Monday, October 26, 2009

Berakhirnya suatu penantian...


***Bahagian Pertama***

Pd 23 Okt 2009 (Jumaat), berakhirlah penantian Kapt. Anijah Bte Miril di mana pada hari tersebut, dia telah mencapai puncak cinta bersama Arjuna pilihannya, Yahya atau Wan yg berasal dr Perak. Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu juga.

Peluk, jangan tak peluk.

Keesokan harinya, majlis resepsi dipihaknya berlangsung dalam suasana penuh adat istiadat Bajau dan protokol tentera. Oleh kerana begitu ramai tetamu yg hadir, Tamu Besar Kota Belud yg juga diadakan pada hari tersebut, sunyi tidak berpengunjung, seolah2 semua warga KB bertumpu ke majlis Ratu Sehari ini. Kami parking kereta pun jauh...nasib baik i pakai sandal je... senang sedikit cat-walk di jalan yg tak berturap tu.

I'm soooooo.... happy for you Nijah


***Bahagian Kedua***

Berakhirlah juga penantian penulis setelah bertemu rakan2 PG yg selama ini cuma ditemui setiap hari di alam maya. Kisah di sebalik pertemuan ini tidaklah perlu digembargemburkan di sini kerana penulis begitu malu dengan apa yg berlaku sebelum dan selepas pertemuan. Cukuplah Jaime, Suna dan Farid yang tahu...( Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ye ). Hahaha.

Once again, thank you Jaime for making my face "glowing".


***
Bahagian Ketiga***

Slps 1 bulan 2 minggu menunggu, penantianku berakhir dan akhirnya "ia" datang ke pangkuan ku. Dan slps ni, bermulalah perjalanan ku sebagai Professional Paraglider. Perghhh...

Aksi di atas ranjang ni...

Jadual latihan slps ni ialah pada 5-13 Disember, di Ranau. Dan apa yg membuatkan aku ternanti2 tarikh latihan keramat ini ialah geng NSSAC (Negeri Sembilan Sports Aviation Club) insyaAllah akan turut serta dan turut mengajar ku. Huhu.

Saturday, October 17, 2009

How I Stay V&C?.

Di kala media elektronik dan media cetak dihujani iklan program pelangsingan badan, alat menghancurkan lemak, makanan penahan lapar dsb, di kala rakan2 sibuk berdiet a.k.a berpuasa, berurut pecahkan lemak dan berspa untuk kurangkan 0.1 inci lemak di pinggang, di kala itu aku berfikir, adakah aku perlukan semua ni?. Hmm...rasanya tak perlu. Bak lagu Hetty Koes Endang, "aku masih seperti yang dulu....".

How I stay voluptuous and curvaceous?. Easy!. Jumaat petang, I cuci kereta kelisa memek. Untuk seminggu lbh ni, inilah kereta yg I pandu sbb otomatik, kalau kotor senang di cuci sbb kecil dan sebab utama sekali ialah minyaknya masih banyak. Haha (Memek di Malaya skrg bertemu cucu).

Dan hari ini, sempena cuti Diwali, I cuci Unser pulak slps kira2 sebulan tidak dicuci. Bukan kerana malas, ttp kerana cuaca hujan hampir setiap hari menyebabkan ia tidak berbaloi utk dicuci. Memandangkan hari ini awal pagi I tgk langit cerah je, jadi lebih baiklah I teruskan niat suci itu. Mmg kotor disbbkan taik burung lbh kurang 5 tompok, lps tu ala2 taik cirit. Mmg panjang la aliran taik itu...Taik cicak dan debu jgn ckp lah. Lps cuci, tanah/pasir yg terkumpul kat simen....punyalah....mgkin sbb cat multi silver, jd kurang lah kelihatan kotornya Unser itu. Tp segala jenis taik burung dan cicak, mmg outstandinglah nampak.

Bersinar2 slps dicuci.
Kelihatan tangga digunakan untuk cuci bahagian atas kereta.
Maklumlah, ketinggian penulis blog yang agak "rendang".

Kalu tak de rancangan TV yang best dan terasa boring, I akan membuang kalori kat jari jemari pulak. Gunting cili kering. Haha. (Saja bantu K.Uji, dia kan bisnes nasi lemak. Cukup bulan, dia belanja mkn la sbg upah. Biasanya I akan minta Pizza/Sate kambing).

Hmmm...esk mgkin I membakar kalori 1 badan dgn mengiron baju kerja selama 2 minggu. Yelah kan, hujung minggu dpn I outstation kat KK.

That's the secret how I can stay in shape and V&C. My ideal body mass still 50kg and my cut still maintain 3*-2*-3*. Huhu...Pandanglah lihatlah, tiru mcm saya...

Friday, October 9, 2009

Kini "ia" tak sunyi lagi tak berpenghuni...

Dah 3 tahun "ia" kesunyian, tak berpenghuni. Dan kini aku gembira, kerana "ia" bakal dihuni. Dan inilah yg membuatkan hatiku berbunga2 ceria dan sinar kegembiraan itu jelas terpancar di wajah.

Tidak perlu menunggu lama. Iklan "To Let" baru sahaja digantungkan di pintu rumah kira2 2 minggu lps. Beberapa hari slps digantung, dah ada yg menghubungi. Mgkn bukan rezeki, pemanggil terpaksa membatalkan niat menyewa rumah kerana kawan pemanggil sdh mendapatkan rumah. Beberapa minit sahaja terlewat. Takpe lah. Dugaan...sudah tertulis. Aku redha...

Home sweet home

Selang seminggu, seorang lagi memanggil. Taufik namanya. Dan dipendekkan cerita, ptg td berlaku pertemuan antara aku dgn bosnya, Kapt. (B) Narayanan Kannan. Dialah yg bertanggungjawab memutuskan untuk bersetuju atau tidak menyewa rumah di Lot 13492, Bandar Sri Indah itu. Dan, beliau setuju.

The Living room & The advertisement- Still hanging

Tarikh 15 Okt ni bermulalah rumahku disewa. Apa yg paling klimaks di sebalik perbincangan itu ialah soal bayaran. Aku memberitahu Taufik sblm ini yg sewa rumah RM 500, tidak termasuk bil air dan bil elektrik, beserta 1 bulan deposit. Bila Kapt. Narayanan myebut dia akan membayar tunai untuk sewa separuh bulan ini, RM 250 + RM 200 (utk bil air dan elektrik) dan bermula pada 1 Nov, dia akan bank-in 2 bulan deposit (RM 500 X 2) + 1 bulan sewa (RM 500) + bil air, elektrik (RM 200), dlm hatiku cuma berkata2, WOOWWWWW!!!!. Makcik Kayo!!!!. Nasib baik terCONTROL. U-no me, if gets excited, sometimes I loose control. Hahaha.

The view from inside out. Can U spot the lake?.

Kelakar juga bila dia menyebut, " I'll pay you 2+1... etc". Terpikir juga apa 2+1, 1+1.... nasib baik tak tya, kalau tya, nampak sangat bodohnya. Hahaha. Maklumlah...jarang menyewa rumah dan tak pernah menyewakan rumah...Nasib baik ckp pya ckap, dia tersebut 2 months deposit + 1 month rental payment. Ohhhh....I get it now.

My "Farmville"- Serai & Lalang bersatu menjadi satu.

Memandangkan isteri Kapt. Narayanan seorang peguam, dia akan buatkan draf penyewaan rumah dan sblm rmh dihuni, kenalah I go thru and sign the agreement or should I say, Memorandum Of Understanding (MoU). Hahaha. Hmm...this what I called, Productive Life. Yelah kan, di saat aku memerlukan duit, alhamdulillah...tanpa diduga, rezeki datang bergolek.

Dapur yg tidak pernah berasap.

Dan apa yg paling menggembirakan ialah, beliau menjamin akan menjaga mi casa sebaik mungkin.

Wednesday, October 7, 2009

Knock3x on Heaven's Door.

Lega selepas dapat menyudahkan qada' puasa Ramadhan merangkap puasa sunat Syawal slps beberapa kali tertangguh akibat didiagnos kurang darah seterusnya MC pada 30 Okt lepas. Urusan akhirat dah beres dan bolehlah Knock3x on Heaven's Door lps ni. Bak kata org, dunia2 jg, akhirat jgn dilupa. Dan sebaik tamatnya berpuasa, sambutan Hari Raya peringkat sekolah pula diadakan.

Haa..kat perkarangan tu la jamuannya. Open- space pulak kali ni.

Menu begitu byk dan sedap2 belaka ttp I dpt mkn coto dan jelly je sbb kapasiti perut yang kecil. Mungkin mengecut sbb baru je habis berpuasa. Untuk jamuan ni, I disuruh bawa Honey Dew (nasib baik simple je tugas I). Malangnya, I tak dpt lama2 kat jamuan ni sbb kena jaga exam pelajar tingkatan 5. Kalau tak, makan sampai tak perlu makan mlmlah nampaknya. Hehe..

Sunday, October 4, 2009

Welcome to the real world!

To Dear Aleesya Zahra, u're welcome to the real world and the most welcome to the family. She was born on 19/9/09, a day before Eid Mubarak and the first baby of my cousin, Boy a.k.a Mohd Zuhairi & Atikah Kee Ednin. And of course, being the first grandchild of the only child, she means a lot to her grandpa and grandma (Aunty Pong).

Yeah, she's sleeping like a baby.

Mari kita imbas kembali sebelum kelahirannya. Mgkin inilah yg berlaku kira2 10 bulan yg lepas.

Korang tgh buat apa tu haaaa????

Slps di zoom-in.

Cuma kita tak tahu bila masa sebenarnya 'peristiwa itu' berlaku. Takkan pukul 9.22 mlm kot???
Awal lagi tu...

Apa pun, semua andaian terpulang kepada pembaca sekalian. Sesungguhnya penulis tidak berniat menyinggung ssiapa, baik yg hidup, yg mati atau pun yg bergelar cicak.