Sunday, January 8, 2012

Berbakti kepada tanah.

Tawau, atau nama jolokannya Bumi Peladang. Mungkin disebabkan kesuburan tanahnya jugalah yang menghasilkan terung kembar siam 3 ini. Sunnguhpun begitu, rasa terung ini selepas digoreng agak sedikit mengecewakan kerana tekstur dalamannya yang seperti span, menyebabkan ia menyerap minyak sungguhpun di goreng menggunakan api yang kuat. ( Memang beginilah komen selepas menonton Masterchef Malaysia).

Ketiga2 terung ini berbuah pada pokok yang sama.

Tinggal di tanah pusaka datuk dan nenek, walaupun cuma sekangkang kera, membolehkan kami bercucuk tanam hampir apa sahaja. Alhamdulillah, berkat berbakti kepada tanah, banyak RM yang dapat dijimatkan. Serai, cili padi, pisang, rambutan, mangga, longan, betik, pandan dan sebagainya hampir tidak pernah dibeli. Ambil sahaja di sekitar kawasan rumah. Kini, aku sekeluarga sedang berdebar2 menantikan hasil pertama dari pohon durian di belakang rumah. Sungguh lama menantikan buahnya sehinggakan orang yang menanamnya sudahpun arwah. Sebelum ini ada yang mengatakan ia pokok 'jantan', ada juga yang berpendapat ia 'mandul'. Pelbagai petua agar durian ini berbuah dicuba. Antaranya menggantungkan kasut, menetak2 perdu pokok dan yang paling kelakar sekali, menggantungkan bra. Hahaha...Bra siapakah yang menjadi mangsa?. Opppssss... atas sebab privasi, jawapan kepada soalan di atas tidak dapat didedahkan.

Bagi yang ber'tanah' tu, wajarlah bercucuk tanam untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia mengimport makanan daripada luar negara. Bagi yang tidak bertanah pulak, mungkin kaedah hidroponik patut dicuba. Oklah, sekian sahaja iklan daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Jumpa lagi selepas durian di atas gugur untuk komen lanjut. Byeeee...