Saturday, December 26, 2015

Some say it's heaven on earth: MALDIVES

http://www.maldivesfinest.com/wp-content/uploads/2013/11/maldives-map.png
Haaa...kat peta dunia tak nmpk Maldives pun. Ditandakan mcm tu je...
Aku berpeluang mengunjungi Maldives, sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi pada 12 - 17 Disember. Ia merupakan kunjungan terakhir dan penutup di tahun 2015. Secara umumnya, tiada yang istimewa di sini berbanding apa yang ada di Malaysia, dari segi keindahan dasar lautnya, dari segi makanannya dan dari segi cenderahati yang ingin dibawa balik. Aku pergi kerana mengambil peluang sementara Maldives masih wujud di muka bumi, sementara belum ditenggelamkan dek air laut akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan rentetan pemanasan global.
Ratusan pulau yang membentuk Maldives
Kos yang dibelanjakan hanyalah dalam RM3k [ Tiket MAS RM 921.00 KUL- CMB (COLOMBO) -MLE (MALE) - CMB - KUL  ( tidak termasuk insurans perjalanan ) dan Ground Handling RM 1800.00  ( termasuk penginapan + airport transfer by boat  ]. Kos mungkin boleh murah lagi sekiranya tiket penerbangan lebih murah ( AA ada menyediakan  KUL - MLE direct flight ), hotel yang dipilih lebih murah ( tetapi jauh dari pantai ) dan airport transfer menggunakan feri ( USD 2.00 utk perjalanan sehala tetapi memakan masa 1 jam 30 minit ). Airport transfer kami menggunakan bot laju yang hanya memakan masa selama 45 minit dgn harga USD 35.00 sehala ( termasuk cukai perkhidmatan dan GST ). Jauh beza tu kan?. Bagi yang tiada masalah mabuk laut, mungkin boleh lah memilih untuk menaiki feri. Dalam hal kami, penganjur memilih bot laju kerana kami sdh seharian dalam perjalanan ( KUL - CMB 3 jam, 6 jam transit kat CMB, CMB - MLE 1 jam ).

Pemandangan dari beranda bilik 201
Selama 4 hari 3 malam, sebahagian daripada kami tinggal tinggal di Holiday Lodge Maldives dan sebahagiannya pula kat Masaaree Boutique Hotel, yg terletak di gugusan Kepulauan Selatan Maldives, kat pulau Mafushi ( rujuk peta Maldives di atas ). Kedua-duanya terletak bersebelahan je. Kalau kentut pun boleh dengar. Syukurlah aku dapat Honeymoon Suit Masaree Boutique Htl. Blilik besar berkarpet ala rumput golf, siap dengan beranda. Buka je pintu, laut terbentang luas depan mata. Mmg best la minum2 nescafe panas sambil mkn kuaci kat berandah ni. Dan itu la yg selalu aku dan Lim buat bila free. Hehe.

Bilik 201
Koshaa Free Fish Spa complimentary to all in-house guest...
Kalau malas nak lepak kat laman depan hotel, boleh la duduk2 sambil menghilangkan kulit2 mati kat kaki.

Hr pertama, aktiviti Free & Easy je. Ramai yg tak keluar bilik sbb mkn kat bilik je. Tak pun membuta, yelah dah semalaman tak tidur. Aku pun ngantuk giler jg..tp tak dpt tidur sbb pada masa yang sama, perut berkeroncong gila2. Jd aku pun jalan la berdua dgn AD, organizer trip ni. Hmm...aku pilih spagetti tuna dan jus betik. Menu yg agak 'rare' bagi aku untuk lunch hari ni ...
Looks yummeh tp hakikatnya tak sebegitu...
Byr mkn tengahari ni pki Maldivian Ruffiyah (MVR)..aku tak ingat brp harganya. Perlu diingat, ada tempat yg menggunakan USD, tapi ada jg tempat yang menggunakan kedua-dua matawang.


Hari kedua, aktiviti snorkeling di 3 spot berbeza dan lunch kat sandbank. Kos untuk aktiviti USD 42.00. Hmm...aku pernah diving kat Sipadan dan secara perbandingan, dasar laut Sipadan jauh lbh cantik kerana coralnya lebih "hidup" dan berwarna warni. Hidupan lain seperti barracuda, white-tip shark, penyu, sea-urchain lebih senang kelihatan. Kat sini, byk coralnya yg dah mati, patah mematah dan tona sekata, tidak berwarna warni. Mgkin disebabkan fin snorkeller yang berlanggar dgn coral sehingga patah. Tu la kelebihannya tgk tempat org ni. Kadang2 kita lbh bersyukur dgn kelebihan / apa yang kita ada.


Sandbank...itulah yg aku "sexcited" sgt nak tgk. Sandbank ni sebenarnya pulau kecil yang dikelilingi lautan. Sandbank yang kami singgah utk makan tengahari ni sebesar sebuah padang bola je. Pasirnya seputih susu. Byk gmbr kat sandbank dah pun dicompile dlm video di akhir entri ini. Selepas puas snorkelling dan bercanda di pasiran sandbank, muka pun dah sunburn, baju dah lencun, kami balik ke hotel pada pukul 3 ptg. Mlm tu, kerana terlalu penat agaknya, aku cuma mkn Nasi Tomato Brahim segera yang dibekal dari Malaysia, layan fb/watsapp skjp dan melayari bahtera di Lautan Hindi Zzzzz......
http://www.baros.com/wp-content/gallery/sandbank-dining/sandbank-dining-2.jpg
Aerial view sandbank ini aku ambik dr internet...tp ideanya mcm ni la...

Hari ni Free & Easy lagi di sebelah pagi. Lps sarapan, aku dan geng lain jln2 sekitar pulau utk foto shooting session lagi. Kalau pasal bgambar, kodak 36 keping mmg tak pernah cukup la...Hehehe...ntahla, aku mmg dilahirkan berbakat utk mjadi 'model' kot...Haha...Perasan tak sudah...
Ikut arah jam: Pizza tuna pedas, Cleanser ( root beet + carrot + spinach ), sejenis makanan Maldivian
Ptgnya, aktiviti memancing. Aktiviti yg aku kurang gemar sbb aku jenis mabuk laut. Alhamdulillah, kali ni tak. Sepanjang 2 jam berada di tgh lautan, aku dapat seekor ikan je. Ada juga org yg tak dapat langsung... haha. Hasil tangkapan akan di bbq mlm ni. Kos utk Fishing trip ini, dlm USD 16.00 dan kos utk BBQ cum dinner pula adalah USD 10.00. Hmm...RM 70.00 utk Fishing trip aku rasa mahal tp berbaloi la utk pengalaman. Tp utk dinner, RM 43.00 dgn persembahan nyanyian dan tarian Maldivian, aku rasa kurang berbaloi sikit. Rasanya aku mkn dlm maksimum USD 3.00 je. Mgkin expectation aku yg agak tinggi...ikan yg baru ditangkap dan di bbq tentulah rasanya manis. Tp bila di bbq begitu je, tanpa garam, kunyit atau sebarang bahan perapan... ikan rasa hanyir la. Mknn yg lain pulak...ada potongan pisang, yg aku sekali gigit aku ltk balik kat pinggan, sbb tasteless. Pisang muda kot. Ada potongan ubi keledek, ni aku rasa sikit aku boleh telan. Lps tu, ada manisan macam wajik, tp tak guna gula melaka/ perang kot...warnanya kuning cair... macam pulut yg sgt manis gitu. Aku mkn secubit...dpt telan tapi takdelah cubit kedua kali lagi. Yg lain, ada hirisan cili, hirisan kelapa tua. Hirisan kelapa tua tu mengingatkan aku kpd mknn ayam kampung yang arwah nenek aku bg makan kat ayam2 nya dulu. Hehe...sbb mknn ayam kampung, so aku tak ambik. Ada jg mcm kuah bersantan...tp aku tak pasti nak makan dengan apa atau macamana. Gmbr dinner mlm tu aku tak ambik sbb gelap, harapkan candlelight kat meja je...Mod romantik gitew...( Persembahan nyanyian dan tarian tu ada dicompile dalam video di akhir entri ini. Tp lucu jg bak kata AD, "macam tarian org mabuk je!". Hahahaha...). Sebenarnya, sedikit sebanyak, aku setuju juga dengan kenyataan laser nya...Hahahaha.

Nak share dgn korang rupa paras cili Maldives. Hehe...cute kan?.
Hr ni slps check-out, kami akan bergerak ke Male. Sedih pulak meninggalkan staff Holiday Lodge/ Masaree. Layanan dorg mmg 5 star out of 5 star. Tp bertemu dan berpisah adat manusia biasa kan....

Apartment kat Mokkai, siap dgn ruang tamu dan dapur. 
Lps je check-in kat Mokkai Hotel, yang teletak 5 minit berjalan kaki dari jeti, kami pun melantak kat SeaHouse yg terletak di hujung Terminal Jeti/ Hulhumale' Ferry Terminal. Byrn buffet USD 9.00...haaaa...yg ni amat berbaloi2 dan puas hati. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati hari ni. Senyum smpi ke telinga aku hari ni. ;D

Berjalan kaki la kami dari hujung ke hujung Male membakar kalori yang diambil tadi. Pegi ke Masjid Al-Sultan Muhammad Thakurufaan Al-A'Z'am dan Islamic Centre, Wet Market untuk melihat tuna sebesar orang dewasa dan mencari souvenir untuk di bawa balik di samping membelanjakan Maldivian Ruffiyah yang berbaki. Tak laku jg kalau dibawa balik, jadi habiskan aje..Haha. Yg aku beli hanyalah Fridge Magnet ( x 6 ) MVR 190.00, Keychain ( x 12 ) MVR 270.00 dan Chocholate Spread 720g MVR 62.00 dan bag tag MVR 50.00. Tu je la. Yg lain tu biasa2 je. Byk barang yg Made In China je pun...

Hehe..esoknya dipendekkan cerita, kami merayau lagi..kali ni ke Huruku Miskiiy ataupun Coral Mosque. Hmm... " a must-go" bila berada di Male. Malangnya, masjid ini sedang dalam penambahbaikan. Jadi, persekitarannya agak bersepah sedikit. Bahagian dalaman yang diperbuat daripada karang pula aku tak dapat tgk sbb hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam masjid. Huhu. 

Antara kubur pembesar Maldives yang terletak dalam kawasan Huruku Miskiiy.
Oh ya. Ada satu benda aku tak dpt buat. Menurut penduduk lokal di Male, setiap 6.30 ptg, sisa buangan hasil tangkapan laut seperti perut/ kepala ikan dll akan dibuang kat kawasan berhampiran jeti wet market. Pada masa yg sama, ratusan pari sebesar alam akan datang utk makan. Hmmm...kami tak cukup masa jd tak dpt tgk. Info ni baru tau jaga masa cari2 souvenir petang tu. Kalau korang datang ke Male dan ada kelapangan, mungkin bolehla meluangkan masa tgk ratusan pari yg besar sedang makan besar. Jangan je korang pancing pari2 tu...terkejut besar penduduk lokal Male nnt. Hehe

Ptgnya, kami dah bertolak ke Ibrahim Nasir International Airport. Airport Ferry terletak betul-betul berdepan dengan Maldives Islamic Bank. Kosnya cuma USD 1 dan perjalanan memakan masa hanya 5 minit.

Tu je la rentetan perjalanan sepanjang 5 hari 4 malam di Maldives. Bagi yang berminat nak pergi sendiri, diharapkan adalah info berguna yang dapat membantu. Kalu nak tanya apa-apa, tinggalkan je soalan kat ruangan komen. Bagi yang ingin ikut trip tapi takde masa nak merancang, mungkin boleh menghubungi AD di talian 019 263 2291 atau FB - Duta Al Rahman. Chow...

video