Saturday, March 24, 2012

Life's like that...

Cuti seminggu (10- 18 Mac 2012) yg penuh dgn pelbagai perasaan. Bosan, tenang, suka, duka, teruja, rileks dan rindu!.

4 hari pertama di Kota Kinabalu, memandangkan tidak ada agenda khas yg disusun oleh coach utk aku, aku lebih kepada membuat hal sendiri. Menyewa sebuah studio apartment, makan semahunya, tidur semahunya, menonton HBO semahunya!. Aku rasa tenang dan rileks...Mana mungkin aku dapat mengecapi aktiviti2 sebegini di rumah. Konfirm aku dibebel oleh org tua. Ada masanya aku mau jg smbg tidur lps solat subuh...rilek2 di atas katil. Bukan selalu, memandangkan 5 hari seminggu aku kena bangun seawal pukul 5 pagi utk bersiap turun kerja. Bila dah mula rasa bosan di bilik, aku jalan mencuci mata di Centre Point ataupun jumpa kawan2 lama yg sdh berhijrah ke KK. Rasa puas dapat berjumpa dgn kawan lama, Atul dan sepupu, Uji.

4 hari berikutnya, lebih kepada berjumpa kawan2 seangkatan dan membuat persiapan PGAWC. Kali ni aku jadi juri. Satu2nya juri perempuan. Boleh juga aku isi ruangan "Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi" SKT. Untuk jadi juri yang bertauliah, kena ikut seminar dan lps tu akan dapat sijil yang diperakui oleh FAI. Berasa suka dan teruja menjalankan tugas dan didatangi oleh pilot2 ganteng, hensem, my taste utk menandatangan score mereka. WoW!. Haha. Ada pilot Malaysia yg mencuri perhatian...tp, alahai...juri 'dilarang' berkomunikasi dgn peserta. Ada juga curi2 cakap, bagi sokongan moral katakan, tp tak nak 'nampak' sgt, terpaksalah mengehadkan perbualan. Hmmm...sudahnya, tak tahu apa 'profile name FB' ataupun no. hpnya.



Kali ni aku agak kurang teruja bercerita psl kemeriahan PGAWC. Mgkin, si "DIA" belum lagi belajar dari kesilapannya. Lebih teruk lagi, "DIA" mencari pasal dengan hampir semua "pegawai" yang bertugas. Apa pun, kelakuannya itu telah pun sampai ke pengetahuan YB Dato' Seri Tengku Zainal Adlin selaku Pengerusi Kejohanan ini. Dalam hal ni, aku 'no comment!'.

Memandangkan flight aku balik ke Tawau pada pukul 4.30 ptg, aku terpaksa 'lari dari tugas' dan meninggalkan pekan Ranau pada pukul 12.00 tghari. (Info: Perjalanan Ranau - KK mengambil masa 2 - 2 jam 30 min). Hai...macam2 cobaan balik ke KK ni. Kenderaan tak ikut jadual, driver pula 'siput' je gerakannya, sampai aku ckp kat driver, "Bang, boleh drive laju sikit ke ke airport?. Sy tengah kejar flight ni". "Sekejap ah, sy kencing dulu". Alamak...time aku 'berAmazing Race Asia Season 5' la pulak dia nak terkucil.

Fuhhhh...sampai di KKIA on time. Agak terkejar2 jg dgn masa yg ada, kejar waktu asar. Tunggu pya tunggu, RETIME la pulak. Flight sepatutnya pkl 4.30 ptg, pkl 4.15 belum lagi boarding. Aikkk...aku pun tya kat kaunter Gate 10. Katanya, "Tu flightnya"- sambil menuding ke arah sebuah Foker yang tgh dibaiki. "Sepatutnya kapal ni terbang ke Lahad Datu, lps tu balik KK. Lps tu baru ke Tawau. Ni pun, belum lagi ke Lahad Datu". Hmmm...Tunggu pya tunggu, ntah brapa kali RETIME, akhir sekali, pengumuman, FLIGHT MH 3055 CANCELLED!. Semua penumpang diarahkan ke Gate 6 utk tindakan selanjutnya.

Oleh kerana semua flight ke Tawau Fully-Booked, maka terpaksalah aku bermalam semalam lagi di KK. Kali ni, penginapan di Megah Tanjung Aru, pengangkutan, dan makan ditanggung sepenuhnya oleh MAS. Aku OK je. Ramai penumpang yang kelihatan marah2. Minta penjelasan itu dan ini. Minta surat akuan/tunjuk sebab itu dan ini. Ntah napa, aku lebih relaks dan redha. Suka, esok sambung cuti lagi. Haha. Tak kisah la aku extend 1 malam lagi. Cuma, aku dah mula rasa rindu pada anak buah yg membahasakan dirinya "Ara Eya" atau Sarah Syahira. Inilah sebenarnya kisah di sebalik status FB tempoh hari.

"Sapa nama adik?". "Ara Eya"

Oklah. Jd, lengkapkah sdh coretan perasaan yang bercampur-baur sepanjang cuti seminggu. Apakah pulak perasaan anda selepas membaca coretan ini?. Luahkan perasaan anda terhadap nukilan kali ini di ruangan komen. Sehingga berjumpa lagi. Byeeeee...

Wednesday, February 29, 2012

Sedangkan Nabi pun ampunkan umat...

Siapalah aku utk tidak memaafkan 'dia' walaupun LUKA yang ditorehnya dihatiku kira2 setahun yang lepas teramatlah dalam. Sampai sekarang aku tidak faham apa sebabnya 'dia' terlalu marah sehinggakan aku digelarnya "KEPALA ANJING". Apalah yg dah aku buat smpi aku di'hukum' sedemikian rupa. Kesedihan yg aku rasa pada masa itu hanya Allah dan 3 orang kawan sahaja yang tahu. Terasa begitu hina sekali bila disamakan dengan KEPALA ANJING. Astaghfirullah...

Setahun yg lepas, aku menjadi sekretariat utk ParaGliding Accuracy World Cup (PGAWC). Niat dihati dan difikiran cuma satu- "Bekerja utk memajukan sukan ParaGliding di Sabah." Ntah kenapa, aku buat hal sendiri dengan kerja aku, tak kacau orang, tiba2 si 'dia' hangin satu badan. Yg kesiannya aku, tak tahu ada org marah kalau kawan tak sampaikan. Boleh aku tak tahu aku yang dimaksudkan ketika si 'dia' bertelefon marah2 mengadu dgn maknya di Batam. Masa dia bersembang tu, aku duduk disebelahnya sedang mendaftarkan nombor lesen PG peserta Malaysia. Seingat aku dia kata dlm dialek Indon, "Mak, ada perempuan selalu berkepit dengan si Basir. Aku rasa muka ku lagi cantik dari dia. Mukanya macam kepala anjing. Kepala hanjing. Nantilah dia tahu siapa itu si Basir". Pada masa tu, aku beristighfar dlm hati. Kesian dan sedih dengan 'perempuan' yang dimaksudkan. Aku juga rasa lain macam dgn si 'dia' ni kerana mulutnya terlampau lancang, celupar dan laser tak bertempat. Bercakap sedemikian rupa dikhalayak ramai dengan suara yang lantang. Rasanya perserta yang berdekatan boleh mendengar butir2 pertuturannya. Sungguh kurang sopan.

Ok. Kol. (B) Basir adalah Penganjur Pertandingan. Mungkin muda sikit dari arwah bapa aku. Kurus, tidak hensem. Memanglah aku banyak ke sana ke mari dengan beliau, tetapi bukan berdua, sebaliknya bertiga, dengan seorang juga perempuan lain, bernama Ain, merangkap pembantu aku.

Cerita ni baru muncul balik sebab baru td maghrib aku terima satu missed call dari 0192737526. Aku balas, "Sorry, who's this?". Sejam kemudian baru dibalas, "Sorry saya nganggu km malam2 saya istrinya basir saya nak cakap sm km, supaya kita tak ada salah paham satu sm lain, supaya tak ada permusuhan antara kita". (Semua dialog yang ditulis di sini adalah sms yang asal). Dapat je sms ni, aku call kawan aku yg menjadi tempat aku mengadu kesedihan atas sebab yang sama setahun dulu. "Laila, ko mo tahu, bini si Basir call. Ndak da ribut, ndak da hujan, bla..bla..bla. Nnt sy forwardkan smsnya kat ko". Sedang kami bertelefon, dia memanggil 3 kali...Aku tak layan. "Dia" sms lagi, "Suhaila niat aku baik, aku cuma mau minta maaf atas kelakuan itu ari, saya pun terlalu bodoh mau mendengar cakap org dn adu domba kau sm aku, sekali lg aku minta maaf sm km, kau terima tak terima terserah kau". Aku balas, "Ok. Cuma saya mahu bgtau disini, saya tak pernah bmusuh dgn kamu pun". "Ok, bagaimana kalau kita berteman itu krn lebih baik, itu ari aku termakan oleh cakap org kalau km tu org yg tak elok, tapi setelah suami k cakap sm aku kalau aku d tipu dn suami k cakap kalau kau tu perempuan yg elok, sekali lg aku minta maaf y atas semuanya, nmr km pun aku dpt dr kak as tadi". "Ok. Saya tiada hal. Mmg saya berkawan dgn semua org". "Ok, tk maaf sy km terima".

Hmmm...Kesimpulannya, aku tergelak di dalam hati. Aku tahu, sesungguhnya aku memang TIDAK BERSALAH. Tiba2 aku dibenci, difitnah dan dilontar dengan tohmahan yg sungguh mengaibkan. Aku diam je...dan dengan kebesaran ALLAH s.w.t, kebenaran itu tertonjol jua. Selepas aku tgk dia menjilat sendiri ludahnya yang berkahak hijau, akhirnya aku maafkan dia.

Friday, February 17, 2012

Tamparan Wanita

Dushhh....Seseorg telah merasai tamparan wanita pagi tadi. Ya, percaya atau tidak, aku telah menampar seorang pelajar. Dan aku tidak berasa kesal pun walaupun menamparnya dgn niat.

Kelas yang diajar ialah Ting. 4 Kimpalan Fabrikasi Logam, semua lelaki dan majoriti pelajar yang dimasukkan ke kelas ini mendapat C/D dalam PMR bagi subjek Matematik dan Sains. Aku ajar subjek Applied Science, tajuk Pembiakan. Bermula dgn memasuki makmal 15 minit lewat, aku masih ok lagi. Setengah jam pertama, satu kumpulan heboh kononnya ada pelajar yang 'melepas' ...bukan sekali, bukan dua kali tetapi 3 kali. Aku suruh siapa yg kentut, sila keluar. Tak pulak mengaku dan tidak ada pulak yg kentut selepas itu. Ok, aku tya peringkat2 mitosis sebagai ulangkaji apa yang diajar minggu lepas...Ada yang dapat tp badan aku mula hangin bila ada yang langsung tak ingat. Nampak sangat diorg tak belajar di rumah. Lps itu, satu demi satu cabaran diorang bagi aku. Masa aku terang di depan...satu demi satu, aku tya boleh faham?. Semua kata faham. Msa aku suruh buat latihan, mula kata tak faham, tak dengar. Aku masih boleh sabar. Aku kata kpd diri sendiri, "biasalah...budak yang kurang sikit IQnya".

Aku mengajar sebagaimana aku mahu aku diajar. Sebelum masuk kelas, memang aku buat persiapan sebaik mungkin. Kadang2 aku tya diri sendiri soalan, aku jawab sendiri. Aku sedia bahan bantu mangajar dan segala2nya agar pelajar faham dan dapat ingat selama yang boleh. Kadang2 aku rasa berbaloi, kadang2 usaha itu langsung tidak dihargai pelajar.

Ok, berbalik kepada sebelum kejadian. Oleh kerana pelajar seperti susah nak 'ikut' bila aku terangkan psl kromosom, sitokinesis, sentromer...bla..bla..bla...aku skip je tajuk tu dan terus kepada subtopik Pembiakan. Bila aku sebut je Teknik Persenyawaan, mcm hidup mati semula respon diorang (tidak semua tapi majoriti). Ok, aku faham. Aku pun ok jg kalau diorang duduk dah mula tegak, mata dah mula galak tp bila dah asyik gelak2, aku rasa nak teriak!. Takde yg kelakarnya dengan perkataan ovum, sperma, senyawa, zigot dsb. Aku langsung tak buat kelakar pun masa menerangkan ni. Dan bila aku minta respon diorang, bukan main lagi diorang menerangkan. Bersemangat!. Sampai satu peringkat, aku menjadi Incredible Hulk, cuma kulit tak bertukar hijau, baju yang dipakai juga tidak koyak rabak cuma masa aku perhati muka sorang2, ada seorang pelajar yg kelihatan hampir seluruh giginya, tengah gelak2...Ntah apa yg lucu sangat. Dan nasib pelajar itu mgkin tidak begitu bernasib baik hari ini. Aku panggil ke depan dan dushhh....dan selepas tamparan wanita itu, o em gi (O.M.G), kelas sunyi sepi ibarat ada malaikat yang lalu. Haaaaa...time tu la aku bagi warning, "Ha, sapa lagi yang mau ditampar lepas ni, tolong bagi tau!. Kalau kamu mahu tgk cikgu lebih dahsyat dari Cikgu Syahir, bagi tahu!. Cikgu bagitahu kamu awal2, cikgu pernah menampar seorang pelajar sampai berdarah bibirnya (yg last tu aku temberang je...Hahahahahaha. Nasiblah diorang percaya. Kalau diorang tau aku kelentong diorang, tak menjadi lakonan aku). Puas hati aku!.

Ntah napa aku tak dapat kontrol. Bila aku cerita kat seorang kawan, dia menyokong perbuatan aku. "Memang patut kita buat sekali sekala". Bukan jg disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang atau dalam bahasa lainnya, berdarah tanpa luka.

Mgkin selama ini korang fikir aku seorang yang Happy Go Lucky, main2, tidak serious dan sebagainya. Tapi, bila melibatkan kerja dan tanggungjawab, aku mmg sangat serious. Memang Suhaila De' Paraglider sangat berbeza personalitinya dgn Cikgu Suhaila. SERIOUSLY!. Sbb, soal amanah dan tanggungjawab disoal semasa di dunia mahupun di akhirat. Kalau Pengetua tya aku kenapa CGPA SPM jatuh, mungkin juga aku boleh putar-belit alasan, tapi kalau 'Pengetua' masa kiamat nnt tya, boleh aku cong?.

Jadi, itu lah ceritanya. Kpd Cik Ipi, permintaan ente agar blog gue dikemaskini telah diqabulkan. Ente tunaikan pulak permintaan ana ye agar dptla kiranya menulis komen yg pjg. Haha. Tq.

Monday, February 6, 2012

...akhirnya jatuh ke tanah jua...

Masa yang ditunggu2 akhirnya datang jua. Buah durian yang pertama gugur pada 31 Januari 2012, sekitar jam 7.15 mlm dan disedari oleh abang ipar yang sedang merokok menghadap pokok durian. Isinya kuning, tidak begitu tebal dan kalau dijual, harganya mencecah sekitar RM10 untuk 3 biji. Mungkin sbb buah 'sulung' kualitinya kureng sikit. Kalau berbuah kali kedua dan seterusnya, mungkin isinya bertambah menebal kot. Setakat ini, macam dah 10 biji gugur menyembah bumi.

Org yg bertanggungjawab penuh atas 'penemuan' itu...

Kalau disorot2 entri sblm ini, pelbagai petua dilakukan agar pokok ini berbuah antaranya melilitkan bra kat batang pokok (bukan bra kajang ye Cik Rambo Madonna ooi...). Kali ini, Cik Ipi yang datang khas dr KK menyarankan agar pokok itu dililit dgn bra yang berspan tebal agar isi durian juga ikut menebal. Hampeh pya idea....

Langkah kanan Cik Ipi kali ni berkunjung dtg...Kebetulan tgh dikopek 'doyan'.

Buat pembaca sekalian, cik Hajjah nak berpesan disini. Jgn percaya sesuatu selain daripada Allah. SesungguhNYA DIA yang berkuasa atas tiap2 sesyuatu. Bukannya atas kuasa Bra merah mahu pun Bra yang berspan tebal. Haha. Wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, January 8, 2012

Berbakti kepada tanah.

Tawau, atau nama jolokannya Bumi Peladang. Mungkin disebabkan kesuburan tanahnya jugalah yang menghasilkan terung kembar siam 3 ini. Sunnguhpun begitu, rasa terung ini selepas digoreng agak sedikit mengecewakan kerana tekstur dalamannya yang seperti span, menyebabkan ia menyerap minyak sungguhpun di goreng menggunakan api yang kuat. ( Memang beginilah komen selepas menonton Masterchef Malaysia).

Ketiga2 terung ini berbuah pada pokok yang sama.

Tinggal di tanah pusaka datuk dan nenek, walaupun cuma sekangkang kera, membolehkan kami bercucuk tanam hampir apa sahaja. Alhamdulillah, berkat berbakti kepada tanah, banyak RM yang dapat dijimatkan. Serai, cili padi, pisang, rambutan, mangga, longan, betik, pandan dan sebagainya hampir tidak pernah dibeli. Ambil sahaja di sekitar kawasan rumah. Kini, aku sekeluarga sedang berdebar2 menantikan hasil pertama dari pohon durian di belakang rumah. Sungguh lama menantikan buahnya sehinggakan orang yang menanamnya sudahpun arwah. Sebelum ini ada yang mengatakan ia pokok 'jantan', ada juga yang berpendapat ia 'mandul'. Pelbagai petua agar durian ini berbuah dicuba. Antaranya menggantungkan kasut, menetak2 perdu pokok dan yang paling kelakar sekali, menggantungkan bra. Hahaha...Bra siapakah yang menjadi mangsa?. Opppssss... atas sebab privasi, jawapan kepada soalan di atas tidak dapat didedahkan.

Bagi yang ber'tanah' tu, wajarlah bercucuk tanam untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia mengimport makanan daripada luar negara. Bagi yang tidak bertanah pulak, mungkin kaedah hidroponik patut dicuba. Oklah, sekian sahaja iklan daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Jumpa lagi selepas durian di atas gugur untuk komen lanjut. Byeeee...

Wednesday, December 28, 2011

2011 in review...

Hmm...merujuk kepada entri setahun yang lepas, uhuk...uhuk...uhuk.... sesungguhnya azam, harapan dan hasrat yang dirancang tidak begitu terlaksana.

Aku masih lagi berstatus BUJANG!. Setelah memberikan sepenuh jiwa & raga (nasib baik tidak ku serahkan DARA), cintaku diKHIANATI!. (Di saat ini lagu Someone Like You mula berkumandang...). Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...Takpe2, aku percaya, seseorang yg lebih baik ada di luar sana, cuma mgkin dia belum dapat menjinakkan seekor kuda lagi. Hahaha

Aku pun belum Skydiving lagi. Dah sampai Pattaya, tapi kompeni yg mengendalikan skydive tu pula dah 'bungkus'. Patutlah emel aku tak pernah dibalasnya. Aku pun konfiden je sbb kawan aku yg pernah buat tu kata, "ko walk-in je. Bukan selalu full pun". Ada 1 lagi kompeni yang buat tp open for booking pada 10 Dis. Masa tu, aku dah kat Tawau dah. Hmmm...Takde rezeki la.

Yes!. Aku dah selamat ke Vietnam dan siap buat networking di sana. Pemandu pelancong semasa di Vietnam, Kevin Vo telah membuka kompeni pelancongan sendiri. Jd, bila terasa nak shopping atau 'lari' ke Vietnam, u know who u can turn to. Tak gitew?.

Sasaran untuk menakluki 3 negara baru tidak tercapai. Sungguhpun begitu, ada penambahbaikan berbanding tahun lepas.
1) Pada 28 Mei - 1 Jun, sekali lagi aku mengunjungi Maninjau, Padang, Sumatera Barat. Kali ini aku terbang dan disaksikan oleh Mem Besar (mama ku). Ha...kali ni baru dia menyaksikam dgn mata kepala sendiri anaknya terbang.

2) 23 -29 Okt: aku ke Beijing. Maksudnya, 1 lagi keajaiban dunia berjaya ditakluki selepas Piramid di Mesir.

3) Aku terpilih sebagai Team Malaysia utk SEA GAMES ke-26. Yg ni aku btl2 tak sangka. Sukan sekolah pun aku tak pernah wakil rumah sukan. Tup...tap...wakil Malaysia. Biar betul?. Ttp mmg betul. Haha. Nasib baik aku terima. Belum tentu lagi Sukan SEA di Myanmar nnt aku terpilih.


4) Aku akhirnya menemui Joni Balbo di alam nyata, yang selama ini hanya ditemui di alam maya. Op kos aku begitu teruja umpama Hensel & Gretel yang jumpa rumah diperbuat dari gula2 apabila Candi Prambanan dan Candi Borobudur berada di depan mata. Syiok habissss...

Jadi, itulah rumusan utk 2011. Yg pasti, azam, harapan dan sasaran yang tidak berjaya itu akan dibawa ke tahun 2012 untuk dilaksanakan. Mudah2n 2 rancangan yg 'pending' itu tidaklah dibawa skali lagi ke tahun 2013. Hehe. Amin....InsyaAllah...

Monday, December 26, 2011

Ai Di Beijing...

Seorg kawan sekerja bertanya, "Su, ko nak ikut lawatan ke Beijing?". Tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab, "nak". Mana mgkin aku menolak peluang untuk melihat salah satu keajaiban dunia. Dan pada 23 Oktober 2011, aku bersama 5 orang rakan sekerja selamat menjejakkan kaki ke bumi Beijing dan mendaki Tembok Besar China keesokkan harinya. Huhu...
(Tembok Besar China telah dibina oleh Dinasti Ming pada 475-221 SM bertujuan untuk melindungi negara daripada serangan pihak utara).


Sangat teruja menakluki Tembok Besar China ttp adalah mustahil untuk menghabiskan pendakian dan perjalanan sejauh 6300 km dalam masa yang singkat. Walaupun mendaki tak lebih dari 3 km, namun itu sudah cukup mengalirkan lelehan hingus dan melenguhkan betis. Harga tiket hanyalah Rmb 48 = RM 24 ttp pengalaman bergambar di sini, TIDAK TERNILAI!.

Sblm msk The Forbidden City, kena melalui Tian anmen Square dulu

Keesokan harinya, kami dibawa melawat The Forbidden City. Harga tiket masuk bernilai Rmb 60 = RM 30. Untuk pengetahuan, kawasan penempatan Maharaja ini mengandungi sebanyak 9,999 1/2 bilik dan dikatakan menempatkan seorang gundik bagi setiap bilik. Aku terfikir, "sungguh kuat nafsu maharaja itu. Mcm takde kerja lain selain seks". Untuk melindungi kawasan Larangan ini daripada pencerobohan musuh, batu ditanam sedalam 3 m di seluruh kawasan berkeluasan 72 hektar ini. (Menurut pemandu pelancong, satu kajian yg dijalankan oleh Barat mendapati, jumlah bilik sebenar adalah kurang dari 9,999 1/2. Jumlah 9,999 1/2 itu hanya dibesar2kan untuk menunjuk2 kekayaan, kekuasaan dan 'kekuatan' Maharaja China pada masa itu).

Ini baru pintunya masuknya... belum lagi bangunan utamanya...

Untuk hari ini saja, kami berjalan kaki sejauh 4.5 km di dalam kawasan The Forbidden City. Itu pun hanya melawat sebahagian kawasan sahaja. Kebanyakan bilik atau bangunan di kawasan ini tidak dibuka untuk umum.

Selesai makan tengah hari, kami seterusnya di bawa ke rumah urut (atau supaya korang tak salah faham, Department of Health Care) dan penutup aktiviti hari ini ialah menonton Pertunjukan Akrobatik.

Stesen Tian Jin

26 Okt -Hari keempat lawatan. Hari ni kami ke Tian Jin menaiki Bullet Train. Aku taklah teruja sangat memandangkan dah naik Shinkansen masa mengunjungi Tokyo dulu. Tapi, memandangkan majoriti dah sepakat, takkanlah aku nak tinggal sendiri2 kat hotel FX tu. (Perjalanan Beijing-Tian Jin sejauh 120 km mengambil masa 2 jam 30 min menggunakan bas tetapi hanya 29 minit dengan keretapi laju. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 297 km/j ).

Sekembalinya dari Tian Jin, aktiviti yang digemari oleh semua peserta rombongan iaitu-SHOPPING. Ada yg tangan kiri kanan membawa hasil belian. Aku, cukuplah setakat kain sutera 4 m, winter coat berwarna merah, Fridge Magnet dan beberapa cenderahati yang kecil2 je. Nasib baik nafsu bershopping aku masih berada dalam kawalan.

Bangunan yg menyerupai kepala kuda laut.

27 Okt- Hari ni melawat The Summer Palace (Yiheyuan) yang terletak di barat Bandaraya Beijing. Ia adalah taman sejarah yang terbesar di China. Taman tersebut dibina pada tahun 1755 untuk meraikan harijadi raja dan juga tempat para golongan diraja menghabiskan cuti musim panas. Malangnya, ketika ini kabus agak tebal. Jadi, keindahan taman ini kurang terserlah.


Merah sgtlah Mak Ngah Winter Coat tu. Ahakssss...

28 Okt- Hari ni kami akan bertolak balik tetapi akan singgah bermalam untuk satu malam di Bangkok sebelum ke KL pada keesokan harinya. Secara keseluruhannya, aku bagi 8 dari 10 bintang untuk trip kali ini. Mgkin 2 bintang lagi boleh diperbaiki dari aspek kebersihan tandas dan juga menu sarapan pagi yang disediakan. (Mana tahan beb selama seminggu, sarapan korea yang sama setiap hari).