Monday, July 18, 2016

Apple Pie Yammeh...

Nama resepi mestilah vavavoom...tp serius sedap dan senang la...Ni pun first time try, mjadi plak tu.

Gini la ghupa nyer bila sdh sedia di "ngap". 
Bahan untuk Inti
1. 6 biji Apple hijau (sebaiknya Granny Smith, sbb rangup. Dibuang kulit dan dipotong dadu).
2. 1/4 cawan brown sugar.
3. 1/4 cawan gula.
4. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis.
5. 1/2 sudu makan tepung jagung ( yang sudah dicairkan dengan air )
6. 1 sudu mentega/marjerin.

Cara masak.
1. Panaskan mentega.
2. Masukkan brown sugar, gula, serbuk kayu manis, dan epal.
3. Agak2 dah mendidih dan apple dah layu, masukkan larutan tepung jagung.
4. Bila dah pekat, matikan api. Biarkan sejuk.


Cara membuat: 

1. Letakkan inti pada lapisan Puff Pastry.
2. Kelim bahagian tepi supaya melekat. (Boleh kelim mcm buat karipap/ tekan je guna hujung garfu).
3. Oleskan kuning telur pada bahagian atas puff pastry (untuk kesan 'dramatik' pada apple pie).
4. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180'C terlebih dahulu.
5. Bakar pastry puff yang sdh siap selama 20 minit pada suhu 180'C. SIAP!.


Anda jg boleh mempelbagaikan penggunaan puff pastry. Sila rujuk kat sini.  

Nnt kongsilah hasilnya k.  Selamat mencuba!.