Diikuti dengan tawaran yang formal...
Esok, 11 Mac 2014 merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum "Bercuti Tanpa Rekod" selama 5 minggu. Wow...lama tu. Di sambung dengan 1 hari Cuti Perjalanan dan 1 hari Cuti Rehat Khas, dan 7 hari Cuti Pertengahan Semester 1. Heaven...
Kawan-kawan sekerja semuanya komen yang serupa, "Bestnya!". Tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah tekanan yang terpaksa aku tanggung. Bukan senang untuk mengatasi rasa takut setiap kali terbang ditambah lagi untuk menyaingi paragliders yang memang dibayar untuk terbang. Dalam erti kata lain, Paragliding adalah kerjaya mereka. Mcm Dato' Nicol Ann David, main Squash adalah pekerjaannya. Sangat berbeza dgn aku yang boleh dikira beberapa kali 'terbang' dalam setahun dan lebih menjadikan sebagai hobi. Setiap kali berada di take-off dan tiba masa utk terbang, masa tu la rasa nak terkencing, hujung jari sejuk dan sebagainya. Haha. Terbang 7 hari seminggu jika cuaca dan angin baik. Itu bahagian cons nya.
Bahagian pro nya pula ialah, tidak perlu 'iron' baju. Yeay....Tidak perlu bersiap sesudah subuh dan cukup sekadar memakai baju-t lengan panjang dan seluar track panjang la. Pemakaian jeans amat digalakkan untuk mengelakkan seluar terkoyak sekiranya crash landing. No more high heel but boot.
Rasanya cukuplah sampai di sini penulisan kali ni. Wish me luck. Semoga segalanya berakhir dengan selamat. No more L1 compressed or fractured. Haha.