Sunday, June 21, 2015

Danke...

Danke membawa maksud "terima kasih" dalam bahasa German...bahasa yg digunakan secara meluas di Switzerland.

Entri ini adalah kesinambungan entri sebelum ini.

Selepas lega menaiki coach yang betul, kami pun meneruskan perjalanan ke Martigny untuk ke Montreux. Tanpa diduga, train tiba-tiba berhenti di suatu tempat yang tidak diketahui. Seorang staff train yang tadinya memeriksa tiket berkata, "we will try to fix this problem" kpd kami. Aku pun tak pasti apa sebenarnya yg berlaku. Selepas 15 min, kami disuruh keluar. Masa tu, adalah lebih kurang 10 orang penumpang. Nasib baik semuanya penumpang dewasa, tidak ada bayi ataupun orang tua yang mengalami masalah kesihatan.

Menuruni tangga train...jauh kebawah. Hampir tak tersentuh tanah oleh kakiku yang pendek...Hahaha. Pada masa yang sama, blkg beg sandang yang ku galas bergesel dengan dinding batu yang cuma berjarak 1 kaki daripada train. Lega rasanya bila staff td berkata, "I will bring your bag". Alhamdulillah....
Kat blkg tu lampu train yang terkandas kat terowong.
Kesian staff ni...penat jln naik bukit satu hal, penat mbawa beg luggage I satu hal.
Hiking dalam hutan untuk ke jalan raya yang terdekat
Hitch-hiking kenderaan yang lalu.
Passer-by yang sudi menumpangkan kami untuk ke station yang terdekat.
Phewww.... pengalaman pertama di hari pertama di Switzerland. Nasib takde staff yang dtg check tiket train dari Martigny ke Montreux sbb masa kat tiket tak sama dgn masa train berlepas.

Dipendekkan cerita, sampailah kami kat stesen Montreux. Terus singgah kat Ofis train utk mbeli Swiss Pass untuk digunakan bermula esok hari. Swiss Pass ni unlimited use for 4 days only. Valid for all public transports ( Kurang pasti pulak utk tram ). Harganya CHF 251 (RM 1002.55). Membelinya kena tunjukkan pasport sbb nama kita akan tertera kat pass tu. Naiklah public transport sejauh mana pun , berapa kerap pun...tak jadi masalah. Murah jika dibandingkan dengan membeli tiket biasa dan memudahkan kerana tak perlu membeli tiket setiap kali nak naik train/ bas/ kenderaan awam.

Di Montreux kami menginap kat Hotel Parc & Lac. Bersebelahan je dengan tasik Geneva. Lokasi sgt ok, dkt dengan train stop tapi hotel pulak tak ok. Hotel ni mcm tgh renovate. Keluar je dr lif, bilik2 bersebelahan tgh dibongkar. Ada org tgh mengecat, bertukang, etc. Keadaan mmg bersepah. Bilik dan tandas agak besar. Tp, keadaan bilik kurang kondusif sikit sbb panas. Nak buka tingkap, takde grill dan bersebelahan dgn tmpt org membuang sampah/ kotak terpakai. Lampu tandas pula berbunyi bila dinyalakan. Hahaha. Tak berbaloi dengan harga yang dibayar. CHF 110/ RM 440 per mlm. Tp itu la bilik yg agak murah masa cari hari tu.


Destinasi kami yang pertama adalah ke Chillon Castle. Free je naik intercity bus menggunakan Tourism Card yg disediakan oleh pihak hotel. Kononnya, untuk menggalakkan pelancongan kat Switzerland. Tunjuk je kad ni kat staff yg check tiket. Dan diskaun jg untuk masuk museum dan sebagainya. Malangnya, kami terlupa untuk sertakan Tourism card ni masa beli tiket Chillon Castle. Jd, kami byr penuh iaitu CHF 12.

Aiseymannn...knp bdk2 yg mandi. Knp bukan "Tall, dark and handsome" yang mandi.
Hbs explore castle, cuci mata tgk duyung dan dugong mandi sblh castle, we off to Vevey. Tarikan utama di Vevey adalah garfu stainless steel setinggi 6 m terpacak kat tgh2 tasik Geneva. Ini adalah sebagai landmark tambahan kerana ada Food Museum berhampiran.
Displaying image.jpg
Aduh...sakitnya tu di sini!.
Dan di taman berhampiran, ada statue Charlie Chaplin. Tak sangka Charlie Chaplin berasal dr Switzerland.


Berakhirlah sdh kisah hari ini. Hari yg panas, sepanas Malaysia...ditambah dgn pengalaman hiking di hutan. Penat pya pasal, letak je kepala kat bantal...aku pun pengsan. Pengsan dalam erti kata yang sebenar. Zzzz...

DAY 6: 5 JUNE 2015

Check-out htl utk ke destinasi seterusnya- Interlaken. Perlu tukar train kat Zweisimmen sblm ke Interlaken OST. Di sini kami akan menginap 3 hari kat Walter BnB. Harga semalam agak murah (CHF 33/mlm). Ada wifi, bilik besar, ada dapur, toilet besar...ada perkhidmatan dobi pakaian ( 1 bakul besar CHF 10 ), dekat dgn bus stop. Tp ada 2 kekurangan yg jelas bagi kami berdua: 1) Layanan tidak mesra 2) Kurang maintainance. Masa check-in, segala2nya bagus tp mula Claudia btya, "Do U have air freshener?". Tetiba Uncle Walter tu terus naik hangin. Dia ckp lbh kurang, "If U want to stay here, U stay. If U don't wan't, there's a lot 5 star hotel at town". Lps tu, siap bersemuka kat aku, "Do U understand or not?". Aku yg masih terkejut knp dia tiba2 hangin, mcm bdk yg ketakutan kena marah terus mengangguk, "Yes". Tak pasal2 aku jd mangsa keadaan. 

Yg kedua, knp aku kata kurang maintainance. Tgh aku mencari anak kunci kot-kot jatuh di bawah katil, pyalah aku nmpk sawang, debu dan kotoran. Hmm...mmg tapak kaki terasa semacam bila tidak berselipar la. Jadi dari 5 bintang, bolehlah aku bagi maksimum 3.5 bintang.

Tersenyum bahagia selepas membeli jam Swatch edisi terhad Interlaken.
Bestnya di Interlaken ni adalah kerana, ia terletak ditengah2 Switzerland. Maksudnya, nak ke mana2 mmg dekat. Oleh kerana, dah jalan jauh hari ni, perut pun lapar, kami jln2 kawasan sekitar sambil cari mkn. Sampai hr ni, dah 6 hr aku tak mkn nasi dan aku dah mula mencari nasi. Selesai membeli jam Swatch, terjumpa restoran India, kami pulun nasi dengan kari ikan. Share berdua...sbb harga CHF 28 ( RM 112 ). Huhu. Licin memang licin....Mahal tu beb....Membazir kalau tak habis.

Lagi satu best bagi aku sbb ada site paragliding kat sini...bestnya kalu aku dapat fly kat sini. Huhu...

DAY 7: 6 JUNE 2015 

Hari ni spend 1 hari kat Murren untuk ke Schilton ( 2971 m ). Harga tiket CHF 40. Schilton ni terkenal kerana pernah menjadi set penggambaran James Bond "On her Majesty's Secret Service". Rasanya aku pun blom tgk movie ni sbb dilakonkan pada 1968/69. Belum wujud ke dunia lagi beb. Dari Schilton ni, The Big Three namely Eiger (3970 m), Monch ( 4099 m ) dan Jungfrau (4158 m) jelas kelihatan. Pemandangan di sini mmg superb MasyaAllah. Sangat cantik.

ROUTE: Lauterbrunnen - Murren - Birg ( cable car ) - Schilton.

And I can sit for hours to enjoy scenery like this.
Otw ke station Murren...lalu kawasan perkampungan. Cantik kan tamannya?.
Kawasan perkampungan yg perlu dilalui untuk ke station Murren.
Kat Schilton.
Ni kat Birg station...singgah sbntr mkn tghari dan lepak2 kat glass platformnya.
Jd, itu je la aktiviti hr ni. Malas nak upload gmbr byk2. Nnt "berat" blog ni dan teracun pulak uols. Hahaha


DAY 8: 7 JUNE 2015

Hari ni ke Mt. Titlis. Harga tiket CHF 44.5.

ROUTE:
Interlaken OST ->Luzern ( Luzern Express ) -> Engelberg (Engelberg Express ) ->Trusbee Station.

Kat Trusbee Station ni, naik Cable Car dgn muatan maksima 6 org. Next stop, naik Cable Car dengan muatan 30 orang. Dan last sekali, juga memuatkan maksima 30 org tetapi rotating 360 degree. Jd, standby utk dptkan tempat kat tepi ya. Kalau berdiri di tgh, lebih2 lagi kalu pendek, tak nampak apa laaaaa.....

Kat Ice Cave. Panjang gua 150 ft, suhu udara sekitar 0 hingga -1.5 degree Celcius.
Europe's highest suspension bridge.
3,041 m above sea-level, 500 m off the ground, 150 heart pounding steps. This is what awaits you on the Titles Cliff Walk, the spectacular suspension bridge high up on the summit. To cross the bridge, you'll need nerves as strong as the steel cables from which it hangs.


Lunch share lg dgn Claudia. Dia mkn lamb, I mkn kentang + sayur + sup
.



Mahal makan kat Switzerland ni. Kos meal di atas CHF 26 (RM 104). Psl la ada menteri yg suka nilai ringgit jatuh ni?. Ngok betul la....Golongan marhaein terpaksa berkongsi mkn tau. 

Kat blkg tu Ice Flyer. Nak naik tu, kena tmbh duit lagi. So, cukupla kami bgmbr kat dpn je.
Reached Mt. Titlis summit. Yeah...Been there, Done that!.
Turun dari Mt. Titlis dlm jam 3 ptg...Tlmbt beberapa minit dan terpaksa menunggu train pkl 4.00 ptg. Dan sambung lagi ke Bern, Capital City Of Switzerland. Tp, mcm takde apa2 plak kat Bern ni, jika dibandingkan dengan apa yg kami saksikan dan alami kat bahagian-bahagian lain Switzerland ni.


DAY 9: 8 JUNE 2015

Hari ni kami bergerak ke Lucerne (dlm Germany) atau Luzern. Bye2 Uncle Walter yg hangin. Bakal menginap kat Lion Lodge Lucerne selama 2 malam.

Sekali lagi train mengalami masalah teknikal. Tp kali ni, beberapa buah bas besar dah standby kat station Meiringen untuk membawa kami ke station Giswil. Tak lah tercungap-cungap mendaki bukit dan hiking dalam hutan. Hikmah disebalik kejadian yg dapat aku fikirkan adalah, hampir kesemua pengangkutan awam dapat kami rasa sepanjang berada di Switzerland.

Nasib kami baik kerana sampai pkl 1.00 tghari terus boleh check-in. Patutnya pkl 4.00 check-in. Simpan barang dan rehat kejap, pg mancari mkn sbb perut pun rasa lapar...Kalau tgk kat reception, boleh dapat diskaun 10% kalau mkn restoran India sebelah hostel. Nasib tidak menyebelahi kami, restoran tutup.

Arghhh...Nak mkn nasi...ada restoran China, restoran Thai dan restoran Lubnan. Tgk je ada tulisan halal kat pintu restoran Lubnan, aku terus masuk. Minta daging dan nasi. Kira ni baru kali kedua aku mkn nasi dlm tempoh 9 hari.

Bismillahirrahmanirrahim...ngap terus.
Kos mknn di atas adalah CHF 21 (RM 42). Mcm biasa, aku tak order air. Minum je air paip yg dibekal. Haha. Nasib air paip dorg selamat dan boleh terus diminum. Kalau tidak... membayar hutang kad kredit je la aku sekembalinya kat Malaysia.

Aktiviti seterusnya, cruise tasik Luzern dgn Motorschiff Titlis. Memandangkan hari ni merupakan hari terakhir Swiss Pass kami valid, apalagi...bantai lah. Free je naik cruise 2 jam ni kalau tunjuk Swiss Pass. Tak pasti pula harganya tp mesti mahal la tanpa Swiss Pass. Satu lagi insiden hari ini. Kami berdua berlari selaju yang boleh ala-ala peserta Amazing race sambil Claudia melambai2 tangan, menjerit "wait...wait" kepada staff yg bertugas krn kami hampir ketinggalan cruise. Hahaha...kalau ketinggalan, terpaksalah menunggu 2 jam utk cruise seterusnya.

Ni bahagian 1st Class. Kalau korang zoom, kat tangga tu pun ada tulis 1 Klasse.
Pttla semua org lepak kat buritan kapal...aku ingatkan bathing under the sun. Sejam pertama mmg best naik cruise ni tp mula jam kedua, mata aku nak tertutup ditiup2 angin. Hahaha...dasar penidur. So aku lepak sorang2 kat sini la sbb kat luar panas. Aku nak tunggu jg 'captain' cruise halau aku sbb duduk kat 1st class, tp tak jg. So aku pun dgn selambanya naik lagi ke tingkat dua. Duduk kat tmpat yg teduh dan kurang orang.

Berselisih dengan Motorschiff Titlis yang lain
Awesome scenery.
Kami tutup aktiviti hari ini dengan berjalan sekitar bandar untuk melihat Chapel Bridge dgn lbh dekat lagi.

Panoramic view of Chapel Bridge and it's surrounding
Inside the Chapel Bridge. Mcm kenal jer model selipar jepun tu?.
Jln pya jln, jam 8.00 baru teringat nak makan apa utk mlm. Terlupa kedai tutup jam 7.00 mlm disebabkan ingatkan baru pkl 5.00 ptg. Masih cerah kan...Jam 9.00 mlm baru mula nak gelap. Nak dijadikan cerita, cari pya cari kedai ada satu je yg buka, iaitu sebuah bar. Aku pun order la vegetarian pizza..kosnya CHF 20 (RM 80). Mak aii...sbb mahal pya pasal, aku mkn 4 slices je mlm, simpan 4 slices lagi utk breakfast. Huhu

Mesti Nazri Aziz dan Mustapa Mohamed suka sebiji pizza ni berharga RM 80.

DAY 10: 9 JUNE 2015

Memulakan hari baru dgn bfast pizza smlm. Hahahaha. Hari ni, kami menggunakan kaki 2 kerat je utk berjalan sekitar bandar sbb Swiss Pass dah tamat tempoh. Nasib baik semua landmarksnya berdekatan.

Destinasi pertama: The Lion monument
Sexcited I tgk dorg pya pasar pagi.
The Needle Dam. Kalu close-up look, boleh tgk buah ceri tgh ranum kat pokok tu.
 The Musseg Wall or Mussegmauer.
 Di samping masuk kedai keluar kedai kalau2 jumpa benda yg unik dan menarik untuk dibawa pulang.


DAY 11: 10 JUNE 2015

Hari ni ke Zurich, kira final destination sebelum fly ke Paris. Ntahla di mana silapnya...kedua2 kami hanya sedar bahawa bilik yang di booking berbulan lepas bukanlah di Zurich, tetapi di Winterthur. I blamed myself for this, bcz I am the one who booked that hotel. Nasib untuk 1 mlm ja...tapi...mcm ending yg kurang best!.

Takde apa yg special kat Winterthur ni. Sebuah bandar "muzik". Happening bila ada festival la tp bila takde festival muzik, mcm bandar koboi je. Sunyi sepi takde tarikan. To kill the time, kami pun jln2 kat Coop, mcari benda utk dmakan tghari itu, mlm dan utk bfast esok.

Boleh je naik train ke Zurich...tp memikirkan hari pun dah lewat tengahari, Swiss Pass pun takde...so, sit back and rilex je la utk hari ni. 
Ikut arah jam: Cheese utk bawa balik, Rice Sandwiches utk mkn mlm dan Plum pie, utk mkn tghari.
Mode of transportation
Korang rasa ni lebih kpd kreatif atau lbh kepada vandalism?.
Oklah. Takde benda yang nak dihighlight kan kat Winterthur ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ke Winterthur....menangis tak berlagu la jawabnya...Uwaaaa....

DAY 12: 11 JUNE 2015

Hari ni last day kat Switzerland sebelum bertolak ke Paris menggunakan Air France...first time naik airlines ni. Penerbangan mengambil masa 1 jam. Steward biasa je, tak menyebabkan I menoleh 2 kali. Hahahahaha

Sampainya di luggage Claim, CDG Airport Paris, bagpack Claudia pula ntah ke mana. Kami pun buatla claim- Lost Luggage... mengambil masa lbh kurang 1 jam juga...Kehilangan beg ini menyebabkan kami perlu keluar utk mencari bra dan panty untuk dia pki mlm tu. Hahaha...Kesian dia, tinggal sehelai sepinggang.

Nasiblah dari CDG airport ke F1 Roissy Htl, ada disediakan shuttle bus. Jd lps check-in htl dan I mandi kjp, pegilah kami ke Aeroville, sebuah gedung membeli belah 4 bintang di kawasan berhampiran airport untuk membeli lingerie dan dinner. Stay kat sini for 1 night ok jg. Dekat dgn airport, ada shuttle bus ke airport dan ke Aeroville, cuma korang boleh buat statistik la berapa kapal terbang take-off dan landing utk hari itu. Haha Balik je dr Aeroville, kedua2 kami flat sehingga keesokkannya. Mgkin sbb dehydrate, atau penat terkumpul selama 12 hari...aku pun tak pasti.

DAY 13: 12 JUNE 2015

Yeah...balik Malaysia. Dah rindu nak mkn nasi, teh tarik, bantal guling dan sebagainya...


Oh ya, ni itinerary sepanjang berada di Switzerland...

Tak nmpk eh?. Double click pls...

Komen psl budget sepanjang trip ( Paris + Swiss ), pendapat peribadi ttg masyarakat dan budaya, etc akan dirangkumkan dalam entri akan dtg. Tunggu, jgn tak tunggu tau.

Au revoir Paris...