Monday, January 28, 2013

The Flying Chef.


Kalau kat tv ada The Naked Chef, The Chef In Black atau pun The Celebrity Chef, biarlah aku menggelar diri ini, The Flying Chef. Haha. Hmm...sejak bergelar pensyarah ( ehem..ehem...), kerja dari isnin sampai jumaat bermula pukul 7.00 pg hinggalah 4.00 ptg, mmg aku jarang masuk dapur. I mean, masuk dapur utk memasak. Balik rumah dah dalam keadaan "lunyai"...mmg aku tak akan masak. Penat ooo...makan je lah apa yg ada. Jd, bila masanya aku memasak?. Cuma pada hujung minggu, di kala tidak 'terbang' bebas di langit biru ataupun 'terbang' makan angin di bumi asing.

Ok. Memandangkan gmbr pastry puff di FB hari tu mendapat sambutan sehangat pisang goreng panas, di sini The Flying Chef ingin berkongsi rahsia yang tidak seberapa. Haha. Tapi, chef jamin, resepi ini Sedap Rasa Seindah Rupanya. Sangat sesuai bagi mereka yg praktikal, "malas" dan sentiasa on-the-go. Just like me!. 

Bahan-bahan yang diperlukan: 
1. Pastry Puff ( jenama KawanKu, 10 keping RM 5.80, boleh di dapati di pasaraya Tai Yang, Tawau ).
2. Inti ( ikut selera anda. Boleh mushroom-chicken, kentang+ ayam, kentang kari, sardin, kentang + sardin ).
3. Sebiji telur ( hanya untuk mencantikkan permukaan puff supaya berkilat. Takde pun tak apa ). 
4. Secret ingredient ( syhhh...pls don't tell anyone) - Secubit kasih dan sayang. 

Cara membuatnya:
1. Letakkan inti di dalam pastry
( Sekiranya pastry masih beku, biarkan pada suhu bilik sekitar 1 jam atau lebih. Ini bertujuan untuk mengelakkan pastry patah bila dilipat ).

 

2. Cantumkan hujung pastry dengan jari-jemari anda.

 3. Tekan je bahagian tepi dgn hujung garfu. ( bagi yg tak pandai "mengelim" ).


 4. Sebelum dibakar di ketuhar, sapukan dahulu kuning telur dipermukaan atas puff.
 5. Panaskan dahulu ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 10 minit. Lps tu, bakar puff selama 20      minit.
 6. Taraa...pastry puff sudah sedia untuk dimakan. 
  

 Hanya 5 langkah diperlukan bagi hasil yang sungguh mammamia...
 Bon Appetit!. Selamat mencuba...