Sunday, January 8, 2012

Berbakti kepada tanah.

Tawau, atau nama jolokannya Bumi Peladang. Mungkin disebabkan kesuburan tanahnya jugalah yang menghasilkan terung kembar siam 3 ini. Sunnguhpun begitu, rasa terung ini selepas digoreng agak sedikit mengecewakan kerana tekstur dalamannya yang seperti span, menyebabkan ia menyerap minyak sungguhpun di goreng menggunakan api yang kuat. ( Memang beginilah komen selepas menonton Masterchef Malaysia).

Ketiga2 terung ini berbuah pada pokok yang sama.

Tinggal di tanah pusaka datuk dan nenek, walaupun cuma sekangkang kera, membolehkan kami bercucuk tanam hampir apa sahaja. Alhamdulillah, berkat berbakti kepada tanah, banyak RM yang dapat dijimatkan. Serai, cili padi, pisang, rambutan, mangga, longan, betik, pandan dan sebagainya hampir tidak pernah dibeli. Ambil sahaja di sekitar kawasan rumah. Kini, aku sekeluarga sedang berdebar2 menantikan hasil pertama dari pohon durian di belakang rumah. Sungguh lama menantikan buahnya sehinggakan orang yang menanamnya sudahpun arwah. Sebelum ini ada yang mengatakan ia pokok 'jantan', ada juga yang berpendapat ia 'mandul'. Pelbagai petua agar durian ini berbuah dicuba. Antaranya menggantungkan kasut, menetak2 perdu pokok dan yang paling kelakar sekali, menggantungkan bra. Hahaha...Bra siapakah yang menjadi mangsa?. Opppssss... atas sebab privasi, jawapan kepada soalan di atas tidak dapat didedahkan.

Bagi yang ber'tanah' tu, wajarlah bercucuk tanam untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia mengimport makanan daripada luar negara. Bagi yang tidak bertanah pulak, mungkin kaedah hidroponik patut dicuba. Oklah, sekian sahaja iklan daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Jumpa lagi selepas durian di atas gugur untuk komen lanjut. Byeeee...

6 comments:

rambomadonna said...

Ada bah petua orang tua-tua di Jerman dulu2 bagaimana untuk memastikan buah terung itu membesar dengan subur dan galaknya ... Menurut sumber yang boleh dipercayai ... buah terung ni merupakan spesies jantan yang perlu dirangsang pembesarannya. Jadi petani-petani di sana akan menyuruh anak-anak perempuan yang cun-cun untuk "mendedahkan" diri mereka tanpa seurat benang setiap pagi pada pokok-pokok terung yang ditanam.

Melihat kepada buah terung kembar 3, penulis berpendapat, terung-terung tersebut kurang mendapat ransangan daripada si penanam, maka tumbesarannya agak terbantut dan tekstur kurang "keras". Jadi penanam dinasihatkan untuk mencuba petua di atas untuk hasil yang menakjubkan ...

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha...yg menanamnya pakcik aku. ptt terbantut tumbesarannya. Tp kan, mcm kurang sesuai la petua mendedahkan diri tanpa seurat benang tu. Sebabnya, ladang terung tu bersebelahan dgn kawasan perumahan. Tak pasal2, ada jiran bergosip, "kesian dia kannnn, nmpak sgt kegersangannya". Haha. Tp kan J, kadang2 takut aku tgk saiz terung tu in terms of length. Ada smpi sekaki U. Ewww....

rambomadonna said...

Patutlah lain macam saja rupa terung itu YY. Macam sudah mengalami menopause terung yang serius.

Demi masa depan bumi peladang, kita kena ada transformasi minda dan berfikiran terbuka dalam perkara ini YY. Kalau pokok durian jantan itu tiba2 berbuah apabila diletakkan bra, kemungkinan kalau diletakkan poster playboy, tumbesaran terung ini mungkin akan kembali normal.

1 kaki pendek itu YY, belum ko tengok terung Amerika yang orang panggil eggplant. Hari tu aku beli terung mana kah ... wow panjang lebih satu kaki. Mau pengsan dibuatnya!

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha...maksudnya ko tak leh kahwin dgn org AMARIKA tu J. Takut nnt ko pengsan bila *tuuut* (skrip ini telah ditapis oleh FINAS.

norzah said...

Aku baru terjumpa posting 8 Jan., ini dan terus membacanya dgn komen2 uol sekali. Terbahak2 ketawa dan rasanya tidak adil kalau tak komen sedikit.

Rahsia nak membesarkan buah terung tu tak payahlah aku komen, kan? Dalam masysrakat Melayu terung paling sedap iala terung telunjuk. Kecik2 saja tapi bila masak lemak cili api campur ikan kering uuuh...habis tiga pinggan nasi nanti.

Aku juga ada problem. Bukan mengenai terung tapi pokok mangga yg tak mau berbuah. Dah cuba gantunf kasut, takuk-takuk pokoknya, taruk baja macam mamam jenis masih tak mau berbuah. Tingginya sudah melebihi atap rumah. Ada cadangan macam mana nak buatkan biar berbuah. Pokok2 lain yg aku tanam semua. Dah rasa hasilnya - dukong, manggis dan ciku.

Itu sajalah. Nampaknya uol dah bergiat mengupdatekan blog sendiri. Itunyg amat menggembirakan. Teruskanlah.

Si Yoyop Bah... said...

Ye yeh...Glad Norzah is BACK!. Nnt sy cuba tya2 petua bagaimana agar pokok mangga berbuah yo...