Thursday, April 2, 2020

Terkandas di Colombo: Bahagian 6

Entri sebelumnya...

30hb, sekitar pukul 9.30 mlm. Tok...Tok..Tok... pintu bilik diketuk berkali-kali. "Bad news...bad news!", suara dari luar pintu. Oh, tu suara Zili...lantas Mek membuka pintu. "Flight balik kita 2hb cancelled la. Baru je terima email". "Apa?!". Hampir tidak percaya. Ini adalah kali kedua flight kami cancelled selepas kali pertama yang sepatutnya dijadualkan pada 21 Mac. 😱😓🤦. Harapan untuk balik ke Malaysia selepas 10 hari berkurung di bilik telah MUSNAH, PUNAH dan HANCUR. 😫😭

* * *
Keesokan harinya, barulah aku ada mood utk bercakap dengan Zili berkaitan flight balik kami yang telah dicancel. Berita buruk seterusnya ialah, flight balik ke Malaysia dengan Sri Lanka Airlines adalah pada 8 April, manakala dengan MAS adalah pada 2 Mei. Berapakah kebarangkalian untuk Airlines asing dapat mendarat di Malaysia tetapi dalam masa yang sama, kami dah tak sanggup menunggu untuk tempoh sebulan lagi. Visa kami pun bakal tamat pada 13 April ni. 😓
Berita baiknya pulak ialah, kami akan berpindah ke apartmen yang disponsor oleh pihak Kedutaan Malaysia. Syukur. 🤲

* * *
1 April, hari ni kami checked-out Aone Hotel. Perasaan sedih dan gembira bercampurbaur. Sukar untuk digambarkan. Memandang ini adalah hari terakhir kami di sini, maka kami bertiga pun sepakat untuk memakai pakaian syantik dan bergambar sakan. 🤗
Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat berkuarantin.
Dari Kanan: Isuru, Che Sue Ella dan Raqib.
Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Pukul 12:30 tengahari, Pn. Khairi selaku sekretariat Kedutaan Malaysia datang ke hotel dengan Mercedes dan Land-Cruiser hitam. Bagasi kami dipunggah masuk ke dalam Land-Cruiser dan kereta pun meluncur laju. Bye-bye Aone, sehingga kita bertemu lagi....👋👋👋
Singgah sebentar Balai Polis
(SOP yang perlu diikuti oleh pelancong semasa Perintah Berkurung)

Sempat lagi berwefie 🤳 


Akhirnyaaaa...sampailah ke tempat yang dituju- Mayura Apartmen. Disinilah kami akan menyambung kuarantin kami sehinggalah ke suatu tarikh yang belum dapat dipastikan...


Ruang tamu unit 6B


Oklah... permulaan yang baik di permulaan bulan. Semoga esok, lusa dan hari-hari yang mendatang akan memberikan sinar kebahagiaan. Aamiin...

No comments: