Friday, December 30, 2016

Kingdom of Maroc & Spain.

Itinerary
P/S: Pls open link in new tab/ window for larger view.
P/S: Pls open link in new tab/ window for larger view.

Kos



P/S: Pls open link in new tab/ window for larger view.

Keseluruhannya, adalah dalam RM 10k jika termasuk makan, pengangkutan, cenderahati dsb.
Mungkin kos boleh dikurangkan lagi jika tiket KUL-CDG-KUL dan penginapan lebih murah. Atas sebab-sebab keselesaan dan privasi, aku memilih untuk tidak tidur di dorm dan tandas ada dalam bilik. ;-)


Ruang Penambahbaikan.

 1. Kalau boleh, jangan pergi hujung tahun ke Gurun Sahara sebab musim hujan. Paling lewat pun pegi November. Agak kecewa apabila "stargazing" tak seperti yang diharapkan. Mcm tgk bintang kat ruang angkasa rumah aku je. Wp tak hujan masa pegi hari tu, tapi langit berawan dan hujan diramalkan turun keesokkannya. Khabarnya, masa terbaik untuk "stargazing" adalah musim panas. 

Gambar ihsan Pakcik Google

2. Jangan balik ke Marrakech semula dari Merzouga/ Sahara. Buang masa sehari/ 7 jam perjalanan. Sebaiknya, terus ke Fez/ Rabat / Casablanca.
Gmbr sepanjang perjalanan...mcm kat Utah pun ada juga. 

3. Tidak berbaloi ambil "private driver". Dalam kes aku, aku terpaksa travel sendiri apabila partner terpaksa cancel di saat-saat akhir. Jadi, berdua je la dengan driver selama 3 hari. Driver pulak jenis yang skema...aku minta pasang radio pada hari kedua. Dia tanya juga, "U listen to Spanish songs?". Aku balas, "yeah, I love Enrique Iglesias song". "I have Enrique CD here". "Great!". Dia pun pasang...tp Enrique ntah apa ntah. Lps tu pilihan lagu berubah kepada lagu-lagu pilihannya, iaitu Oldies dan Syria/ Arab. Watever la...aku layan pemandangan lagi bagus.

Kalau korang travel sekurang-kurangnya 4 orang, ambil private driver akan menjadi sangat berbaloi.

Aku dan Driss

Jangkaan dan Realiti di Morocco

1. Jangkaan: Budak-budak mahupun orang dewasa Morocco terutama di kawasan medina (pasar) akan datang mengeremuni orang luar dan menjadikan mereka mangsa penipuan/ scammed/ peras ugut.
Realiti: Syukurlah itu tidak berlaku kepada aku sama sekali. Memanglah ada yag mendekati dan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan atau barangan, tapi senyum dan berlalu pergi je la. Mereka akan faham yang kita tidak berminat.

2. Jangkaan: Elakkan memakai pakaian dengan warna yang terang kerana ia akan menarik perhatian orang tempatan sebab pakaian mereka kebiasaanya hitam. Seterusnya, anda umpan mudah untuk jadi mangsa peras ugut mereka.
Realiti: Pakaian mereka pun berwarna-warni juga. Dan mereka pun banyak kerja lain. Takde masa untuk memberi perhatian atau mengambil tahu pasal anda.

3. Jangkaan: Morocco sebuah negara yang kering dan jarang hujan.
Realiti: Hari pertama sampai kat Marrakech, penduduk sedang menyapu lumpur kat pintu rumah mereka. Di Chefchouen, setiap hari hujan gerimis dan di Fes, aku basah lencun dek basah sebab hujan. Mungkin juga sebab hujung tahun adalah musim hujan.

Basah lencun bergambar berlatar belakangkan Blue Gate, Fez.   

Tips:

1. Walaupun Euro dan Dirham (Dh) digunakan secara meluas kat Morocco, kalau nak untung, gunalah Dirham. Ini kerana Euro 1 = Dh 10.4+++. Tp, untuk memudahkan pengiraan, lokal hanya kira Euro 1 = Dh 10. Bermaksud, kita dah rugi 0.40 di situ. Faham tak?.

2. Risiko traveller solo untuk dicopet adalah lebih besar berbanding travel berdua ataupun lebih. Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan beg sandang anda dan pastikan duit disimpan bukan di satu tempat sahaja. Manalah tau nasib tak baik, anda masih lagi mempunyai duit. Tapi, jangan sampai sendiri lupa pula selit duit kat mana.

Kat tangan, warna merah tu sebenarnya adalah poket duit. 
Mesti pencopet tak sangka aku ada simpan duit kat situ. 

3. Masa kat Spain ni la aku menyesal sebab tak belajar Spanish betul-betul di Universiti dulu. Leceh juga asyik guna translate app. Haha. Bukan semua tempat ada wifi. Bagi yang tahu berbahasa French dan Arab, ada kelebihan la semasa di Morocco.

4. Tau di mana Kedutaan Malaysia yang terdekat. Mana lah tau... pasport dicopet ke?.

5. Simpan salinan dokumen penting seperti pasport, IC, kad Kredit ke dalam bentuk sofcopy/ dalam email/ google drive. "Back-up" sekiranya dicopet.

6. Sediakan syiling. Huhu. Masa aku kat Madrid, aku terpaksa membawa syiling sebanyak Euro 45. "Vending machine" semua pun tak terima not 50. Syiling yang aku ada tak cukup Euro 5. Kad bank aku pulak aku tak activate kan hari itu...sbb aku pasti, takkan la 1, 2 hari pertama tu aku dah kehabisan duit. Aku activate kan seminggu kemudian. Nampaknya sangkaan aku meleset. Terpaksalah aku berurusan dengan staff kat stesen Metro tu untuk beli tiket Metro dengan not Euro 50 menggunakan password dia. Ka-ching ka-ching la duit syilig berbunyi setiap kali aku bergerak.

7. Takut travel solo?. Sebenarnya, kita tidak bersendirian. Kepada yang Muslim, ingat, Allah kan ada.


Tu je la. Akhir sekali, aku sertakan kompilasi gambar-gambar sepanjang 21 hari itu. Enjoy!.