Saturday, August 1, 2009

Hybernation time.

Sekolah ditutup selama seminggu berkuat kuasa 31hb Julai-6 Ogos 2009. Setakat Jumaat (31hb Julai), ada 2 pelajar sekolah disahkan positif H1N1. Ramai juga pelajar asrama yg mengadu demam sehinggakan pihak hospital suruh balik je sbb bilangan terlalu ramai. Susah nak ngajar sbb setiap hari bilangan pelajar yg diajar semakin sedikit akibat dikuarantin di hospital dan tidak datang sekolah (yg pemalas).

Ceramah H1N1 oleh Dr. Kagunneshavar.

Menurut sumber yg boleh dipercayai, pelajar2 yg disahkan +ve ni mengikuti satu aktiviti yg juga disertai oleh sekolah2 lain dan penceramahnya pula dikatakan dari HK. Mmg sekolah melakukan seperti yg diarahkan oleh Kementerian Kesihatan dan Pej. Pendidikan Daerah Tawau spt menjemput Peg. Kesihatan memberikan ceramah kpd warga sekolah, membekalkan Face-mask secara percuma kpd pelajar asrama dll tp yelah kan, virus ni merebak melalui udara, jd semestinya senang merebak.

Penggunaan face-mask dikalangan guru

Setakat entri ini ditulis, Cg Suhaila (awww...) belum lagi terfikir apa perancangan untuk menjadikan seminggu cuti ini cuti seminggu yg berkualiti. Cuma nak buat benda2 biasa je spt nak servis keta (yg sepatutnya diservis bulan lps lg), seterika baju keje (minggu lps, selama seminggu pakai baju yg tak berseterika akibat bz giler) dan cuci kete (berdebu akibat ulang-alik ke kuari kerana urusan Paragliding). Tu je lah setakat ni. Dan semestinya, blog ni akan lebih cepat dikemaskini selama seminggu ini.

Korang rasa dorg senyum tak masa ambil gmbr ni?.

3 comments:

nuranne said...

cmelnya gambar kak ijah n kak tin....hehehee

Si Yoyop Bah... said...

hahaha. Doktor bedah tu dah gian nak operate org. Tu nak cari mangsa nak di operate lah tu.

rambomadonna said...

Bercuti lah puas2 sekarang. Pas nie macam nak pengsan lah ganti balik.