2 Nov- PERIOD!. Haha. Amatlah boring bila 'berdarah tanpa luka' di sini. Kan di Mekah ni tmpat beribadat, jadi bila dah tak dapat solat wajib, solat sunat, mengaji, tawaf sunat dsb, apa lah lagi nak dibuat selain bzikir. Nak tgk wayang, takde panggung wayang. Tgk tv seharian, channel CNN je yg difaham, nak
shopping...bukannya byk duit pun. Lagipun
plan nak
shopping lps wukuf, mungkin harga barang murah sikit
time tu. Satu perkara yg
best masa
period ni cumalah, tak perlu bangun seawal pukul 3 pagi utk Subuh. Haha.
Hari ini jugalah kami ziarah luar ke Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur. Dan segala2nya bermula pada hari ini. Perkenalan ku dgn Hj. Romzy, seorang duda anak 3, seorang pereka fesyen merangkap pemilik butik pengantin di Jitra, berumur 43 thn tp nampak seperti 33 tahun. Kenapa dia ni agak
special?. Hehe. Sbb kami serasi bersama. Awwww... Ntah apa dikatakannya, sangat menggeletek hati dan menyebabkan penulis ketawa sakan sehingga separuh penumpang menoleh ke belakang bas. Dan kami jadi kawan baik dan sangat rapat sesudah ziarah luar itu.
Dr dpn: Hj. Romzy, Syeikh, Hj. Hamzah dan isterinya, Hjh Sabariah
Melalui Hj. Romzy jglah penulis mengenali Syeikh Muhd. Jamil, seorang penterjemah di Masjidil Haram. Dan Hj. Romzy mengenalinya semasa sedang bersolat di depan Kaabah. Best juga kenal dgn Syeikh ni memandangkan dia mmg bsolat ddepan Kaabah (mmg di
reservekan tmpt utknya selang 3 org ke kanan dari Imam), jadi kalau minta didoakan, insyaAllah diperkenankan olehNya memandangkan amat susah untuk seorang wanita genit seperti penulis untuk berdoa apatah lagi bersolat di depan kaabah.
Confirm dihimpit oleh jemaah2 lain yg jauh lebih besar dan tinggi. Penulis selalu juga bertanya macam2 soalan kpd syeikh ini seperti berapa gaji Imam, soalan2 berkaitan agama dan penulis juga dapat merasa daging unta yg dimasak sendiri oleh isteri beliau.
Untuk pengetahuan pembaca, gaji imam Masjidil Haram ialah SR 30, 000 sebulan. Wow...KAYO!. Untung jadi isteri dorg ni, dah la suami soleh, kayo pulak tu. Ada hati penulis jadi isteri dorg ni. Haha...
Dan seperti yang disebutkan sebelum ini, Syeikh ada mberi air zam2 yang dah dibacakan doa oleh 3 org imam dan dia sendiri. Gunakan setitis dua shj utk dicampur dlm minuman dan sebagainya. Dia berpesan agar
spray bilik tidur menggunakan air ini untuk menghalang daripada gangguan syaitan. Boleh sapu dimuka agar kelihatan lbh berseri. Yg ptg, utk pelbagai kegunaanlah. Jd jangan heran sekiranya muka Hjh Suhaila selepas ini lebih berseri2. Haha
Di minggu yang sama, penulis menemankan kakak dan abang ipar ber
window shopping. Sedang abang ipar membelek2 selipar, penulis menunggu di luar kedai bertentangan, betul2 di hadapan sebuah kedai yg menjual jubah. Penulis didatangi oleh seorang mamat Bangla, agar sudilah kiranya melihat dan membeli jubah di kedai tersebut. Mamat Bangla itu agak peramah, dia memperkenalkan dirinya sebagai Azahar, penjaga kedai jubah tersebut. (
Profile name di FB: Azahar Haque. Boleh la korang tgk mukanya). Pada masa itulah penulis bertanya, "Errr...
do you know where is the nearest cyber cafe here?". Dia menjawab, "
It's very very far from here but if u want, I can lend you my laptop tomorrow". Apa lagi, jawapan pun terus YA la. *
Wink*.
Esoknya, penulis datang berjumpa Azahar lagi dan hehe... laptop itu ana yang pya, bukan Ahmad Albab yg punya. Azahar meng'
on' kan dan menerangkan bagaimana menggunakannya. Haha. Yeah, seolah2 penulis datang dari ulu pedalaman ntah mana ntah. Tapi ye la kan, kalau dah dipinjamkan tu, buat la cara meminjam. Buat bodoh je la. Haha. Disediakannya kerusi di luar kedai, dan di luar kedai itu lah penulis sorang2
surfing FB sambil tersenyum2 sendiri melayan kawan2 yang sedang
online. Org yg lalu lalang mungkin berkata, "perempuan ni betul ke tak?". Haha. Di kala itu, ADA KU KISAH?. Bukannya kenal pun dorang2 yg lalu tu, bukannya jumpa lagi lps ni. Ada juga yg lalu melihat apa yg disenyum2kan di depan laptop tapi Azahar akan memarahi dorang kononnya bagi penulis
privacy. Lawak2. Sewaktu azan asar berkumandang, dan di saat org bergegas ke masjid, ada juga beberapa org yg
sound penulis, "Solat...solat". Haha. Penulis tahu la bila perlu solat, bila haram solat. Apa daaa.....Esoknya penulis datang lagi dan Azahar meminjamkan laptop itu untuk penulis bawa balik ke hotel, selama yang penulis perlu. Apa lagi, penulis umpama pucuk dicita ulam mendatangla dan orang mengantuk disorongkan bantal la. Sangat sedap ulam itu apatah lagi jika dicicah sambal belacan dan alangkah sedapnya tidur di bantal yang empuk setelah kenyang mkn ulam. Begitula perasaan penulis ketika itu.
Setakat itu sahaja buat kali ini, bagaimana ana menemui tiga org jejaka yang sentiasa mengaktifkan hp ana berbunyi dan membuatkan ana
bz sepanjang berada di Mekah. Nntkan kemunculan Go Beyond Borders-Part 3. Cerita akan berkisar semasa menunaikan Haji. Tungguuu...