Thursday, December 30, 2010

InsyaAllah...InsyaAllah...I'll find the wayyyy....

Seperti tahun2 lps, bila buat azam tahun baru, penulis akan pastikan azam itu dilaksanakan dengan jayanya. Antara faktor kejayaan sesuatu azam itu biasanya adalah masa dan kewangan. Bagaimanapun, perlu diingat, manusia hanya mampu merancang namun Allah yg menentukan segalanya.

Perancangan MEGA penulis utk thn 2011 ialah:

1. K.A.H.W.I.N
Dgn sapa?. Bukan dgn Prince of Persia, ttp cukuplah sekadar dengan Prince of Taman Ria (PoTR). Hmm... baru mengenalinya 6 bulan. Ter'jumpa' kembali slps 16 tahun. Can U believe it?. Dia merupakan schoolmate semasa di sekolah menengah. Maklumat lanjut mengenai jejaka bertuah itu tidak akan didedahkan di sini. Bak kata Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia... Tunguuu........

2. SKYDIVE
Penulis ada terbaca "10 Most Incredible Things To Do Before You Die" dan perkara pertama dalam senarai itu ialah SKYDIVE. Penulis merancang untuk melakukan SKYDIVING sebaik pulang dari menunaikan Haji... Apakan daya, 'bateri' belum dicas sepenuhnya dan masih dalam keadaan batuk teruk. Jadi, rancangan itu terpaksa ditangguhkan. Nak buat kat mana?. Pattaya, Thailand. Maklumat lanjut www.skydivepattaya.com

3. Menakluki sekurang2nya 2 negara baru.
Setakat ini, penulis telah pun membeli tiket utk ke Vietnam pada bulan Mac. Belum ada rancangan lagi untuk negara yang kedua. Semuanya bergantung kepada perancangan nombor 1 di atas.

Tu je lah MEGA Plan utk thn depan. InsyaAllah... Mudah2n dapat dilaksanakan tanpa perlu dibawa ke tahun 2012. Amin... Perancangan yang tak seberapa MEGA mmg byk dan tak perlulah disenaraikan di sini. Kalau setakat plan nak kumpul duit RM10k setahun atau nak jadi orang yang lebih baik dsb tu azam yg biasa2 je bagi penulis. Apa pula azam anda tahun 2011 ni?

Saturday, December 25, 2010

The Hardest Part of All ...

Begitu lega setelah semua rukun dan wajib haji selesai dilaksanakan. Yang dibimbangkan ialah, bagaimana untuk mengekalkan kemabruran haji itu selepas ini.

Sesungguhnya penulis berasa begitu byk kekurangan ilmu agama sepanjang mengerjakan haji. Diantaranya ialah dalam mengerjakan solat2 sunat. Mmg amat jarang penulis mengerjakan solat2 sunat seperti solat sunat Dhuha, Istikharah, Hajat, Taubat, Mutlak, Jenazah, Tahhiyatul Masjid dll. Perlahan2, penulis merujuk kepada buku2 solat sunat, bertanya kpd roomates dan kakak, kemudian barulah mengamalkannya. Sebelum ini, penulis melakukan solat2 yang wajib sahaja. Itu pun, kadang2 ada yg tertinggal. Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, penulis menggunakan masa sementara menunggu solat wajib sebaik2nya untuk melakukan solat2 sunat dan mqada solat2 yang pernah ditinggalkan dulu. Tidak lupa juga mengaji. Begitu mudah utk khatam Quran di sini. Penulis hanya memerlukan masa 2-3 minggu untuk khatam. Berbanding di Malaysia, penulis mengambil masa selama setahun utk sekali khatam Quran.

Penulis juga berniat utk memperbaiki ilmu tarannumnya sebaik kembalinya ke Malaysia nnt. Syukurlah, semasa kecil dahulu penulis belajar mengaji beserta tajwid sekali. Kalau Izhar, Idgham Maalghunnah, Mad Arid Lissukun dsb tu alhamdulillah penulis masih ingat lagi smpi skrg.

Seperkara lagi perkara yang perlu dijaga ialah bab pakaian. T-shirt lengan pendek hya dipki drumah, tidak sekali2 dipki ke bandar. Apatah lagi utk memakai Hotpant floral. Hahaha...Mgkin satu hari dpki juga, ttp utk 'santapan suami' la. Haha.

Langkah penyelesaian bagi permasalahan di atas?.
Setakat ini, penulis sedang berusaha untuk 'duduk lbh lama' di atas sejadah dan memakai pakaian yg lebih menutup kegebuan dan kemontokkan figuranya. Bagaimanapun, ilmu tarannum belum lagi dapat dipelajari memandangkan "kelas mengaji utk org2 tua" hanya akan dibuka semula bermula pada tahun depan. Alhamdulillah, setakat ini langkah2 penyelesaian sedang berjalan dan diharapkan agar dapat berterusan. Untuk berubah secara mendadak mungkin adalah mustahil. Semoga rakan2 turut menyokong dan menegur sekiranya penulis alpha di kemudian hari. Syukran Jazilan...

Monday, December 20, 2010

Ini bukan CHOBAAN, ini betul-betul...

Ada 2 minggu lagi sebelum balik ke Malaysia. Penulis diuji lagi. Kali ni dompet penulis pula hilang. Penulis cuma menyedari kehilangannya selepas ingin mbyar camel ride. Nasib abang ipar ada. Dialah yg pinjamkan duit SR10. Tq bro.

Muka gembira di atas sgt bertentangan dgn muka dlm keadaan 'terpaksa redha'.

Balik ke htl dan menyelongkar sehingga ke bawah katil. Mmg tak ada. Ada SR 260 dlm dompet tu. Mahu tak mahu, terpaksa redha wp di dalam hati berkata, "boleh buat beli 2 jubah lg dgn duit tu".

Selain penulis, ramai juga yg kehilangan duit/dompet tp kehilangan dompet penulis bukanlah disebabkan kecuaian. Ntahla...refleksi pya refleksi, penulis cuma berasakan duit itu tidak 'bersih', duit dari dividen ASB yang tidak di zakat. Selain sebab itu, tak tercapai dek akal ku.

Tidak berhenti setakat sesat dan kehilangan purse. Sekali lagi penulis kehilangan sandal Crocs. Kali ni penulis ingat di mana diletak sandal itu- di pintu 79. Mmg itu la pintu yg biasa penulis masuk. Mlm itu, selepas melakukan umrah sunat kira2 jam 2 pagi, penulis berjalan kaki balik ke hotel cuma beralaskan 2 lapis stoking. Bergenang air mata dlm perjalanan balik. Dugaan demi dugaan. Mgkin jg selama ni terdetik di hati penulis dgn jemaah2 yg berkaki ayam, "eii dorg ni, tak geli ke jln berkaki ayam di jalan yang byk ludah ni?". Kali ni taboo itu terkena sendiri pada penulis...Kan di Mekah ni, Cash & Carry. Apa2 yg tak baik yang terdetik di hati akan balik kepada diri sendiri. Subhanallah...

Tiada yang mustahil berlaku di Tanah Suci ini. Penulis 'ternoda' lagi buat kali kedua dlm bulan Nov. MasyaAllah...adakah kerana terlalu 'aktif' di sini atau penulis yg terlalu subur?. Haha. Rasanya, sebab yg pertama la wp sbb yg kedua juga tidak mustahil. Di sini, penulis berjalan kaki hampir 5 km sehari. Kalau lagi byk "Tawaf kedai" dan "melontar" duit, makin bertambahla jarak berjalan kaki. Kalau kat Msia, sgt kurang berjalan kaki. Kalau boleh start enjin kereta, apa perlunya berjalan kaki?. Haha.

Serentak dgn period, penulis demam teruk, sehingga satu hari tu, tak dapat bangun dr katil dan tak mampu makan. Pinggang terasa sangat sakit. Penulis mula rasa takut sekiranya tulang pinggang, L1 yg pernah cedera buat hal. Esoknya, penulis sdh boleh bangun dan dapat mkn sebiji pisang. 5 hari berikutnya, penulis hilang selera makan. Dikala inilah penulis mula terbyg2 akan pisang goreng, kuey teow goreng kerang, karipap, sate kambing, keropok lekor dan byk lagi. Smpi menelan liur mengingatkan makanan2 itu. Kesian kan?. Tu la yg menyebabkan penulis seli-melim terus.

Bukan sekadar demam teruk tp juga batuk tahap kronik dan selesema tahap kalau tunduk, kelihatan nombor 11 di antara lubang hidung dan bibir atas. Yg sangat meloyakan penulis ialah, air liur sdh berperisa kahak hijau. Eii...tak pernah penulis batuk seteruk ini. Gigi selepas diberus dan selepas berkumur2 dgn Colgate Plax pun terasa kasar mgkin disebabkan begitu byk virus di dalam mulut. Batuk ni tak baik2 wp selepas meminum 2 botol ubat batuk dan ubat2 sampingan sperti antibiotik dll. Untuk pengetahuan pembaca, batuk dan selesema ini berlangsung selama 2 bulan, sehingga penulis kembali ke tanah air. Di saat menulis entri ini, alhamdulillah ... selesema penulis sdh hilang sepenuhnya. Namun, 2 hari lps penulis menemui doktor sbb batuk masih belum hilang2 wp ada sedikit perubahan positif.

Itulah sahaja dugaan2 yg penulis hadapi sepanjang mengerjakan haji. Byk kan?. Org kata, org yg disayangi Allah mmg byk ujiannya. Untuk melihat samada dia sabar atau tidak menempuh ujianNya. As sobru minal imannnnn....

Sunday, December 19, 2010

Go Beyond Borders - Part 3

14 Nov (8 Zul Hijjah)- Kami bergerak dari Mekah ke Arafah. Maksudnya, bermulalah sdh perjalanan untuk mengerjakan fardhu haji. Jarak dr Mekah ke Arafah hanyalah 14 km, tetapi memandangkan traffik begitu sesak dengan bas2 besar yang membawa jemaah, perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah (Labbaikallah hummalabbaik) ala2 nasyid Raihan. Hehe... Dikepalai oleh Hj Hazren, abang ipar penulis. Saja je nak mention kat sini...Haha. Confirm kombang kompis lobang hidung dia bila baca perenggan ni.

15 Nov (9 Zul Hijjah)- Penulis bangun seawal 2 pagi untuk bersolat tahajjud dan melakukan ibadat2 sunat yg lain. Maklumlah, pada hari ini, langit dibuka seluas2nya. Doa akan terus diangkat ke langit dan rugilah sekiranya peluang ini tidak diambil. Apakah yg didoakan oleh penulis?. Hehe. Biaqla rahsia..

@ Arafah

Mlmnya pulak kami bergerak ke Muzdalifah untuk memungut 70 biji anak batu, yang akan digunakan untuk melontar semasa di Mina nnt. Dan betullah seperti yang dikatakan oleh orang. Kesabaran amat penting sepanjang mengerjakan Haji. Selama lbh kurang 6 jam menunggu bas, ntah berapa kali penulis tertidur...MasyaAllah...

@ Muzdalifah. Kelihatan mereka pun tertidur juga.

16 Nov (10 Zul Hijjah) - Smpi di Mina dan hari ini Hari Raya Aidil Adha di Saudi Arabia, tp tak macam hari raya pun. Terasa begitu sedih hari ini kerana biasanya di pagi raya juadah sedap2. Pagi itu kami bersarapan Nasi Ayam tapi tak macam nasi ayam pun. Mungkin sbb Arab/ Bangla yang masak.

Kelihatan Ustazah Latifah mengucapkan Salam Aidil Adha kpd jemaah KT44

Ntahla napa hari tu penulis terasa begitu sebak. Mgkin sbb tinggal di khemah yg menempatkan lebih 50 orang dlm satu khemah, kena berkongsi 1 tandas dengan 85 org atau mungkin juga sebab teringatkan kampung halaman. Nasib baiklah kami di sini cuma 4 hari 3 malam, dan penulis sdh mula menghitung hari, tak sabar untuk kembali ke Mekah.

17 Nov (11 Zul Hijjah) - Hari ni Aidil Adha di sambut di Malaysia dan penulis agak kecewa apabila hanya menerima SMS dari kawan baik, Merlinda Jahpar dan Hj. Romzy. Mana wish dari mama ku, keluarga ku atau boipren ku?. Mana?. Mendidih juga dlm hati tak dapat call/sms dr dorang ni. Haha.

Seawal pukul 7 pagi, penulis bersama kakak dan abg ipar melontar di ketiga2 jamrah dan balik ke Mekah berjalan kaki. Jarak Mina-Mekah lbh kurang dlm 3.2 km (ikut GPS hp...Tp mcm jln sejauh 5 km). Penulis berasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Kenapa?. Barulah dapat mandi sepuas2nya dan sebersih2nya. Tak rasa bersalah mandi lama2 sbb takde orang menunggu di depan pintu tandas seperti di Mina.

You'll never walk alone...

Selesai solat zuhur di Masjidil Haram, penulis tawaf di tingkat yang paling atas sekali. Mmg sangat mencabar. Dah la parameter tingkat paling atas lbh kurang 300 m, di waktu matahari tegak di atas kepala..sebanyak 7 pusingan = 2.1 km penulis berjalan. Betis mula tegang semacam. Sambung pula dengan saei...jarak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah ialah lbh kurang 45o m, kalau 7 x berulang alik = 3.15 km.

Selesai Maghrib, kami pulang semula ke Mina berjalan kaki. Jadi, utk hari itu sahaja, penulis berjalan lbh kurang 12 km. Smpi ada blister sebesar 1/2 inci kat kaki dan terasa kaki begitu penat. Dalam perjalanan, hujan turun. Ini merupakan hujan kali kedua di bumi Mekah.

18 Nov (12 Zul Hijjah) - Tersedar semasa mdgr ceramah yg disampaikan hari ini yg mana isi kandungannya ialah:
1. Redha & sabar dengan keadaan yang ada spt tandas yg basic dan tempat tidur yg sempit. Sekiranya dugaan2 ini dapat ditempuhi, insyaAllah segala dugaan selepas ini dapat diharungi.
2. Tidak ada jemaah yang balik haji menjadi miskin, semuanya jadi kaya- rumah bertambah besar, kereta bertambah dan rezeki bertambah. Haa...bahagian ni penulis tersenyum2 sendiri.

Hari ni hujan turun lagi buat kali ketiga. Begitu lebat sehingga menghanyutkan tong air zam2. Trasa begitu bertuah dan dirahmati dapat merasa ketiga2 kali hujan di Mekah. Yelah kan, kalau kat Msia dah sgt biasa hujan turun. Tapi, kalau di Mekah ni, tu je lah 3 kali hujan untuk setahun.

19 Nov (13 Zul Hijjah)- Yahooo...hari ni balik Mekah.

Nntkan Go Beyond Borders - Part 4. Cerita berkisar selepas Haji dan bagaimanakah hubungan Hjh Suhaila dengan 3 jejaka yang dikenalinya di sana?. Saja bagi suspen. Haha. Tungguu...

Saturday, December 18, 2010

Go Beyond Borders - Part 2

2 Nov- PERIOD!. Haha. Amatlah boring bila 'berdarah tanpa luka' di sini. Kan di Mekah ni tmpat beribadat, jadi bila dah tak dapat solat wajib, solat sunat, mengaji, tawaf sunat dsb, apa lah lagi nak dibuat selain bzikir. Nak tgk wayang, takde panggung wayang. Tgk tv seharian, channel CNN je yg difaham, nak shopping...bukannya byk duit pun. Lagipun plan nak shopping lps wukuf, mungkin harga barang murah sikit time tu. Satu perkara yg best masa period ni cumalah, tak perlu bangun seawal pukul 3 pagi utk Subuh. Haha.

Hari ini jugalah kami ziarah luar ke Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur. Dan segala2nya bermula pada hari ini. Perkenalan ku dgn Hj. Romzy, seorang duda anak 3, seorang pereka fesyen merangkap pemilik butik pengantin di Jitra, berumur 43 thn tp nampak seperti 33 tahun. Kenapa dia ni agak special?. Hehe. Sbb kami serasi bersama. Awwww... Ntah apa dikatakannya, sangat menggeletek hati dan menyebabkan penulis ketawa sakan sehingga separuh penumpang menoleh ke belakang bas. Dan kami jadi kawan baik dan sangat rapat sesudah ziarah luar itu.

Dr dpn: Hj. Romzy, Syeikh, Hj. Hamzah dan isterinya, Hjh Sabariah

Melalui Hj. Romzy jglah penulis mengenali Syeikh Muhd. Jamil, seorang penterjemah di Masjidil Haram. Dan Hj. Romzy mengenalinya semasa sedang bersolat di depan Kaabah. Best juga kenal dgn Syeikh ni memandangkan dia mmg bsolat ddepan Kaabah (mmg direservekan tmpt utknya selang 3 org ke kanan dari Imam), jadi kalau minta didoakan, insyaAllah diperkenankan olehNya memandangkan amat susah untuk seorang wanita genit seperti penulis untuk berdoa apatah lagi bersolat di depan kaabah. Confirm dihimpit oleh jemaah2 lain yg jauh lebih besar dan tinggi. Penulis selalu juga bertanya macam2 soalan kpd syeikh ini seperti berapa gaji Imam, soalan2 berkaitan agama dan penulis juga dapat merasa daging unta yg dimasak sendiri oleh isteri beliau.
Untuk pengetahuan pembaca, gaji imam Masjidil Haram ialah SR 30, 000 sebulan. Wow...KAYO!. Untung jadi isteri dorg ni, dah la suami soleh, kayo pulak tu. Ada hati penulis jadi isteri dorg ni. Haha...

Dan seperti yang disebutkan sebelum ini, Syeikh ada mberi air zam2 yang dah dibacakan doa oleh 3 org imam dan dia sendiri. Gunakan setitis dua shj utk dicampur dlm minuman dan sebagainya. Dia berpesan agar spray bilik tidur menggunakan air ini untuk menghalang daripada gangguan syaitan. Boleh sapu dimuka agar kelihatan lbh berseri. Yg ptg, utk pelbagai kegunaanlah. Jd jangan heran sekiranya muka Hjh Suhaila selepas ini lebih berseri2. Haha

Di minggu yang sama, penulis menemankan kakak dan abang ipar berwindow shopping. Sedang abang ipar membelek2 selipar, penulis menunggu di luar kedai bertentangan, betul2 di hadapan sebuah kedai yg menjual jubah. Penulis didatangi oleh seorang mamat Bangla, agar sudilah kiranya melihat dan membeli jubah di kedai tersebut. Mamat Bangla itu agak peramah, dia memperkenalkan dirinya sebagai Azahar, penjaga kedai jubah tersebut. (Profile name di FB: Azahar Haque. Boleh la korang tgk mukanya). Pada masa itulah penulis bertanya, "Errr...do you know where is the nearest cyber cafe here?". Dia menjawab, "It's very very far from here but if u want, I can lend you my laptop tomorrow". Apa lagi, jawapan pun terus YA la. *Wink*.

Esoknya, penulis datang berjumpa Azahar lagi dan hehe... laptop itu ana yang pya, bukan Ahmad Albab yg punya. Azahar meng'on' kan dan menerangkan bagaimana menggunakannya. Haha. Yeah, seolah2 penulis datang dari ulu pedalaman ntah mana ntah. Tapi ye la kan, kalau dah dipinjamkan tu, buat la cara meminjam. Buat bodoh je la. Haha. Disediakannya kerusi di luar kedai, dan di luar kedai itu lah penulis sorang2 surfing FB sambil tersenyum2 sendiri melayan kawan2 yang sedang online. Org yg lalu lalang mungkin berkata, "perempuan ni betul ke tak?". Haha. Di kala itu, ADA KU KISAH?. Bukannya kenal pun dorang2 yg lalu tu, bukannya jumpa lagi lps ni. Ada juga yg lalu melihat apa yg disenyum2kan di depan laptop tapi Azahar akan memarahi dorang kononnya bagi penulis privacy. Lawak2. Sewaktu azan asar berkumandang, dan di saat org bergegas ke masjid, ada juga beberapa org yg sound penulis, "Solat...solat". Haha. Penulis tahu la bila perlu solat, bila haram solat. Apa daaa.....Esoknya penulis datang lagi dan Azahar meminjamkan laptop itu untuk penulis bawa balik ke hotel, selama yang penulis perlu. Apa lagi, penulis umpama pucuk dicita ulam mendatangla dan orang mengantuk disorongkan bantal la. Sangat sedap ulam itu apatah lagi jika dicicah sambal belacan dan alangkah sedapnya tidur di bantal yang empuk setelah kenyang mkn ulam. Begitula perasaan penulis ketika itu.

Setakat itu sahaja buat kali ini, bagaimana ana menemui tiga org jejaka yang sentiasa mengaktifkan hp ana berbunyi dan membuatkan ana bz sepanjang berada di Mekah. Nntkan kemunculan Go Beyond Borders-Part 3. Cerita akan berkisar semasa menunaikan Haji. Tungguuu...

Go Beyond Borders - Part 1

Sesuai dgn tajuk, hr ni kami ber'hijrah' dari Mekah ke Madinah, dlm pakaian ihram, pada jam 3 ptg. Sistem penyaman udara tidak begitu nyaman, perjalanan yg lama dan penyerap hentakan bas yang tidak begitu baik memeningkan kepala penulis. Dan seperti biasalah, penulis terpaksa menelan panadol dan meneguk air zam2 bagi meredakan ketidakselesaan itu.

Sampai di Mekah lbh kurang pd pkl 11.00 mlm. Pertama kali melihat menara jam ala2 Big Ben, hati begitu teruja. Wah... kren2 gergasi kelihatan di suatu sudut Masjidil Haram. Sgt byk perubahan berlaku selepas 5 tahun penulis berkunjung ke kota suci ini.

"Big Ben"- Mercu tanda terbaru Mekah

Check-in di Hotel Hajeej, yg terletak di jalan Ibrahim Al-Khalil. Ditempatkan di bilik 1002, yg menempatkan 3 org (penulis, kakak penulis- Kak Iza dan Kak Ayu). Dan subuh itu penulis solat sahaja di bilik memandangkan terlambat bangun kerana masih di bawah pengaruh paracetomol dan penulis masih tidak tahu jalan ke Haram.

Hr ini, 31 Okt, penulis bersama beberapa jemaah yg lain dibawa oleh seorg Mutawwif melakukan umrah. Semasa Tawaf, penulis dihimpit oleh jemaah yg jauh lebih besar dan tinggi sehinggakan penulis terasa 'sesak' nafas. Dan di kala ini penulis terpisah dari kumpulan. Cemas seketika, nasib baiklah penulis ada pengalaman melakukan umrah 5 thn yg lalu. Alhamdulillah, selesai juga tawaf itu. Dan selepas selesai menunaikan solat sunat Tawaf, berdoa dlm tangisan (kali ni bukan lakonan, dibuat2 dan yg seangkatan dgnnya, ttp penulis mmg terkenang segala macam DOSA yang pernah dibuat ... begitu byk, dan begitu berharap agar diampunkan). Dan ketika penulis berdoa dlm tangisan itu, ada jemaah llki Indonesia menegur, "Ibu dtg sendiri ya?". "Tadi dtg dengan rombongan, tapi terpisah semasa tawaf". "Oh, kalau begitu, marilah ikut bersaei". Lantas, penulis mengikut mereka bertiga tanpa syak wasangka. Dlm hati lega... di saat sendiri2, ada org menawarkan pertolongan. Alhamdulillah....

Dipendekkan cerita, kami pun bersaei lah dan penulis amat kasihan dgn Bapak Indon td- bersaei dlm keadaan tempang2 disebabkan tapak kakinya 'pecah'. Dan alhamdulillah, selesai saei, penulis terjumpa balik rombongan Malaysia yg terpisah semasa tawaf tadi.

Oleh kerana dah 'hilang' pahala 100,000 berjemaah di Masjidil Haram subuh td, penulis bercadang utk berada di masjid sehinggalah zuhur, cover balik dgn amalan2 sunat spt mengaji, solat sunat, bzikir dan qada' solat yg dulu2 ditinggalkan.

Selesai Zuhur, penulis balik ke hotel sendiri. Haaaa....SESAT!. Tak jumpa hotel, hya disebabkan tsalah masuk simpang. Td pagi, byk merpati kat simpang jln, tapi slps zuhur, takde merpati, dah terbang sbb tempat laluan jemaah. Dan sebaik melepasi simpang tu, penulis tsedar, "mcm jauh. Padahal td pagi, dekat je". Jarak dr htl ke Masjidil Haram cumalah 450 m. Dan slps 800 m berjalan, dan terlihat hotel yang menggantungkan Jalur Gemilang, penulis terus masuk dan mdapatkan bantuan di situ. Dan mgkin ujian sekali lagi agaknya, ketika itu, mereka2 yg tahu berbahasa Melayu dan Arab, yg tahu peta, tgh berhenti rehat. Dan sepanjang masa menunggu itu, penulis dilayan sbg tetamu oleh petugas2 ppn Tabung Haji. Wah, dpt mkn Nasi Ayam free. Sedap sehingga menjilat jari lagi tu. Layanan first class.

Haa..kat sinilah simpangnya..
*Penulis meminta maaf sekiranya gmbr agak terkangkang

Akhirnya, dtg seorang Ustazah, dah lupa namanya. Dialah yg tya itu dan ini kat mana Htl Hajeej. Nasib baik jg penulis mbawa kad peta htl tu. Alhamdulillah, jumpa jg akhirnya. Ujian pertama utk hari pertama berada di Mekah...

Rasanya itu je la utk Part 1. Nntkan kemunculan Part 2 pulak....Bagaimana bertemu dgn Syeikh Jamil dan mamat Bangla yg sudi meminjamkan laptopnya smpi bw balik hotel, for free. Hehe

Friday, December 17, 2010

In search of inner peace...

Akhirnya, pada 21 Okt, bertolaklah penulis ke Madinah. Hati bercampur baur...hati terluka disebabkan mendengar 'khabar angin' yg begitu merobek hati (usahlah ditya apakah khabar angin itu), dan gembira dengan layanan semua orang dengan bakal2 haji. Di Kelana Jaya, semua staff yg ditemui mendoakan agar jemaah mendapat haji yg mabrur...dan hati begitu tersentuh di saat sebelum menaiki bas utk ke KLIA, kami diazankan. Air mata bergenang. Umpama kita pergi dan tak akan kembali. Dan semestinya penulis ingin kembali dengan selamat ke tanah air untuk menyempurnakan 'perkara-perkara' yang belum lagi sempurna. Akan tetapi, tidak mustahil juga utk tidak kembali...Dan terima kasih byk2 kepada Sunariya Abdullah kerana disaat ini dia menelefon dengan lamanya. Secara tidak langsung, mententeramkan hati penulis yg agak gundah.

Wah, semacam lbh 10 bas express berarak diiringi polis traffik dr Kelana Jaya ke KLIA, tanpa sedikit pun berhenti. Kenderaan2 lain terpaksa memberi laluan kpd bas2 yg membawa bakal2 haji. Wahhhh...layanan first class.

Sesampainya di KLIA, terlihat kapal terbang Saudi Airlines sedang menanti. Dan setibanya di pintu masuk pesawat, wahhh...hensemnya pramugara arab itu. Wah, hati begitu bahagia dan gembira merasa dan melihat yg indah2 belaka. Haha

Selepas lbh 8 jam duduk, dan sejurus sebelum bontot menjadi leper, akhirnya kami tiba di King Aziz Int. Airport Madinah. Aduh... urusan imigresen mengambil masa lbh 2 jam. MasyaAllah...Kesepuluh2 cap jari tangan diambil, gmbr muka diambil, mcm2 ditampal pd pasport. Lamanya 'stranded' kat Airport. Dan seawal itulah penulis perasan bibirnya mula pecah dan merekah...

Selepas itu, kami dibawa ke Htl Anwar Al-Madinah Movenpick, yg terletak bersebelahan shj dengan Masjid Nabawi. Dan selama 8 hari di sini, penulis bangun seawal pukul 3 pg untuk Subuh. Kalau tak 2 jam awal, di luar masjid la solat jawabnya. (Sbnrnya sehari dua je bangun on time, lps campur mengeliat2, alarm berbunyi ntah yg berapa kali baru btl2 bangun, dll, 3.30 ke atas juga br keluar dr bilik hotel).

Dan seperti biasa, mestilah ada ziarah luar ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Dates Market dll.

Oh ya, terkejut dan sedih juga bila mendengar ada sorang jemaah ppn Msia berumur 19 thn, meninggal kat Raudhah sbb ketika sedang sujud, tengkuknya terpijak oleh jemaah dr Nigeria. (Buat mereka yg tak tahu, Raudhah adalah satu bahagian di Masjid Nabawi yg juga dikenali sebagai Taman Syurga. Di sini terletaknya makam Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Dan disini adalah tempat yang amat mustajab berdoa. Kawasannya kecil sahaja dan org mmg berasak2 di sini). Hmm..sedih juga sbb tak sempat mengerjakan haji. Dan mereka yg melihat mayatnya mengatakan mukanya dalam keadaan tersenyum. MasyaAllah...

Setakat ini sahaja coretan sepanjang di Madinah. Entri seterusnya yg lebih umpphhh berkisar di Mekah pula. Tungguuuuuu...