Wednesday, January 26, 2011

Sehari menjadi "DOKTOR ON CALL".

Bermula 25 sehingga 28 Jan, SM Teknik Tawau mengadakan orientasi untuk pelajar Ting. 4. Aku dilantik menjadi AJK Kesihatan dan dijadualkan bertugas pada pukul 8.30 - 10.30 mlm selasa itu. Hmm... oklah jg masuk J/K ni, bukan susah mana pun... Kalau budak mengadu sakit, tya dorg sakit apa, lps tu bagi ubat dr First Aid Box bergantung kepada sakitnya atau suruh je dorg rehat, dan kalau taknak tanggung risiko, hantar je ke hospital. Habis cerita. Hehe...aku pun bukannya tau buat CPR (Cardiopulmonary resuscitation) ataupun Cium Peluk Ramas. Haaaaa...itu CPR versi Mummy Anne. Hehe

Nak dijadikan cerita, mlm tu ada 9 org pelajar yang mengadu sakit. Hmm...manja bdk2 ni. Baru brapa jam orientasi. Bukan ada buli membuli pun...Tp yelah kan, setiap aduan kena ambil perhatian. Manalah tau, kita tak ambil peduli, kalau tgh mlm sakit dorg 'menjadi' pulak, sapa nak tanggungjawab?. Sebelum tidur terganggu dan untuk mengelakkan sesuatu yg buruk terjadi, lbih baiklah aku bertindak awal...

Sesampainya di hospital, kami pergi ke Bah. Kecemasan. Aku tak tahu pun yg Jabatan Pesakit Luar dibuka sehingga 10.30 mlm. Maklumlah, jarang ke hospital. Bangunan Hospital pulak terdiri dari bangunan baru dan bangunan lama. Kami masuk dari bangunan baru manakala Jab. Pesakit Luar terletak di bangunan lama. Agak jauh jg la berjalan selepas turn left, turn right, go straight, no belok2. Untuk mempastikan laluan yg dilalui adalah betul, penulis bertanya kepada seorang Security Guard yang sedang bertugas. Hmm...mulanya penulis agak kasihan melihatkan Security Guard itu, bertugas dikala org sedang tidur, sehinggakan aku melihat dia tertunduk2 memegang log book dalam keadaaan duduk condong 45 darjah ke depan. Dpt bygkan tak?.
"Mgkin tlampau mengantuk dia ni?. Kesian...Sorang2 kena berjaga mlm demi mencari sesuap nasi". Bisik hati kecil ku. Aku pun menyapa lembut abg Security Guard tu, "Errr...di mana Jab. Pesakit Luar ya?". Dia pun berdiri sambil menunjuk arah dan di kala itu jugalah aku melihat sesuatu yg tidak patut dilihat. Aku terlihat skrin handphone yang tersembunyi di balik Log Book yang dipegangnya..."Pesal pelik sgt wall papernya ni?. Aku tgk kali kedua... Astaghfirullah... sedang bergerak2, rupanya aksi LUCAH yang melampau, yang memfokuskan 'bahagian itu' sahaja". Hmmm... menyesal aku simpati dgnnya tadi. Rupanya tertunduk menonton video lucah. Patut tertunduk2 sambil memegang Log Book. Takut diketahui orang mungkin. Biarlah...masing2 dgn cara masing2...Sendiri kena ingat dan sendiri kena jawabla nnt...Tak nak komen lebih2...

Sunday, January 23, 2011

Yihaaa....Shopping spree...

Jumaat lps, aku memberi ganjaran kpd diri ku sendiri sbg tanda kemenangan kerana berjaya mengharungi hari2 mendatang di kala hati dirobek orang, dgn membeli sunglass. Mmg dah lama nak memiliki sunglass, dr tahun lps lagi. Tapi memandangkan ia bukan satu KEPERLUAN, cuma KEHENDAK, jadi pembeliannya selalu ditangguhkan. Bak kata abg R ketika aku tya, "apa yg perlu I buat spy tampil bergaya?", jwbnya, "Sunglass is a MUST for you to look stylo". Ehem..ehemm...

The models ... Sue Allen and Merlinda Banks

Aku berkenan sgt dgn satu sunglass jenama Ray Ban tu, sgt cantik, stylo & sporty. Malangnya tak sesuai utk bentuk muka aku yg agak bulat dan hidung yg agak pesek. Akhirnya slps mencuba pelbagai bentuk dan jenama, aku ambil sunglass Bonia, yg menurut kata Merlinda, sgt sesuai utk aku. Oklah, polaroid- sgt sesuai pki masa memandu utk elakkan silau dek metahari, 50% diskaun pulak tu, tak terlalu besar- tak lah nampak mcm lalat kalau tgk dr jauh (lalat kan nmpak mata je kalau dilihat dr jauh).

Taraaaa.....

Skuter, hp baru, bla..bla..blaa... dan senarai barang utk dibeli itu tak pernah habis. Aku berfikir2 nak dye rambut lagi bagi menutup uban yg semakin byk...Kena cari dye yg 'halal' lps ni...Hehe...

Nafsu perempuan tu byk, ada 9 berbanding nafsu lelaki yg cuma ada 1. Jadi, sebagai seorang perempuan, aku tak terkecuali. Bak kata Ust. Kazim, "bernafsu sikit salah, bernafsu byk pun salah". Haha...Sendiri kena kontrol la. Btl tak?. ;P

Wednesday, January 19, 2011

Tiada Undi Tidak Percaya Dalam Pilihan Raya Cinta

Hehe...memandangkan akak dah kunci tajuk ini semasa berkonferens dgn Miss Tourism & Puan A, terpaksalah akak menggunakannya... Untuk makluman, entri kali ini khas buat anda berdua.
* Cerita sengaja ditulis dgn tidak terperinci bagi menjaga maruah mereka yg masih hidup.

Sejujurnya, akak mahu menulis segala cerita pahit yg dilalui minggu lepas, akan tetapi niat itu terpaksa ditangguhkan kerana tidak mahu membuka pekung di dada.

Yeah, sebelum ini penulis terasa begitu bahagia. Hidupnya indah dan seakan begitu sempurna. Semua berada dlm genggamannya. Lebih2 lagi setelah mengenali Jeng (bukan nama sebenar) yang memiliki hampir kesemua ciri-ciri jejaka impian akak. Sehinggalah pada malam ahad, 9 Jan 2011. Penulis menerima satu panggilan telefon, dr Abraham (bukan nama sebenar). Beliau ialah kawan baik Jeng. Abraham menelefon lebih dr sejam dan banyak menyebut 'keburukan' yang dilakukan oleh Jeng. Sangat banyak, mengejutkan dan merobek hati. Sebelum akak ke Mekah, mmg ada juga mendengar khabar2 angin berkenaan Jeng daripada seorang sahabat. Dan apabila akak bertanyakan kepada mereka, "kenapa kamu bagitau saya semua ni?". Jwb mereka, "sebab kau baik dan kami tidak mahu kau menyesal di kemudian hari". Dan sebenarnya, penulis pergi ke Mekah dengan hati yang sangat terluka...Tapi, hikmah di sebalik situasi ini ialah akak begitu mendekati penciptaNYA, mengadu padaNYA, meminta padaNYA, berserah padaNYA dan menangis padaNYA.

Untuk seketika, mmg penulis begitu sakit hati, tertekan dan sedih. Tapi, setelah difikir2, Past is Past. Lagipun, akak belum hadir dalam hidupnya. Jadi, akak tak berhak utk mengadili dirinya.

Rentetan dari hati yang luka parah dan berdarah, CHAIN REACTION berlaku. Akak melampiaskan stress dengan berjogging/workout. Yeah, baby yeah (say it like Austin Power). Badan begitu terasa ringan dan minda pun tenang untuk seketika. Satu hari tu, selepas memanjat bukit, selepas basah lencun dek peluh dan dalam perjalanan pulang ke rumah, penulis mendengar radio. Dan penulis menyanyi sekuatnya dalam traffik jam bahagian chorus...Lagu apa?. Click je link ni.. Lawak pula tgk fesyen time ni. Haha. Dan hikmah melakukan workout ini pula ialah, akak akan kurang makan. Nak minum air kosong je...Hehe. Jgn jeles, potongan kerengga. Tapi, sekejap je...

Dan minggu ini, selepas seminggu akak sedih2 sendiri, akak serahkan aje pada Tuhan. Yg penting, akak dah buat segalanya yang termampu untuk menyelamatkan keadaan. Dan untuk pengetahuan Puan A dan Miss Tourism, dia mula berhenti 'memberi nafkah, zahir dan batin', hehe...(saja nak exagerrate) bermula 2011. Sebelum ini, akak tak berpijak di bumi nyata. Bila akak tanya, katanya "stress at max level" disebabkan oleh keje. Ok, akak fahamlah dan akak tak nak tya mcm2 sbb akak kalau stress, agak mudah menempelak orang. Dan baru2 ini bdaynya. Akak sms wish dia bday sebaik bangun dari tidur pada jam 5 pg dan terus on laptop. Akak nmpk dia online dan terus 'tegur' dia. Tp dia tak balas. Dan pada mlm tu, akak call lagi utk wish bday, yeah...dgn nada gembira dia menjawab, "U R most welcome". Dan balik2 kata, "I miss U". Mgkin jg sbb bln ni, br 2 kali kami mendengar suara masing2...dan akak begitu happy mendengarnya. Dan selepas 1 min 30 saat dia kata, I'll call U back, because I'm driving". Oklah...dan guess what, he didnt call. And I guess, that's it. Selepas berkaunseling dengan 1-2 org, mereka mencadangkan, 'ko jgn call lagi, biarkan saja'. Dan itulah mungkin perkara terbaik yang mungkin patut dilakukan...

Do I deserve him?. Or Does he deserve me?. And "Have You Ever" by Brandy represents me.

Saturday, January 8, 2011

Akak pun tak nak kalahhhh...

Bila ditya salah seorang kwn baik penulis yg bernama Syariah Hj. Awang, apakah perancangan thn baru beliau, jawabnya, "aku nak laser kulit muka aku spya pori2 lebih kecil". Dlm hati penulis berkata2, "oh, oklah". Sejujurnya, penulis tidak berasa apa2 memandangkan pekerjaannya sebagai seorang pramugari mmg sangat menuntut penampilan luaran yang cantik, jelita dan sempurna sebagai seorang wanita. Akan tetapi, pandangan penulis mula berubah setelah membaca nukilan adik "Angelina Juling" berkenaan memancing ikan besar, ohh.....penulis tidak boleh berdiam diri. Akak pun tak nak kalah. Akak pun perlu dan mesti kelihatan santek...Kalau tidak lebih santek pun, mesti sekurang2nya sama santek. Hahahaha. Lebih2 lagi sekarang adik Angelina Juling dan Pn. Anijah Miril seakan2 mahu merampas Abang R dari 'rangkulan'. Hahaha.

Oleh yang demikian, akak dah mengatur strategi. Sebelum kedatangan tahun baru, akak telah pun membuat rawatan mani dan padicure. Huhu. Berkilat2 kuku kakak. (Tiada gmbar dilampirkan memandangkan penulis tidak ingin dikomen berkenaan bentuk2 jari kakinya). Nmpak sgt terjaga walaupun perkara ini sering diabaikan oleh kebanyakan wanita. Tidak lupa juga, sebelum tirai 2010 dilabuhkan dan sebelum tirai 2011 dibuka, akak telah pun memanjakan badannya dengan urutan seluruh badan (kecuali urutan bahagian bukit dan lembah yang paling dalam) selama sejam. Hmmm...terasa lega dan segar satu badan, terutama bahagian bahu yg begitu penat sebelum ini.

Pada hari ke-7 tahun baru, akak membuktikan lagi azamnya agar tampil lebih santik dan lebih sihat. Akak pergi facial dan beli produknya sekali. (Hehe...dan lbh 3 bln tak pg dan teringat kata2 kak Izah sms berada di Mekah, kalau setakat pg facial tp tak guna produknya, manalah nak nampak kesan). RM 846.40 duit akak melayang. Tapi itu semua akak tak kisah. Yang penting di sini...AKAK TAK NAK KALAHHHH dengan mereka berdua...

Himpunan rawatan muka 'eksklusive'...

( Dari kiri: Essential Cleansing Solution, Dermal Clay Cleanser, Multi-Active Toner, Skin Hydrating Booster, Extra Firming Booster, Skin Renewal Booster, Active Moisturizer dan Solar Defense Booster SPF30 ).

Hehe...I'm preparing for the worst actually. What is it?. Biaqla rahsia for now. Kisah kat atas tu cuma gimik semata2.