Tuesday, June 12, 2012

Turkish Delight...

Bestnya Turki. Pendapat peribadi, ada 4 perkara yang lebih berbanding 14 negara lain yg pernah dikunjungi. Pertama, pemandangan cantik sepanjang2 perjalanan- baik jalan darat, laut atau udara, persekitaran bersih- macam tak jumpa orang meludah sebarangan, makanan halal sangat senang dicari, orangnya beradab, tandas byk yang cangkung di samping menyediakan air dan yang utama sekali, mata sering dijamu dengan ciptaan Allah yang sungguh HENSEM sekali. Hahaha...Gataiiiii....Buktinya tertera seperti gambar di bawah.

* Ni model yg sedang mperagakan pakaian kulit semasa kunjungan kami ke butik pakaian kulit. 
Setiap kali dia keluar, premis ni gamat dengan sorakan daripada majoriti pengunjung WANITA 
termasuklah yg dah bergelar "mak orang". Huhu *
 
Pemandangan yang indah.

 
 Di Istanbul sahaja terdapat 2700 buah masjid.

" Around the world in 80 ways". Dah travel naik kapal terbang, bas, kapal laut dan kali ni naik belon udara panas. Fuhhh...Lamanya menyimpan keinginan yang satu ni. Akhirnya, makbul juga. Dengan bayaran sebanyak Euro 175 = RM 700, menyaksikan keindahan batu kapur di ruang angkasa Cappadocia, pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan. Tak terasa lenguh pun berdiri selama 1 jam. Bergambar bersama pilot Hot Air Ballon yang sememangnya HOT, HOT, HOT, merupakan bonus kepada penumpang. (Lebih2 lagi kalau ada yang komen "mcm sepadan oo?").


Tarikan ketiga adalah Pammukkale, atau pun dalam Bahasa Turkinya bermaksud Cotton Castle. Tak lah nampak seperti Castle, tp memang putih la. Hanya sekelompok sahaja kawasan yg putih, manakala kawasan sekitarnya seperti biasa, ditumbuhi oleh bunga2an mawar yg mekar dan mengharum. 


Yg berwarna putih sebenarnya adalah batu kapur. Pengunjung diwajibkan membuka kasut agar permukaan lantai batu kapur ini tidak tercemar manakala yang mengalir tu adalah hot spring yg bersuhu 33 degree Celsius. Memang sedap duduk2 sambil berendam2 kaki. Tp mungkin sedap lagi beromen2 bersama kekasih seperti yang sedang dilakukan oleh pasangan kekasih di atas. 

Tarikan keempat dan terakhir adalah keindahan dan keunikan St. Sophia ataupun Hagia Sopia. Asalnya binaan ini merupakan sebuah gereja semasa pemerintahan Byzantine. Kemudian dijadikan masjid semasa pemerintahan kerajaan Othmaniah dan akhirnya menjadi muzium semasa pemerintahan Kamal Attaturk. Tiket masuk berharga Euro 20 = RM  80 tetapi pengalaman berada di dalamnya, tidak terhingga. Bayangkanlah, bangunan yang dibina pada abad ke-6 masih kekal sehingga ke hari ini sungguhpun mengalami beberapa kali kejadian gempa bumi dan kebakaran. Apa yang uniknya ialah, lukisan2 berlambangkan Kristian seperti Virgin Mary, Jesus, angels, salib dan byk lagi wujud bersama2 ayat2 al-Quran, tulisan Allah, Muhammad, dan 4 khalifah yang lain menghiasi dinding dan kubah gergasi Hagia Sophia. 


Mgkin kupasan kali ini kurang mendalam sedikit tetapi inilah yang termampu memandangkan masa yang agak sibuk kebelakangan ni, talian internet yang kurang bagus dan yang paling penting, di kala keterujaan masih ada. Nak menunggu masa lapang, talian yang berdesup2 tak tahu lagi bila. Oklah, sampai sini dulu. Bye....