Wednesday, April 6, 2011

Kejayaan anda, kebanggaan kami.

2 April 2010- Majlis Konvokesyen SM Teknik Tawau (SMTT) kali ke-11 telah diadakan.


Warga sekolah amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar lepasan SPM sesi 2010. Inilah kejayaan yang paling membanggakan sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1981 memandangkan peningkatan Gred Purata Sekolah meningkat dari 5.28 pada tahun 2009 kepada 4.40 pada tahun 2010. Pelajar SPM yang mendapat keputusan 5A dan ke atas juga turut meningkat kepada 26 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut seramai 14 pelajar mencapai 5A, 10 orang pelajar mencapai keputusan 6A, dan pencapaian pelajar terbaik diraih oleh dua orang pelajar dengan keputusan 7A. Setinggi-tinggi tahniah buat dua orang pelajar terbaik iaitu Moulana’Aidi bin Jamre dan adik Mohammad Naziruddin bin Sidin. Kedua-duanya dari Kursus 5 PKOM (Pengajian Komputer) kerana segala usaha dan kecekalan mereka akhirnya membuahkan kejayaan yang cemerlang. Dengan keputusan ini, sekolah berada pada tempat yang ke tiga peringkat sekolah-sekolah Zon Daerah Tawau dan mendapat tempat ke empat dari tujuh buah sekolah Menengah Teknik di Negeri Sabah ini.

Kepada anak didik yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini, bawalah kecemerlangan sekolah dan amalan murni yang telah diterapkan ke mana sahaja anda pergi. InsyaAllah, berkat doa restu orang tua dan guru-guru semua, anda akan berjaya di kemudian hari.