Wednesday, April 4, 2018

Taiwan- Heart Of Asia ( Finale )

Entri sebelumnya...

Hari ni merupakan hari keempat kami di Taipei. Hr ni kami ke Longshan Temple, Chiang Kai Shek Memorial Hall ( CKSMH ) dan sekali lagi ke Taipei 101.

Route: 
Longshan Temple MRT Station -> Exit no. 1 -> Longshan Temple

Longshan Temple ni merupakan temple tertua di Taiwan. Binaan yang asal telah musnah disebabkan  gempa bumi, kebakaran dan pengeboman semasa Perang Dunia Kedua. Oleh sebab ia termasuk dalam 10 Places You Must Visit in Taipei, maka kami pun pergilah mencatatkan kehadiran kat sana. Jd, bila org tanya "Dah pegi Longshan Temple?". Bolehlah kami jawab "Mestilah sudah 🙋" dengan bangganya. 😘
Kat sini je aku nmpk ramai warga tua. 
Agaknya, nak menghabiskan sisa hidup dengan beribadah. 



Route:
CKSMH MRT Station -> Exit no. 5 -> Chiang Kai Shek Memorial Hall


Chiang Kai Shek Memorial Hall ini dibina untuk memperingati Presiden China terdahulu, iaitu Chiang Kai Shek. Juga antara tempat yang termasuk dalam 10 Places You Must Visit in Taipei. Korang boleh tgk kawad semasa pertukaran pengawal kat Memorial Hall setiap satu jam. Syok juga tgk sbb kawadnya agak "slow motion" dan pengawal2nya "jambu". Ala2 retis KPop gitew. 😆😍



Taipei 101 MRT Station -> Exit no. 4 -> Taipei 101

Hari ni kami naik ke tingkat 89. Bayaran masuk NTD 600. Cuaca bagus. Jarak penglihatan sgt jelas.


Chillax dulu dengan Mango Icecream di tingkat 89.

The holder of  world's fastest passenger elevator.
 Maximum speed is 1010 m/ min.
Acknowledge by Guinness World Records. 

Segalanya mudah, indah dan lancar sepanjang 6 hari kami berada di Taiwan. Hanya penutup trip kami je yang tak berapa best. Dipendekkan cerita, ada masalah teknikal antara kami dan host...yang menyebabkan kami terpaksa ambil keputusan untuk bermalam di Airport. Aku taknak ambil risiko sebab esok flight kami awal pagi ke Kota Kinabalu. Apa yang penting, walaupun kami cancel booking di saat akhir, kami dapat full refund. 😥😥😥.

Terpaksa menjadi gelandangan skjp kat Daoyuan MRT Station. 

Haha..kalau diingat kembali, kelakar pulak. Masa tu, kedua2 hp kami dah habis bateri, kedua2nya kelaparan, kesejukan dan kepenatan. Maklumlah, dah berhabis pose seharian. Si Claudia ni pun sudah sampai peringkat tak dapat berfikir. Haha. So, aku cadangkan kami makan dulu sushi yang dibeli kat Taiwan Main Station tadi sebelum meneruskan perjalanan dari Daoyuan MRT Station ke Terminal 1. Kalau ada org yang lalu, mesti dorang toleh 2 kali kehairanan. Haha...😆😅😁😝😜. Tebalkan muka je la.

Selepas dicampur semua kos (penginapan, makan, pengangkutan, souvenir, entrance fee, etc), selama seminggu di Taiwan = RM 1008.00

Tiket flight TWU-BKI-TPE-BKI-TWU by AirAsia ( luggage, travel insurance ) = RM 1039.72

Jumlah keseluruhan = RM 2047.72. 

Setakat tu je la coretan seminggu kat Taiwan ni. Sebelum mengundurkan diri, ni tip terakhir aku nak bagi. Tourist Attractions banyak kat Red Line...jd, pastikan korang tinggal berdekatan MRT Station Red Line spy masa, jarak dan wang sepanjang percutian sedikit sebanyak dapat dijimatkan. Bye....



~XoXo~
  Yoyop
4/4/2018

Tuesday, April 3, 2018

Taiwan- Heart Of Asia (Bahagian 4)

Entri sebelumnya...

Hari ni merupakan hari ketiga kami di Taipei. Misi hari ni adalah memburu bunga Sakura di Yangminshan. Selain Yangminshan, Alishan juga merupakan pilihan terbaik untuk menyaksikan Sakura. Apa yang perlu diingat adalah, sebelum membuat pilihan, sila check "Sakura Forecast" terlebih dahulu. Ini kerana, lain kawasan, lain masa mekarnya Sakura. Taknak lah jauh-jauh datang, sbb malas buat research, Sakura dah berguguran..tinggal ranting je. Memang menangis tak berlagu la.

Route:
Shilin/ Jiantan MRT Station -> Bus no. 5/ 260 -> Perhentian bas terakhir.

Berbaris panjang nak naik bas ke Yangminshan.

Tambang: NTD 60

Yangminshan ni terletak kat tanah tinggi. Macam Cameron Highlands atau Kundasang la...sejuk. Hari tu, sblm bertolak dari hotel, aku tgk weather forecast, 24-26'C je...so, aku pun pakai jaket nipis je la. Jd, untuk mengelakkan perkara yang berlaku kat aku tak berlaku kat korang, aku nasihatkan korang bawa baju tebal siap2. Jangan sesekali tertipu dengan weather forecast. Sejuk sampai ke tulang sum-sum wa cakap sama lu. Kabus yang tebal, angin yang kuat...memang pakej la. Jarak penglihatan masa tu, tidak lebih dari 5 meter. Phewwww....
Sakura menyambut kedatangan kami. 

Bukan satu...tapi 2 pasangan pengantin turut sibuk bgmbr kat sini. 

Ni ler Flower Clock nyer...


Calla Lily yang baru dipetik dari ladang. 

Gugusan Hydrangea.

So, better korang jalan2 ja kat Flower Clock tu...kat situ lagi banyak bunga. Dan yang lebih penting... jarak penglihatan jelas sejelas2nya, cuaca pun bak kat Salem High Country. Nyaman gitew...Haha...


Selepas filem kodak habis dalam 6 roll dengan pelbagai pose 😝, perjalanan diteruskan ke National Palace Museum ( NPM ).

Route:
Shilin MRT Station -> Exit 1 -> Bas no. 18/ 19/ 30/ 304/ 225/ 815.

National Palace Museum

Tujuan ke National Place Museum ni adalah untuk makan real food halal. Lapar giler...td tghari, lunch aku hanyalah sebiji telur rebus herba yang berharga NTD 13. Byk mknnan yang dijual bukan halalan toyyiba...so, aku kena lah tabah berlapar sekejap.

Tips:
Kalau nak makan kat Silk Palace ni ( bangunan di sebelah kanan NPM ), minta Muslim Menu dari pelayan ya. Menu yang tak berapa Muslim je ada kat atas meja. Muslim Menu tu dorang simpan kat Cashier. 
Ruang dalam Silk Palace. 

Chicken Noodle Soup NTD 320

Muslim Prayer Room ada terletak kat basement ( B1 ) NPM ni. Jd, bolehlah singgah solat kat sini.

360 view of National Palace Museum. 

Inilah sahaja aktiviti kami hari ini. Jumpa lagi di entri hari terakhir kami di Taipei- Heart of Asia (Bahagian 5). Bye....