Wednesday, July 29, 2009

I need to be pampered after...

I need to be pampered after these hassle and bustle life. It's time to reward myself. I long to be massaged. The 'burden' has been removed. What a relief after the PEKA Evaluation was over. And my effort was worth when the result-OK.

Atas permintaan pembaca blog dan sahabat budiman, sekali lagi I upload kan video yg I buat sempena aktiviti Paragliding sabtu lps. Ada improvement la bila guna annotation editor. Skrg ni, bawa kamera ke mana2 je sbb dah ketagih nak buat movie. Nak jd pengganti Yasmin Ahmad. Haha

Wednesday, July 22, 2009

Alhamdulillah, nothing serious.


I went to see the doctor this morning. Last night, I had a terrible headache, I vomitted abt 3-5 times and the temperature of my body so hot. My mum asked me to see the doctor last night, but I couldn't help myself. Sangat tak larat. Even after telan paracetomol (panadol) 2 biji dan lepas tu tidur, the pain still wouldn't go away. Terbaring dari jam 3.30 ptg sampai 5.45 pg tadi pagi, terfikir seketika macamanalah rasanya org yg terlantar tu ye. Sangat tak best. Korang dapat bygkan tak?.

Sbnrnya, pening kepala ni berlaku sejak Isnin minggu lps lagi. Minggu lps bekerja selama 10 -12 jam sehari selama 4 hari. Bangun jam 5.05 pg, keje sehingga ptg. Sbb Khamis (16 Julai ) tu ada Expo Sains untuk semua sekolah menengah daerah Tawau, SM Teknik Tawau menjadi tuan rumah dan I jd penyelaras sebahagian program penting. Jd, kenalah bertungkus lumus utk pastikan semuanya ok pd hari kejadian. Mgkn disbbkan work pressure, mgkin disebabkan oleh PMS, mungkin disebabkan tak berak awal pagi atau cuaca yg begitu panas nowadays atau mungkin makan tak control-terlalu byk makan makanan yang kurang sihat (tp sedap kat tekak). Semua tu kemungkinan2 yg difikirkan utk penyakit seperti yg dinyatakan pd MC di atas dan terfikir juga WORST CASE SCENARIO yg mungkinkah ini tanda2 awal BARAH OTAK?. Mesti korang ckp, "kenapalah minah ni berimaginasi sejauh ini, kan?". For me, anythg can happen to anyone, at anytime. Masa ni, teringat balik seorg jiran yg pernah sama2 belajar mengaji meninggal dunia disbbkan BARAH OTAK. Dan selama ini, dia disangkakan sakit kepala biasa /migrain saja. Tiba2, bila dah dikesan, dah sampai tahap kronik. Lepas dioperate, dia meninggal. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Dan amatlah lega, selepas doktor India tu periksa tekanan darah, periksa keadaan lidah ("oh, darah cukup"), abdomen etc, dia kata sambil ketawa, NOTHING SERIOUS, KAMU SIHAT. SAKIT SIKIT JE NI. Ok, I pun keluar dari examining room dgn rasa yg cukup lega.

P/S: Ketika sedang menulis blog ini pun, penulis terpaksa berhenti seketika utk memberi laluan kpd "The call of the nature" skejap berikutan masih berada di bawah pengaruh penyakit spt yg dinyatakan pd MC.

Friday, July 17, 2009

SOT

SOT-Singkatan utk Sinar Obor Teknik. 8 - 9hb Julai 2009, SOT ke-11 telah diadakan di Kompleks Sukan Tawau. Sblm ni SOT diadakan kat padang sekolah je. Ok jg diadakan kat kompleks sukan ni, sbbnya ntah bilalah terjejak kaki I kat sini kalau bukan kerana SOT buat di sini.

Tugas I sempena SOT ni?. Senang saja- Ketua Pegawai Pencatat Pusingan. Paling2 pun utk 1500m lelaki dan perempuan, 3 pusingan setengah je. Hmmm, lagipun utk tugas ni, I dibantu oleh 5 org guru. Tak dibagi tugas yg berat sbb minggu sblm tu outstation pegi BTN. Nnt ada apa2 keje, bukannya dpt buat jg sbb I pun bukannya ada kat sekolah.

Tahun ni Arka jadi juara. Yes, we won!. Nyanyi sikit, "We are the champion my friend, and we'll keep up fighting till the end...We are the champion2X, ...". Ada 4 rumah sukan semuanya, Arka (Kuning), Saga(Merah), Data(Hijau) dan Mega(Biru). Keputusan tempat kedua, ketiga dan keempat I tak tahu sbb dah balik rumah membuta. Hahaha. Mengantuk bah balik dr BTN ni.

Acara 1500 m lelaki.

From the bird's view

Thursday, July 16, 2009

BTN

Tinggi2 Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu...
(pemandangan dari padang kawad Kem BTN, Kundasang)

Hmm...panggilan kursus pada 2-6 Julai, tp skrg baru ada masa nak tulis cerita psl Kursus BTN . Untuk pengetahuan pembaca yg tak bekerja atau bekerja swasta, kursus ini wajib dihadiri oleh penjawat awam.

Expectation sblm kursus: Tak best sbb byk ceramah berkaitan sejarah, sampai ke malam pulak tu. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pula ada 6 kali. Paling tak suka LDK ni. Sebelum ni taulah kan, kalau LDK kat mana2, mesti bincang dlm kumpulan, tulis idea kat kertas mahjong lps tu tampal kat dinding atau pun kena present. Hmm...boring...Apa boleh buat je TERPAKSA buat.

Selepas Kursus: LDK lah yg paling best sbb fasilitator yg handle kumpulan I, Tuan Abd. Kadir B. Mohd Jamil, seorg yg sangat berpengetahuan luas. Byk isu yg sebelum ini I tak pernah tahu dikupas dgn begitu baik sekali. Cthnya,1) kenapa kerajaan Sabah seolah2 pandang sebelah mata dgn pendatang Filipina. 2) Isu PPSMI. 3) Isu Pulau Batu Putih. 4) Tuntutan Filipina ke atas Sabah sehingga ke hari ini. 5) Tuntutan Indonesia ke atas Ambalat. 6) Isu Palestin dan banyak isu lagi lah.

Mgkn sblm ini I tak PERNAH minat sejarah disbbkan oleh cara mengajar guru semasa sekolah menengah atau pun sekiranya ada soalan, soalan itu tidak akan berjawab. Tapi, beliau dapat menjawab soalan sehinggalah I puas hati. Sangat puas hati. Sblm ni bukannya tak peka dengan perkembangan semasa atau tidak menonton berita ttp tidak faham sehingga ke akar umbi.

2 dari 4 ceramah kenegaraan yg disampaikan juga amat menarik perhatian segala deria I. Wp penat, namun ceramah yg disampaikan oleh Tuan Asmara dan Tuan Pengetua begitu menterujakan I. Yeah, mmg namanya Asmara, org Bajau Kota Belud. Mukanya aja, cukup mencairkan hati I. Sayang seribu kali sayang, dah kahwin. Setiap butir kata yg terpacul dari mulut mereka berdua ni bagaikan halwa kepada telinga I. Begitu sedap didengar dan sanggup ku dengar wp berjam lamanya.

Slps Kursus ni juga, melalui Ujian Fisiologi, barulah dapat tahu umur Fisiologi I. Wah...benda baru ni. Maksudnya, adakah badan kita berfungsi sesuai dgn usianya. And yes, I FIT EVERYWHERE!. Umur fisiologi I sama dgn usia I. Semua ujian dpt A kecuali menahan nafas sehingga 50 minit, dapat C. Ramai peserta kursus yg jauh lebih muda dr I berusia fisiologi 50 tahun dan ke atas. Maksudnya, umur muda tapi prestasi badan mcm org tua. Hmmmm....taulah kan, bila makan tidur, makan tidur, begitulah jadinya.

Menyebut pasal tidur, I tak tidur sehari semalam pada malam pertama. Yeah, malam pertama. Kenapa?. Seseorg yg tidur bersetentang dengan katil I berdengkur begitu kuat sekali, umpama "B@b! kena sembelih"(mengambil perumpamaan dari kata2 Tuan Pengetua). Memandangkan I tak pernah mdengar bunyi B@b! kena sembelih, I tukarlah jd "lembu yg kena korban". Sedap sedikit telinga mendengar. Yeah, Siti Zalina yg berada di katil atas I, sehinggakan ketakutan mendengar dengkuran itu. Dan oleh kerana dengkuran itu begitu kuat, I pasti semua 35 org di blok itu dapat mendengarnya berdasarkan keadaan blok itu.

Aktiviti riadahnya biasa saja. Taula kan, I pernah buat yg lebih ekstrem jika dibandingkan dengan repelling dari menara setinggi 3 tingkat atau pun trekking kat hutan sejauh 4 km. Dah terbang setinggi 300 m dari bukit setinggi 330 kaki dan dah trek 12 jam sehari kat Maliau Basin. Jd, takde rasa apa2 lah.

Spjg berkursus ni, memandangkan cuaca hujan kat Kundasang dan I biasa dengan cuaca di tanah rendah, mmg kesazukan btllah. Sejuknya tu sampai ke tulang. Betul ni!. Dan, udaranya mmg sungguh lembap sehinggakan seluar dalam dr jenis kain nylon ambil masa 4 hari utk kering. Nasib baik bawa seluar dalam cukup2, kalu tak....( jawab lah sendiri).

Oklah, jd gmbar yg boleh diambil cumalah yg di bwh ni sbb kem ini kawasan larangan bgmbr.

Sbnonye kamera ada masalah teknikal- hbs bateri (tak bw charger)

Wednesday, July 8, 2009

XC (or Cross Country).

30 Julai lps, SM Teknik Tawau telah mengadakan acara Merentas Desa dan I ditempatkan di bahagian sungai. Ni dah msk 2 kali dah menjaga kat sungai. Bangga juga kerana bukan calang2 org yg boleh menjaga stesen ni, tp benggang pun ada sbb "cikgu lain yg juga ditempatkan di sungai" tak nak masuk sungai, takut basah lah dan macam2 alasan lagi. Terutama guru2 baru yg belum sah jawatan tu, jangan lah ko tak nak buat itu, buat ini. Alasan I kena turun sbb lbh lasak dan mempunyai lesen diving tidak boleh diterima pakai di sini. Kali ni tak pe, demi keselamatan pelajar, I turun juga. Dalam kepala cuma ingat, ini sebahagian dr kerja. Kredit 4 U Zakiah (yg pki seluar hitam, baju belang hijau pucuk pisang) krn join I dlm sungai. Sejuk U!. Hampir sejam berendam dan hampir terkencing jg dalam sungai tu. Hahaha. Nak naik susah sbb tebing licin.

G.I Jane sdg membuat risikan keadaan sungai.

Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian (uhhhh...budiman ke?), hanya pelajar perempuan yg melalui sungai ini kerana ia laluan short cut ke sekolah. Laluan pelajar lelaki lebih jauh. Rasanya kat sinilah stesen paling meriah. Nak tau apa yg meriahnya?. Tgk je lah video ni...