Wednesday, February 29, 2012

Sedangkan Nabi pun ampunkan umat...

Siapalah aku utk tidak memaafkan 'dia' walaupun LUKA yang ditorehnya dihatiku kira2 setahun yang lepas teramatlah dalam. Sampai sekarang aku tidak faham apa sebabnya 'dia' terlalu marah sehinggakan aku digelarnya "KEPALA ANJING". Apalah yg dah aku buat smpi aku di'hukum' sedemikian rupa. Kesedihan yg aku rasa pada masa itu hanya Allah dan 3 orang kawan sahaja yang tahu. Terasa begitu hina sekali bila disamakan dengan KEPALA ANJING. Astaghfirullah...

Setahun yg lepas, aku menjadi sekretariat utk ParaGliding Accuracy World Cup (PGAWC). Niat dihati dan difikiran cuma satu- "Bekerja utk memajukan sukan ParaGliding di Sabah." Ntah kenapa, aku buat hal sendiri dengan kerja aku, tak kacau orang, tiba2 si 'dia' hangin satu badan. Yg kesiannya aku, tak tahu ada org marah kalau kawan tak sampaikan. Boleh aku tak tahu aku yang dimaksudkan ketika si 'dia' bertelefon marah2 mengadu dgn maknya di Batam. Masa dia bersembang tu, aku duduk disebelahnya sedang mendaftarkan nombor lesen PG peserta Malaysia. Seingat aku dia kata dlm dialek Indon, "Mak, ada perempuan selalu berkepit dengan si Basir. Aku rasa muka ku lagi cantik dari dia. Mukanya macam kepala anjing. Kepala hanjing. Nantilah dia tahu siapa itu si Basir". Pada masa tu, aku beristighfar dlm hati. Kesian dan sedih dengan 'perempuan' yang dimaksudkan. Aku juga rasa lain macam dgn si 'dia' ni kerana mulutnya terlampau lancang, celupar dan laser tak bertempat. Bercakap sedemikian rupa dikhalayak ramai dengan suara yang lantang. Rasanya perserta yang berdekatan boleh mendengar butir2 pertuturannya. Sungguh kurang sopan.

Ok. Kol. (B) Basir adalah Penganjur Pertandingan. Mungkin muda sikit dari arwah bapa aku. Kurus, tidak hensem. Memanglah aku banyak ke sana ke mari dengan beliau, tetapi bukan berdua, sebaliknya bertiga, dengan seorang juga perempuan lain, bernama Ain, merangkap pembantu aku.

Cerita ni baru muncul balik sebab baru td maghrib aku terima satu missed call dari 0192737526. Aku balas, "Sorry, who's this?". Sejam kemudian baru dibalas, "Sorry saya nganggu km malam2 saya istrinya basir saya nak cakap sm km, supaya kita tak ada salah paham satu sm lain, supaya tak ada permusuhan antara kita". (Semua dialog yang ditulis di sini adalah sms yang asal). Dapat je sms ni, aku call kawan aku yg menjadi tempat aku mengadu kesedihan atas sebab yang sama setahun dulu. "Laila, ko mo tahu, bini si Basir call. Ndak da ribut, ndak da hujan, bla..bla..bla. Nnt sy forwardkan smsnya kat ko". Sedang kami bertelefon, dia memanggil 3 kali...Aku tak layan. "Dia" sms lagi, "Suhaila niat aku baik, aku cuma mau minta maaf atas kelakuan itu ari, saya pun terlalu bodoh mau mendengar cakap org dn adu domba kau sm aku, sekali lg aku minta maaf sm km, kau terima tak terima terserah kau". Aku balas, "Ok. Cuma saya mahu bgtau disini, saya tak pernah bmusuh dgn kamu pun". "Ok, bagaimana kalau kita berteman itu krn lebih baik, itu ari aku termakan oleh cakap org kalau km tu org yg tak elok, tapi setelah suami k cakap sm aku kalau aku d tipu dn suami k cakap kalau kau tu perempuan yg elok, sekali lg aku minta maaf y atas semuanya, nmr km pun aku dpt dr kak as tadi". "Ok. Saya tiada hal. Mmg saya berkawan dgn semua org". "Ok, tk maaf sy km terima".

Hmmm...Kesimpulannya, aku tergelak di dalam hati. Aku tahu, sesungguhnya aku memang TIDAK BERSALAH. Tiba2 aku dibenci, difitnah dan dilontar dengan tohmahan yg sungguh mengaibkan. Aku diam je...dan dengan kebesaran ALLAH s.w.t, kebenaran itu tertonjol jua. Selepas aku tgk dia menjilat sendiri ludahnya yang berkahak hijau, akhirnya aku maafkan dia.

Friday, February 17, 2012

Tamparan Wanita

Dushhh....Seseorg telah merasai tamparan wanita pagi tadi. Ya, percaya atau tidak, aku telah menampar seorang pelajar. Dan aku tidak berasa kesal pun walaupun menamparnya dgn niat.

Kelas yang diajar ialah Ting. 4 Kimpalan Fabrikasi Logam, semua lelaki dan majoriti pelajar yang dimasukkan ke kelas ini mendapat C/D dalam PMR bagi subjek Matematik dan Sains. Aku ajar subjek Applied Science, tajuk Pembiakan. Bermula dgn memasuki makmal 15 minit lewat, aku masih ok lagi. Setengah jam pertama, satu kumpulan heboh kononnya ada pelajar yang 'melepas' ...bukan sekali, bukan dua kali tetapi 3 kali. Aku suruh siapa yg kentut, sila keluar. Tak pulak mengaku dan tidak ada pulak yg kentut selepas itu. Ok, aku tya peringkat2 mitosis sebagai ulangkaji apa yang diajar minggu lepas...Ada yang dapat tp badan aku mula hangin bila ada yang langsung tak ingat. Nampak sangat diorg tak belajar di rumah. Lps itu, satu demi satu cabaran diorang bagi aku. Masa aku terang di depan...satu demi satu, aku tya boleh faham?. Semua kata faham. Msa aku suruh buat latihan, mula kata tak faham, tak dengar. Aku masih boleh sabar. Aku kata kpd diri sendiri, "biasalah...budak yang kurang sikit IQnya".

Aku mengajar sebagaimana aku mahu aku diajar. Sebelum masuk kelas, memang aku buat persiapan sebaik mungkin. Kadang2 aku tya diri sendiri soalan, aku jawab sendiri. Aku sedia bahan bantu mangajar dan segala2nya agar pelajar faham dan dapat ingat selama yang boleh. Kadang2 aku rasa berbaloi, kadang2 usaha itu langsung tidak dihargai pelajar.

Ok, berbalik kepada sebelum kejadian. Oleh kerana pelajar seperti susah nak 'ikut' bila aku terangkan psl kromosom, sitokinesis, sentromer...bla..bla..bla...aku skip je tajuk tu dan terus kepada subtopik Pembiakan. Bila aku sebut je Teknik Persenyawaan, mcm hidup mati semula respon diorang (tidak semua tapi majoriti). Ok, aku faham. Aku pun ok jg kalau diorang duduk dah mula tegak, mata dah mula galak tp bila dah asyik gelak2, aku rasa nak teriak!. Takde yg kelakarnya dengan perkataan ovum, sperma, senyawa, zigot dsb. Aku langsung tak buat kelakar pun masa menerangkan ni. Dan bila aku minta respon diorang, bukan main lagi diorang menerangkan. Bersemangat!. Sampai satu peringkat, aku menjadi Incredible Hulk, cuma kulit tak bertukar hijau, baju yang dipakai juga tidak koyak rabak cuma masa aku perhati muka sorang2, ada seorang pelajar yg kelihatan hampir seluruh giginya, tengah gelak2...Ntah apa yg lucu sangat. Dan nasib pelajar itu mgkin tidak begitu bernasib baik hari ini. Aku panggil ke depan dan dushhh....dan selepas tamparan wanita itu, o em gi (O.M.G), kelas sunyi sepi ibarat ada malaikat yang lalu. Haaaaa...time tu la aku bagi warning, "Ha, sapa lagi yang mau ditampar lepas ni, tolong bagi tau!. Kalau kamu mahu tgk cikgu lebih dahsyat dari Cikgu Syahir, bagi tahu!. Cikgu bagitahu kamu awal2, cikgu pernah menampar seorang pelajar sampai berdarah bibirnya (yg last tu aku temberang je...Hahahahahaha. Nasiblah diorang percaya. Kalau diorang tau aku kelentong diorang, tak menjadi lakonan aku). Puas hati aku!.

Ntah napa aku tak dapat kontrol. Bila aku cerita kat seorang kawan, dia menyokong perbuatan aku. "Memang patut kita buat sekali sekala". Bukan jg disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang atau dalam bahasa lainnya, berdarah tanpa luka.

Mgkin selama ini korang fikir aku seorang yang Happy Go Lucky, main2, tidak serious dan sebagainya. Tapi, bila melibatkan kerja dan tanggungjawab, aku mmg sangat serious. Memang Suhaila De' Paraglider sangat berbeza personalitinya dgn Cikgu Suhaila. SERIOUSLY!. Sbb, soal amanah dan tanggungjawab disoal semasa di dunia mahupun di akhirat. Kalau Pengetua tya aku kenapa CGPA SPM jatuh, mungkin juga aku boleh putar-belit alasan, tapi kalau 'Pengetua' masa kiamat nnt tya, boleh aku cong?.

Jadi, itu lah ceritanya. Kpd Cik Ipi, permintaan ente agar blog gue dikemaskini telah diqabulkan. Ente tunaikan pulak permintaan ana ye agar dptla kiranya menulis komen yg pjg. Haha. Tq.

Monday, February 6, 2012

...akhirnya jatuh ke tanah jua...

Masa yang ditunggu2 akhirnya datang jua. Buah durian yang pertama gugur pada 31 Januari 2012, sekitar jam 7.15 mlm dan disedari oleh abang ipar yang sedang merokok menghadap pokok durian. Isinya kuning, tidak begitu tebal dan kalau dijual, harganya mencecah sekitar RM10 untuk 3 biji. Mungkin sbb buah 'sulung' kualitinya kureng sikit. Kalau berbuah kali kedua dan seterusnya, mungkin isinya bertambah menebal kot. Setakat ini, macam dah 10 biji gugur menyembah bumi.

Org yg bertanggungjawab penuh atas 'penemuan' itu...

Kalau disorot2 entri sblm ini, pelbagai petua dilakukan agar pokok ini berbuah antaranya melilitkan bra kat batang pokok (bukan bra kajang ye Cik Rambo Madonna ooi...). Kali ini, Cik Ipi yang datang khas dr KK menyarankan agar pokok itu dililit dgn bra yang berspan tebal agar isi durian juga ikut menebal. Hampeh pya idea....

Langkah kanan Cik Ipi kali ni berkunjung dtg...Kebetulan tgh dikopek 'doyan'.

Buat pembaca sekalian, cik Hajjah nak berpesan disini. Jgn percaya sesuatu selain daripada Allah. SesungguhNYA DIA yang berkuasa atas tiap2 sesyuatu. Bukannya atas kuasa Bra merah mahu pun Bra yang berspan tebal. Haha. Wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum w.b.t.