Entri sebelumnya...
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.
19hb April- Hari ni terbabas solat subuh. Terlampau penat agaknya. Mata pun agak susah terbuka. Aku tersedar pun sebab bunyi loceng pintu kedengaran. Jam menunjukkan pukul 8.40 pagi. Melangkah malas menuju ke pintu, oh...sarapan pagi rupanya . Pengalaman baru hari ini. Pemandangan pun baru. Cantik dan indah terbentang di depan mata dengan langit yang begitu cerah. π☀️
Ikut pusingan jam: Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Bangunan Finas, Menara QSR, Hotel Sheraton, Hotel Armada jelas kelihatan.
Hari kedua dan seterusnya, rutin sama sahaja. Tiada yang penting utk diceritakan.
Rutin aku- Bangun subuh, sambung tidur sehingga loceng pintu dibunyikan tanda orang hantar sarapan, berus gigi + mandi + cuci baju, buat kerja sikit, online ( vc/ fb/ watsapp ), mengaji, solat zuhur, makan tghari, tidur, minum petang, solat asar, mengaji, makan malam, solat maghrib dan isyak, tgk tv dan tidur. Punyalah boring π
Perlu buat:
1. Saringan Covid-19 secara online.
2. Status Mental secara online.
3. Home Assessment Toll ( secara manual )
4. Jawab soalan dari KKM setiap hari, jika ada mengalami simptom2 seperti batuk, demam, sesak nafas dan sebagainya ( melalui telefon ).

21hb- Hari ni, ada Swab Test. Ramai yang tya, "sakit ke?". Bergantung kepada individu sebenarnya. Orang sebelah aku, lelaki India, macho dan sado, nmpk keluar juga air matanya. π. Bagi aku, ada rasa geli-geli sikit dan rasa sedikit tak selesa. Mgkin korang boleh cuba godek-godek lobangπ dan mulut korang dengan putik kapas. Pastikan sehingga mucus (lendir) tu melekat kat putik kapas. Haaa!. Gittew la rasanya.
Tidak lupa juga, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan alMubarak. Semoga amal kita diterima oleh Allah swt. Aamiin yra.
Bersambung...
Menunggu giliran untuk Swab Test
Keputusan selepas 3 hari |
Oh ya, ni bantuan makanan yang kami terima.
Dari JKM |
Yang ni sumbangan dari NGO |
Syukurlah kepada yang memberi. Taklah aku kelaparan di tengah malam.
P/S: Malam kedua tu, aku langsung tak dapat tidur semalaman sebab perut berbunyi kelaparan. Makanan luar tidak dibenarkan oleh KKM. Jadi, bertahan sampai ke pagi je lah jawapannya. πππ₯
Rasanya, tu je la perkongsian setakat 6 hari Terkurung Dalam Sangkar Emas. Haha. Poyo je!. Minggu depan, akan ada lagi satu Swab Test. Semoga, keputusan kesemua ahli Kluster Kayangan πΌπ Sri Lanka dan India adalah negatif dan dapat bebas pada 2 Mei ini. π€²
Rasanya, tu je la perkongsian setakat 6 hari Terkurung Dalam Sangkar Emas. Haha. Poyo je!. Minggu depan, akan ada lagi satu Swab Test. Semoga, keputusan kesemua ahli Kluster Kayangan πΌπ Sri Lanka dan India adalah negatif dan dapat bebas pada 2 Mei ini. π€²
Tidak lupa juga, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan alMubarak. Semoga amal kita diterima oleh Allah swt. Aamiin yra.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment