Tuesday, March 31, 2020

Terdampar di Colombo: Bahagian 4

Entri sebelumnya...

24 Mac, Selasa- Tamatlah Perintah Berkurung selama 3 hari buat sementara waktu. Hari ini, penduduk tempatan dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan sehingga pukul 12 tengahari. Kami merancang untuk check-out hotel yang telah didiami selama 3 malam dan check-in apartment yang murah sedikit memandangkan kami ada lagi 10 hari sebelum balik Malaysia. Seusai sarapan, kami pun pergilah ke Seagull Court Sumudu's Apartments.


View Lautan Hindi yang bakal dirindui
Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Borang menduduki apartmen diisi, deposit Rs 10,000 (RM 250) bertukar tangan dan tuan rumah menunjukkan fasiliti-fasiliti yang ada di premis itu dan sebagainya. Salah satu lagi prosedur yang perlu diikuti adalah melaporkan keberadaan kami di Balai Polis ( kerana Perintah Berkurung bersambung kembali pada pukul 12.01 tengahari, hari yang sama). Hal tersebut kami serahkan kepada Zili sambil ditemani oleh Mr. Roy ( pemandu pelancong kami ). Manakala, kami bertiga akan membeli barang makanan dan keperluan lain. 
Borang menduduki apartmen
Sedang kami berbaris panjang di tengah panas untuk membeli barang keperluan, Zili dah menghantarkan voice note menyuruh kami balik segera. Voice note kali kedua pula mengatakan dah ada polis menunggu kitaorg. "Ishhh!, biar betul?". Mau tak mahu, terpaksa keluar dari barisan untuk balik ke apartment segera. Sesampainya di apartmen tersebut, semua bagasi kami dah pun dimuatkan dalam kenderaan. Kelibat 2 orang polis dengan uniform coklat cair juga kelihatan melilau-lilau berhampiran di kawasan basement. 


Beratuq panjang


Wartawan tak bertauliah di tempat kejadian.
Mahu tak mahu, kami terpaksa balik ke hotel AOne, hotel tempat kami menginap sebelum ini. 😬 🤦😓. Kedutaan Malaysia di Sri Lanka tidak dapat menyediakan tempat penginapan untuk kami dan menghadapi masalah kekangan masa berikutan Perintah Berkurung akan bermula beberapa jam lagi. Hotel yang ditawarkan oleh pihak Kedutaan pulak adalah Berjaya Hotel, yang berharga USD 50 sehari. Kalau di sponsor takpe la. Ni ko kena keluar duit sendiri. 10 hari pulak tu?. Ko mampu?. 😬 ( Kadar Hotel AOne adalah USD 35-40 sehari ). 

Dengan Raqib sebelum check-out

Kami dengan rasa sedih dan kecewa terpaksa lah menghadap kembali Raqib, satu-satunya staff hotel yang baru je kami lambaikan tangan selamat tinggal. 😂🤣. Sesudah meletakkan beg bagasi kami di dalam bilik, kami bergegas keluar untuk membeli barang keperluan dan bekalan makanan. 
Ni je gambar apartmen dari basement yang sempat aku ambik. 
Setelah segalanya tenang, barulah aku bertanya dengan Zili apa yang berlaku sebenarnya. Ceritanya begini, resident kat Seagull Court Sumudu's Apartment tu yang tak mahu kami menginap kat situ sebabnya kes Covid-19  diMalaysia dah beribu yang positif ni. Mereka takut kami datang menyebarkan wabak kat situ. Kebetulan, Deputy Inspector General ( DIG ) pulak tinggal di tempat yang sama. Direct la aduan tu sampai kat dia. Dia pun teruslah arahkan 2 orang pegawai polis utk datang dan pastikan kami blah dari situ. Kami pun umpama PATI di Malaysia yang tiada permit kerja dihalau. Huhuhu...🤦😓😬. Baru ku tahu perasaan "PATI" yang diserbu macam dalam rancangan TV3 "999" oleh pihak polis. 😭. Hmmm...dalam media sosial aku post gambar-gambar yang indah-indah je kan?. Inilah hakikatnya. 

Oklah. Setakat ni je entri untuk Terdampar di Colombo: Bahagian 4 ini. Jumpa lagi... 

No comments: