Menjawab soalan Norzah, penulis mmg tidak memaklumkan rakan2 tentang berita baik ini. Jangan terkejut sekiranya sepupu terdekat pun tidak maklum tentang hal ini. Ini kerana : 1) status penulis baru sahaja upgrade dari STANDBY ke CONFIRM, 2) penulis tidak mahu kelihatan menunjuk2 dlm hal ini. Tiba masa yang sesuai, mmg penulis bercadang untuk memaklumkan semua, memohon agar dipermudahkan segala urusan di sana, di samping selamat pergi dan selamat kembali. Tidak lupa juga agar didoakan agar mendapat Haji yang Mabrur.
Oleh itu, penulis ingin meninggalkan entri yang panjang dan boleh di buat renungan...Bukan bermaksud diri penulis ini baik daripada pembaca sekalian, tetapi sekadar ingin berkongsi...(Music Kitaro pls...)
" Perjalanan mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci, tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi pelancongan pun di dunia ini, anggaplah ia sebagai satu penerbangan akhir ke alam baqa’, pergi tidak kembali lagi.
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Al Barzakh dan Akhirat.
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam Sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Di mana penerbangannya bukan melalui Penerbangan Malaysia, Air Asia, Emirates atau Saudi Air, tetapi penerbangan Al-Jenazah.
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 20 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau ianya atas kesudian Pencipta kita Allah Hu Rabbul Alamin.
Di mana bajunya bukan berjenama Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
Di mana pewanginya bukan jenama Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.
Di mana pasport kita bukan lagi Malaysia, British atau America, tetapi Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita (bukan Syariah Awang mahupun Yat Baharom), tetapi Izrail dan lain-lain.
Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Indra Gandhi International Airport, tetapi Tanah Perkuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik berhawa dingin dan permaidani merah, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
Di mana pegawai imgresen bukanlah pihak Kastam (bukan Aziz Selut), tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang di idamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan atau pengimbas.
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas oleh mana2 militan, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan atau pun tidak dijual di dalam pesawat, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tiba & tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya (Bukan kerana pilotnya ialah Kapt. Arif mahupun Kapt. Nasa…)
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ia telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh..!! Penerbangan ini datang tanpa ‘AMARAN'. Cuma perlu ingat!! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini…".
Adakah aku telah bersedia untuk berangkat??? Adakah aku bersedia untuk penerbangan ini???. Sejujurnya aku mengatakan 'TIDAK". Dan 2 minggu yang tinggal ini, aku hanya mampu berdoa, "YA ALLAH YA TUHAN KU, BERILAH AKU HIDAYAH MU, AMPUNILAH DOSA-DOSA KU, MASUKKANLAH AKU DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. AMIN, AMIN YA RABBALALAMIN".
Dan dikala ini, penulis berasa agak 'takut' akan apa yang bakal menanti di sana.