Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal ...


Jika setiap akhir tahun setiap kakitangan kerajaan perlu mengisi Laporan Penilaian Prestasi, maka inilah Laporan Penilaian Prestasi 2009 penulis.

*Selepas ini penulis akan dipanggil Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan pembaca blog sekalian akan bertindak sebagai Pegawai Penilai (PP).

1. Aktiviti/Projek Yang Ditambah
  • ParaGliding. Kos byk tp bila dah 'melekat' ... PYD myandang gelaran Guru Ikon Kokum U disbbkan aktiviti ni.
  • IT Skills- Blogging, FBing, Movie Making, YouTubing, etc. Semua pun mula tahun ni.
  • Korean Escapade- Tidak terlintas pun utk ke Korea thn ni. Syukurlah, berbaloi-baloi.
  • Menjadi LandLord- syukurlah...ada duit masuk tiap2 bulan dan rumah pun kira terjaga la.

2. Aktiviti/Projek Yang Digugurkan
  • KAHWIN. Sebenarnya, tidak pernah digugurkan, cuma...tidak kesampaian. Dah lbh kurang 5 thn berturut2 aktiviti/projek ini disenaraikan dlm Sasaran Kerja Tahunan (SKT) di awal tahun. Dan spt tahun2 yg sudah, PYD mensasarkan hujung tahun untuk 'mengawan'. Haha
  • Health & Beauty Conscious. Tak juga digugurkan cuma perkembangannya agak perlahan. PYD ada mendapatkan suntikan Vit C (dlm 2X), manicure & padicure ( dlm 5X), facial (1x) dan urut 1 bdn ( dlm 5x) serta dptkan khidmat make-up dr saloon (1x). Hmm.. beli kosmetik?. Takde... sbb tak akan dipakai sehinggalah expired. Cuma...high dosage of vit E, EPO pills dan food supplements yg lain habis la dimakan.

Laporan/Ulasan Oleh PYD
  • 2009 adalah tahun yg agak 'klimaks' kerana profession perguruan mengiktiraf sumbangan PYD sepanjang tempoh perkhidmatannya selama ini disamping PYD dpt melaksanakan aktiviti2 tidak formal yg lain dgn jayanya.
Off-record:
Thn dpn, PYD tidak mensasarkan apa2 pun utk professionnya kerana gerenti tiada pengiktirafan bakal diterima thn dpn tapi utk 'tugas' selain tugas rasmi...PYD mmg akan all-out. Mudah2n segala yg dirancang dipermudahkan. Plan telah tersusun rapi. PP just wait & see, ok.

Wednesday, December 23, 2009

I feel you.


Last nite I watched Avatar with a friend of mine, Merlinda but not the 3D. Nothing to do...and i dunno how to kill the time (ada 2 minggu lagi cuti bergaji ooo). Ditambah pula dgn huraian dr Blog Jaime... so, why not?. Nak tau jg part mana yg dikatakan Best Movie in 2009 ni.

So here are my personal views:
1) I love the scenery a lot, especially the illuminate jungle during the night.

2) The movie is soooooo original. The animals, the plots, the language- never seen/heard in any movie before. Dan sepanjang 2 jam lbh tayangan, penulis berfikir, rampingnya Na'vi ni.

3) "I feel you". And I know how it's like when gliding the "ikran". Hehe. I feel the adrenaline rush flowing all over my body. Mgkin plot AVATAR Jake berak dlm semak sbb gayat menunggang ikran di potong kot?. Takut kontroversi dikalangan pembaca2 blog Sojourn Saga dan All about mie.

4) Cuma, penulis terkilan, or mungkin James Cameroon akan buat lagi Avatar 2, we never know. I really hope the ending would be, the real Jake Sully will meet the real Neytiri. Just like the writer did in her real life. Hehe. Tak adillah AVATAR si Neytiri je jumpa si Jake yg sebenar...Mcmanalah muka si Neytiri yg sebenar ek?. Adakah hatinya serba tak kena sebelum berjumpa?. Adakah dia akan berseri2 semasa berjumpa dan bagaimana reaksinya selepas pertemuan....Hahahaha...

5) And last but not least, I will give min 4 and maks 4.5 star out of 5.

That's all about the AVATAR. Now, i would like to share somethg that i love to watch. Hope you'll enjoy as i enjoy watching it!!!

Tuesday, December 15, 2009

1Life, Live It!

Akhirnya, saat yg ditunggu2 akhirnya tiba. Tak tahan nak pulun payung baru. Sebulan lebih dok simpan je...

5 Dis 2009 (Sabtu)
3.30 pm Tiba di KKIA. Melilau sekeliling melihat kelibat muka yang familiar. Tak tau pun sapa yang bakal menjemput. Hmmm...dari belakang ada suara yg menegur. "Payung baru nampak?". Toleh ke belakang, ku lihat Sulim dan Shazwan. Waaaaa...hampir terlompat tidak percaya. Nasib tercontrol. Hehehe. Kami kemudiannya terus menuju ke Lohan, Ranau dan berkhemah di sana. Dan malamnya, begitu dingin, sedingin winter sonata. Penulis terpaksa memakai overall, stokin dan kasut sepanjang malam kerana begitu sejuk.

Khemah ni mmg tmptnya atas keta. Not a portable tent!

6 Dis 2009 (Ahad)
Sbb angin lambat masuk, semua paragliders pun bersembang je la sambil2 buat sarapan. Maklumlah, jarang berkumpul. Bestnya kali ni kerana sorang paraglider baru, Richard merupakan seorang jurugambar. Dan penulis yg suka bergambar dan digambar ini, dengan rela hati menjadi modelnya. Haha...

Gambar tgh parawaiting (tunggu angin masuk).

Yeah...dlm jam 11 pg, angin baru masuk dan tibalah masanya untuk "tarabang". Hari ni, penulis tidak bercadang utk terbang kerana "berhibernasi" untuk jangka waktu yang lama, iaitu selama 6 bulan dan perlu menyesuaikan diri dengan payung baru yg berbeza DHV nya dengan payung sblm ini. Ibarat, korang selalu pandu Toyota Unser, lps tu nak tukar ke Pajero. Lbh kurang la...

Christ merempit dgn ATV di Landing Zone (LZ)

Akan tetapi, setelah di"racun" oleh Shazwan, akhirnya penulis terbang juga. Maka, terpulunlah payung baru hari ini. (Gmbar perasmian payung diambil oleh Mr. Cliffman dan harap2 akan diupload di FB). Untuk hari ini, penulis terbang sebanyak 2 kali dan begitu berpuas hati dengan performance payung wp kedua2nya 'crash landing'. Ahaksssssss....

And that night, I treated them dinner.

7 Dis 2009 (Isnin)
Hari ni tak byk sgt aktiviti. Pergi ke Bukit Kokol tgk Kapt. Haz9 terbang. Uh, seramnya tgk hi-tension pylon kat sini. Tak berani lagi terbang kat sini. Bak kata ust. Asnawi, Bukit Kokol hanyalah untuk paragliders yg berpengalaman. Tak pe, masanya akan tiba jua...

Bukan sekadar KK,
Pulau Gaya, Manukan dan Sapi
pun boleh nampak dari bukit ni.


Memandangkan keadaan angin yang tak begitu stabil pada hari itu, Richard terpaksa abort flight wp dah layout glider and ready to take-off. Kami pun pegi makan dan selepas itu menuju ke Laya-Laya, Tuaran utk kiting (imbang payung).

Inilah payung I...cantik tak???.
Dan inilah yg dinamakan kiting- kontrol pyg agar sentiasa balance

8 Dis 2009 (Selasa)
Hari ni kiting di Tanjung Aru. Biasa je...Takde yg spesel nak diceritakan.


9 Dis 2009 (Rabu)
Hari ni ke Ranau lagi. Terbang 2 kali lagi. Kali kedua, crash landing. Bibir berdarah, entah mcm mana rumput2 masuk dlm gusi....Arggghhh...check gigi, nasib baik masih ada. Aduh, sakit!. Sbb sakit la baru berhenti, kalau tak....mesti terbang entah brapa kali lagi utk hari ni. Angin bagus beb...Rugi kalau tak pulun.


10 Dis 2009 (Khamis)
Yeah...hari ni geng paramotor dari Sarawak dtg. Last jumpa, bulan mei semasa Sonsoluyon. Lps tu jumpa kat FB je. So, anak murid Pak Alie a.k.a Raja Langit yg lelaki, besar dan sasa (maklumlah Komando) tgk I terbang. Ntahlah, tapi dr cara dorg tgk, mcm ada bubble kat kepala, "eh, biar btl dia ni terbang?. Bdn kecik, tak padan dgn harness". Sorry kalau salah tafsir...Tp dgn sekali percubaan take-off, meluncur bebas terbang di udara. And landed gracefully. No more landing at the river. Huhu...What a positive improvement...

Video amatur


11 Dis 2009 (Jumaat)
Hari ni rileks je. Lps solat Jumaat baru bertolak ke Sandakan untuk Cabaran Luncur Udara Festival Sandakan 2009. Sampi Sandakan dlm pukul 11 mlm dan menginap di rumah Puspanita.

12 Dis 2009 (Sabtu)
Bersedia ke tapak Landing Zone (LZ) dan Take-Off (TO). Mak aiiii...ni mencabar betul ni. Ohh....dgn jalan rayanya, dgn kabel elektriknya dgn LZ nya yg kecil. Hohoho...takpe lah, dah daftar, dah byr RM50, cukuplah dpt baju Paraglider je. Penulis masih budak baru belajar, belum kahwin dan masih belum puas hidup berpoya2. Tak sanggup merisikokan diri untuk terbang dan menyesal seumur hidup jikalau sst yg buruk berlaku. Nauzubillahhhhhh....

Tak terbang pun takpe lah, dapat gmbr kat Bull's Eye pun jadilah

Dan inilah pemandangan dari TO area ke LZ area.

LZ terletak di sebalik pucuk pokok yg plg tinggi tu.

13 Dis 2009 (Ahad)
Hari ni cuaca tidak begitu baik. Angin masuk pun lambat dan ada tanda2 hujan akan turun. Bila 'parawaiting' slps sarapan ni, mata pun akan menjadi 'parasleeping'. Dalam pukul 3 ptg, barulah cuaca kembali ok dan paragliders pun bersiap mengembangkan sayap masing2. Hari ni, tahap keyakinan penulis utk terbang semakin meningkat tp...penulis beberapa kali masuk semak untuk membuang air kecil dan sekali membuang air yg besar. Ni sebab agak takut juga sbb sblm tu, ada sorang paraglider sangkut kat pokok. Awww...sejuk hujung jari penulis bila terbayang tersangkut kat pokok. Dan bila disaksikan oleh ribuan mata di bawah tu, makin longgarlah lutut.

Akhirnya, penulis dah nekad. Nak terbang jg. Payung dah layout. Harnes, helmet, glove dah pakai. Alamak...angin dah kembali tak ok dan penganjur suruh abort flight sbb majlis penutup dah nak mula. YB dah lama tunggu. Ishhh...takde rezeki. Terpaksa kemas dan turun. Hmmm.....

Tgk betul2 kat bukit tu pd arah 12. Yg ada lekuk tu, tu la TO nya.

Jadi, itulah kesudahannya. Wp tak dpt terbang, tak pe lah. Safety first. Dan seminggu slps ni, plan nak pulihkan balik kulit muka yg teruk kena sun-burn.