Monday, April 20, 2020

PULANG - Bahagian 1.

Kronologi ...

14hb Mac- Datang ke 🇱🇰 untuk trip 8H7M ( 14 -21 Mac 2020 ).

20hb Mac- Perintah Berkurung bermula di Sri Lanka.

21hb Mac- Sepatutnya balik ke Malaysia tetapi penerbangan CMB-KUL dibatalkan oleh AirAsia. Berkuarantin di AOne Htl atas perbelanjaan sendiri.

24hb Mac- Checked-out AOne Hotel untuk penginapan yang lebih murah. Malangnya, 'dihalau' oleh residen Seagull Court Sumudu's Apartments atas alasan, kami membawa virus Covid-19. 😱😵🖕😠😡🤬
Checked-in balik AOne Hotel.

1hb April- Pindah ke Mayura Apartmen. Penginapan dan makanan asas dibiaya oleh Kedutaan Malaysia.

2hb April- Sepatutnya balik ke Malaysia tetapi penerbangan CMB-KUL dibatalkan oleh MAS. 😭. Sambung lagi mereput 🥣 🛌.

10hb April- Perkhabaran balik ke Malaysia.
Dalam bahasa Sinhalese
Kami menerimanya dengan penuh kesyukuran, gembira dan lega. Menzahirkan rasa "kesyukuran" dengan memesan KFC delivery. 🍗🍟


14hb April- Bersiap awal sesudah subuh. Bas akan datang pada pukul 8.00 pagi utk hantar kami ke BIA ( Bandaranaike Int. Airport ). Jam 7.30 pagi, kami dikhabarkan melalui watsapp yang flight delay. Sekali lagi kami dimaklumkan agar bersedia pada pukul 3.00 petang di lobi. Krik krik...krik krik. Masih delay berikutan Malindo tak dapat clearance untuk landing di Chennai.

P/s : Flight rescue ini akan mengambil rakyat Malaysia yang terkandas di Chennai, India terlebih dahulu sebelum ke Colombo, Sri Lanka sebelum memulakan penerbangan balik ke Malaysia.

View Kat Rooftop Mayura Apartmen

16hb April- Pindah ke Vivanta Airport Garden Hotel. Tingkat 2 dan tingkat 3 dikhaskan untuk rakyat Malaysia yang senasib. Aku dan Mek menginap di bilik 316.

Dapat makluman esok dapat balik. Kapal terbang dah skip Chennai dan terus ke Colombo. Hati berbunga2 dan isi beg bagasi tak diusik sebab malas nak kemas balik.

Pose berani mati. 😆🤣

Bilik 316
Antara meal utk Kluster Syurga

17hb April- Emosi tercalar lagi. Flight hari ni cancelled ntah buat ke berapa kali sebab clearance dari Chennai masih belum dapat. Keling sungguh la kerajaan India ni. Menyusahkan orang betul la!. 😠😡🤬

18hb April- Akhirnyaaaa... Tapi, selagi tak fly, aku tak nak meletakkan apa2 harapan. Dah sampai peringkat "penat berharap". Apa pun yang bakal terjadi, terpaksa redha je lah sbb... dah tak larat!.


Dag dig dug ...jantung berdebar


Hello! Anybody???.
Menunggu lama sehingga sempat tertidur, akhirnya ada "cahaya di hujung terowong".


Wah, ini bukan chobaan, tapi betul-betul!.
Kalau dengar betul-betul, ada suara bersorak kegembiraan di dalam video tu.

Melangkah masuk ke dalam kapal terbang, mulanya aku ingatkan ada lagi staff KKM yang bertugas memantau keadaan kesihatan kami. Rupa-rupanya, itulah peramugarinya, lengkap bertutup litup di dalam PPE. 😱😆



Memandangkan pramugarinya berpakaian litup, pergerakan pun agak terbatas, maka hanya air panas sahaja yang disediakan sepanjang 3 jam 30 minit penerbangan.
In-flight meal

Well,
 tak boleh merungut sebab tak perlu bayar sesen pun untuk penerbangan balik ini. Terima kasih Kerajaan Malaysia. 😘🥰 Alhamdulillah 🤲.

Bakal bersambung...

No comments:

Post a Comment