu Jamie Jamilah Raden Gus Dur. Hahaha. Menurutnya, selepas mandian bunga di Spa Aunty Lisa, badannya terasa begitu wangi, bertenaga dan segar sekali. Tidak ingin kalah, penulis turut mencuba dan ternyata benar sekali. Dan pasti ada yang menegur selepas mandian bunga tersebut. Antara teguran yang diingati sehingga kini ialah, "Awak tak perlukan saya, awak dah cantik". Hahaha.

Dan sblm mengakhiri entri ini, terimalah lagu Bunga Melur dendangan P. Ramlee:

Dihujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan ditaman yang indah, bunga melur
Hanya disudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja

Monday, April 5, 2010

The making of a PLAYBOY model...

Suatu malam ketika penulis melipat kain baju, penulis mengambil sehelai bra dan bertanyakan kepada anak buah, Mimi yang berusia 4 tahun lbh, "Mie, ni apa dipanggil ni Mie?". Dia pun menjawab, "lapik tetek". "Oh ok", respon ku. Aku btya lg, "Mimi ada ke ni?". Dia mjwb, "tak ada". "Mimi mau pakai?. Ada aunty Yop pya". "Hehe..mau". Jd, cepat je aku mencari bra 'mainan' yg pernah diberikan oleh kawan suatu ketika dulu. Dan ini lah hasilnya...

Mimi Anderson