Tuesday, March 31, 2020

Terkandas di Colombo: Bahagian 5

Entri sebelumnya...

24 Mac malam- Kak Aisyah telah pun menghubungi dan menghentam kaw-kaw pihak Kedutaan. Memang betullah apa yang dikatakan oleh beliau. Kebajikan kami tak terjaga, lebih-lebih lagi di saat-saat sukar begini. Kalau setakat mencari hotel, kami pun boleh cari. Kalau tak dapat sediakan penginapan, tolong la dari segi bantuan lain pun ok juga or else, tutup je Kedutaan tu. Menghabiskan duit kerajaan Malaysia je bayar gaji mereka tapi tak boleh buat apa-apa. Setakat ambil details kami je seperti nama, no. IC dan no. Paspot tetapi tiada tindakan!. 😬

Dipendekkan cerita, malam esoknya, kak Aisyah menyuruh aku menyenaraikan barang-barang keperluan. Tambahnya lagi, pihak Kedutaan yang minta. Dorang akan cuba dapatkan. 😱. Ini dah cukup baik. Aku pun senaraikan la vitamin C, tuala wanita dan ubat-ubatan Mek. 
P/s: kami bukanlah sengkek tapi kami tak dapat keluar untuk mendapatkan keperluan dan makanan. 
Lawatan kali pertama. Distance socializing...

Sumbangan peribadi daripada Pn. Khairi
 Stok makanan untuk 10 hari

Dengan bantuan makanan tersebut, dapatlah kami makan "mewah" sikit. Haha

Cucuq bilis bawang untuk minum petang 😋 
Ayam masak kicap yang tak hitam 🤤
Mihun sup yang serba serbi kurang.
Lawatan kali kedua. Penyerahan vitamin C dan tuala wanita. Ko tengok video tu rasa sedih ke atau rasa lucu?. 🤔 

Dan sepanjang tempoh seminggu kami #stayathome ini, aku nak abadikan video-video yang menjadi saksi kepada kenangan manis kami berkurung di sini. 

Pintu masuk pun berkunci. Huhu


Simple sexcercise 🏃‍♀️🏃‍♀️🏃‍♀️


Sesi masak memasak di dapur hotel.

Setakat ni je lah episod Terdampar di Colombo: Bahagian 5, iaitu kisah dari 24-30 Mac. Nantikan Terdampar di Colombo: Bahagian 6 dengan kisah yang lebih suspen. Jeng...jeng...jeng....

Terdampar di Colombo: Bahagian 4

Entri sebelumnya...

24 Mac, Selasa- Tamatlah Perintah Berkurung selama 3 hari buat sementara waktu. Hari ini, penduduk tempatan dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan sehingga pukul 12 tengahari. Kami merancang untuk check-out hotel yang telah didiami selama 3 malam dan check-in apartment yang murah sedikit memandangkan kami ada lagi 10 hari sebelum balik Malaysia. Seusai sarapan, kami pun pergilah ke Seagull Court Sumudu's Apartments.


View Lautan Hindi yang bakal dirindui
Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Borang menduduki apartmen diisi, deposit Rs 10,000 (RM 250) bertukar tangan dan tuan rumah menunjukkan fasiliti-fasiliti yang ada di premis itu dan sebagainya. Salah satu lagi prosedur yang perlu diikuti adalah melaporkan keberadaan kami di Balai Polis ( kerana Perintah Berkurung bersambung kembali pada pukul 12.01 tengahari, hari yang sama). Hal tersebut kami serahkan kepada Zili sambil ditemani oleh Mr. Roy ( pemandu pelancong kami ). Manakala, kami bertiga akan membeli barang makanan dan keperluan lain. 
Borang menduduki apartmen
Sedang kami berbaris panjang di tengah panas untuk membeli barang keperluan, Zili dah menghantarkan voice note menyuruh kami balik segera. Voice note kali kedua pula mengatakan dah ada polis menunggu kitaorg. "Ishhh!, biar betul?". Mau tak mahu, terpaksa keluar dari barisan untuk balik ke apartment segera. Sesampainya di apartmen tersebut, semua bagasi kami dah pun dimuatkan dalam kenderaan. Kelibat 2 orang polis dengan uniform coklat cair juga kelihatan melilau-lilau berhampiran di kawasan basement. 


Beratuq panjang


Wartawan tak bertauliah di tempat kejadian.
Mahu tak mahu, kami terpaksa balik ke hotel AOne, hotel tempat kami menginap sebelum ini. 😬 🤦😓. Kedutaan Malaysia di Sri Lanka tidak dapat menyediakan tempat penginapan untuk kami dan menghadapi masalah kekangan masa berikutan Perintah Berkurung akan bermula beberapa jam lagi. Hotel yang ditawarkan oleh pihak Kedutaan pulak adalah Berjaya Hotel, yang berharga USD 50 sehari. Kalau di sponsor takpe la. Ni ko kena keluar duit sendiri. 10 hari pulak tu?. Ko mampu?. 😬 ( Kadar Hotel AOne adalah USD 35-40 sehari ). 

Dengan Raqib sebelum check-out

Kami dengan rasa sedih dan kecewa terpaksa lah menghadap kembali Raqib, satu-satunya staff hotel yang baru je kami lambaikan tangan selamat tinggal. 😂🤣. Sesudah meletakkan beg bagasi kami di dalam bilik, kami bergegas keluar untuk membeli barang keperluan dan bekalan makanan. 
Ni je gambar apartmen dari basement yang sempat aku ambik. 
Setelah segalanya tenang, barulah aku bertanya dengan Zili apa yang berlaku sebenarnya. Ceritanya begini, resident kat Seagull Court Sumudu's Apartment tu yang tak mahu kami menginap kat situ sebabnya kes Covid-19  diMalaysia dah beribu yang positif ni. Mereka takut kami datang menyebarkan wabak kat situ. Kebetulan, Deputy Inspector General ( DIG ) pulak tinggal di tempat yang sama. Direct la aduan tu sampai kat dia. Dia pun teruslah arahkan 2 orang pegawai polis utk datang dan pastikan kami blah dari situ. Kami pun umpama PATI di Malaysia yang tiada permit kerja dihalau. Huhuhu...🤦😓😬. Baru ku tahu perasaan "PATI" yang diserbu macam dalam rancangan TV3 "999" oleh pihak polis. 😭. Hmmm...dalam media sosial aku post gambar-gambar yang indah-indah je kan?. Inilah hakikatnya. 

Oklah. Setakat ni je entri untuk Terdampar di Colombo: Bahagian 4 ini. Jumpa lagi... 

Monday, March 30, 2020

Terkandas di Colombo: Bahagian 3

Entri sebelumnya...

3 hari pertama Perintah Berkurung ( 21-23 Mac ). Ramai yang bertanya, "siapa yang bayar hotel?". Kat sini aku akan cuba jawab segala soalan korang. 😊.  Ente tanya, Ana jawab. Hehe. Utk 3 mlm, 2 bilik ( 1 bilik 3 orang perempuan dan 1 bilik untuk lelaki ), kosnya adalah LKR 52,500 ( RM 1206.87 ). Atas persetujuan bersama, kos ini akan dibahagikan kepada 4, jd setiap seorang hanya perlu membayar RM 302. Begitu juga halnya dengan makan, segala perbelanjaan kami akan bahagikan kepada 4. Kami bercadang selepas tempoh ini, kami akan berpindah ke penginapan lain yang lebih murah kerana kami ada lagi baki 10 hari sebelum balik Malaysia. 
Dari kiri: Che Sue Ella, Zili, Mek, kak Aisyah. 
Soalan kedua, "bila balik?. Wisma Putra yang sponsor ke?". InsyaAllah kami balik dengan MAS pada 2 April. Harga tiket adalah RM 870 dan beli sendiri. Ada juga penerbangan CMB-KUL pada 24 dan 26 Mac tetapi harga Yahudi, RM 2500. Terlalu mahal. Lagi satu, nak balik pun, keadaan Covid-19 kat Malaysia lagi teruk dibandingkan dengan keadaan di sini. Setakat entri ini ditulis, jumlah kes Covid-19 di Malaysia yang positif ialah sebanyak 2048 kes dan sebanyak 34 kematian, manakala Sri Lanka pula, jumlah kes adalah kurang dari 100 dan tiada kematian. Jadi, lebih baiklah aku berkuarantin di sini
Jalan Raya yang lengang 


Tanda-tanda awal "seteress"


Mek teringat anak dan cucu di JB

Soalan ketiga, "tidak sambung jalan-jalan ke?". Aiyoo!. Tak paham bahasp, boleh ditangkap tanpa waran, 2 tahun penjara dan bayar denda sebanyak Rs 1500 ( RM 35 ). Senarai penuh boleh lihat pada notis yang ditampal di depan pintu bilik kami. 


Pintu bilik 204 🤭
Syukurlah, setiap kali pergi travel, aku pastikan membeli Travel Insurance. Balik nanti boleh la claim. 😊


Entri seterusnya...

Sunday, March 29, 2020

Terkandas di Colombo: Bahagian 2

Kisah sebelumnya ...

Seusai sarapan pagi, kami check-out dari Mirissa Height untuk ke Colombo. Roy Marso, pemandu pelancong kami agak kelam-kabut sedikit hari ni. Kononnya, nak cepat sampai ke Colombo sebab Perintah Berkurung akan bermula hari ini, 20hb Mac pada pukul 6.00 ptg. Sepanjang perjalanan, dapat diperhatikan stesen-stesen minyak dibanjiri oleh kenderaan, sehingga beratus-ratus meter panjang. Begitu juga dengan mesin-mesin ATM dan pasaraya-pasaraya. Kami pun turut membeli-belah bahan makanan untuk stok selama 2 hari di pasaraya Cargills. Hari ini pasaraya ditutup pada pukul 2 petang. 

Sempat lagi rakam  video. 😜

Dalam perjalanan dari Mirissa ke Colombo yang mengambil masa 3 jam, kami singgah sebentar melihat stilt-fishing, satu cara unik yang diamalkan oleh nelayan tempatan Sri Lanka. 


Stilt-fishing



Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Galle Fort, kubu yang asalnya tinggalan Portugis pada akhir kurun ke-16, kemudiannya diambilalih oleh Belanda dan akhirnya oleh British. Walaupun begitu, kubu ini masih terpelihara dengan baik sehingga kini. Kawasan kubu ini agak luas dan menempatkan Masjid alJumaa, rumah api, penempatan penduduk dan banyak bangunan lagi.

Berlatarbelakangkan Masjid alJumaa

 Rumah api yang dibina pada 1936

Kerja tangan yang dijual
Seusai makan tengahari di restoran Al Maas, kami terus check-in di Aone Hotel yang terletak di 37, Frances Rd., maka berakhirlah episod untuk Terdampar di Colombo: Bahagian 2 ini. Jumpa lagi

Terkandas di Colombo- Bahagian 1.

"Apa?. Flight balik cancelled?". Hampir tidak percaya dengan apa yang baru diberitahu oleh Zili. Masa tu, 2 hari lagi sebelum sepatutnya dijadualkan balik ke Malaysia.
Coconut Hill, Mirissa

Petangnya, sesudah check-in di Mirissa Height, aku check lagi email. Takde pula email  dari AirAsia yang mengatakan penerbangan CMB-KUL telah dibatalkan. Check lagi website AirAsia, status penerbangan CMB-KUL pd 21/3 tidak dipaparkan. Chat lg dgn AVA, tak jumpa jawapan. Robot tu tak faham soalan aku. 🤔😬

Pemandangan dari balkoni bilik

Malamnya, khamis malam jumaat, 19hb Mac. Kami menyertai rakyat Malaysia menyertai bacaan Yaasin Perdana pada pukul 9.00 mlm ( waktu Malaysia ) dan 6.30 ptg waktu Sri Lanka. Walaupun terpisah jauh beribu batu, solidarity itu ada. Dengan niat yang satu, iaitu semoga wabak Covid-19 ni dapat dibendung. 🤲





Setelah segalanya selesai, kami ke pantai untuk makan malam Barbecue Seafood segar dari Lautan Hindi. Laparrrrrr!. Tak sempat ambil gambar makanan. 🥴

Bersambung...