Wednesday, April 4, 2018

Taiwan- Heart Of Asia ( Finale )

Entri sebelumnya...

Hari ni merupakan hari keempat kami di Taipei. Hr ni kami ke Longshan Temple, Chiang Kai Shek Memorial Hall ( CKSMH ) dan sekali lagi ke Taipei 101.

Route: 
Longshan Temple MRT Station -> Exit no. 1 -> Longshan Temple

Longshan Temple ni merupakan temple tertua di Taiwan. Binaan yang asal telah musnah disebabkan  gempa bumi, kebakaran dan pengeboman semasa Perang Dunia Kedua. Oleh sebab ia termasuk dalam 10 Places You Must Visit in Taipei, maka kami pun pergilah mencatatkan kehadiran kat sana. Jd, bila org tanya "Dah pegi Longshan Temple?". Bolehlah kami jawab "Mestilah sudah 🙋" dengan bangganya. 😘
Kat sini je aku nmpk ramai warga tua. 
Agaknya, nak menghabiskan sisa hidup dengan beribadah. 



Route:
CKSMH MRT Station -> Exit no. 5 -> Chiang Kai Shek Memorial Hall


Chiang Kai Shek Memorial Hall ini dibina untuk memperingati Presiden China terdahulu, iaitu Chiang Kai Shek. Juga antara tempat yang termasuk dalam 10 Places You Must Visit in Taipei. Korang boleh tgk kawad semasa pertukaran pengawal kat Memorial Hall setiap satu jam. Syok juga tgk sbb kawadnya agak "slow motion" dan pengawal2nya "jambu". Ala2 retis KPop gitew. 😆😍



Taipei 101 MRT Station -> Exit no. 4 -> Taipei 101

Hari ni kami naik ke tingkat 89. Bayaran masuk NTD 600. Cuaca bagus. Jarak penglihatan sgt jelas.


Chillax dulu dengan Mango Icecream di tingkat 89.

The holder of  world's fastest passenger elevator.
 Maximum speed is 1010 m/ min.
Acknowledge by Guinness World Records. 

Segalanya mudah, indah dan lancar sepanjang 6 hari kami berada di Taiwan. Hanya penutup trip kami je yang tak berapa best. Dipendekkan cerita, ada masalah teknikal antara kami dan host...yang menyebabkan kami terpaksa ambil keputusan untuk bermalam di Airport. Aku taknak ambil risiko sebab esok flight kami awal pagi ke Kota Kinabalu. Apa yang penting, walaupun kami cancel booking di saat akhir, kami dapat full refund. 😥😥😥.

Terpaksa menjadi gelandangan skjp kat Daoyuan MRT Station. 

Haha..kalau diingat kembali, kelakar pulak. Masa tu, kedua2 hp kami dah habis bateri, kedua2nya kelaparan, kesejukan dan kepenatan. Maklumlah, dah berhabis pose seharian. Si Claudia ni pun sudah sampai peringkat tak dapat berfikir. Haha. So, aku cadangkan kami makan dulu sushi yang dibeli kat Taiwan Main Station tadi sebelum meneruskan perjalanan dari Daoyuan MRT Station ke Terminal 1. Kalau ada org yang lalu, mesti dorang toleh 2 kali kehairanan. Haha...😆😅😁😝😜. Tebalkan muka je la.

Selepas dicampur semua kos (penginapan, makan, pengangkutan, souvenir, entrance fee, etc), selama seminggu di Taiwan = RM 1008.00

Tiket flight TWU-BKI-TPE-BKI-TWU by AirAsia ( luggage, travel insurance ) = RM 1039.72

Jumlah keseluruhan = RM 2047.72. 

Setakat tu je la coretan seminggu kat Taiwan ni. Sebelum mengundurkan diri, ni tip terakhir aku nak bagi. Tourist Attractions banyak kat Red Line...jd, pastikan korang tinggal berdekatan MRT Station Red Line spy masa, jarak dan wang sepanjang percutian sedikit sebanyak dapat dijimatkan. Bye....



~XoXo~
  Yoyop
4/4/2018

Tuesday, April 3, 2018

Taiwan- Heart Of Asia (Bahagian 4)

Entri sebelumnya...

Hari ni merupakan hari ketiga kami di Taipei. Misi hari ni adalah memburu bunga Sakura di Yangminshan. Selain Yangminshan, Alishan juga merupakan pilihan terbaik untuk menyaksikan Sakura. Apa yang perlu diingat adalah, sebelum membuat pilihan, sila check "Sakura Forecast" terlebih dahulu. Ini kerana, lain kawasan, lain masa mekarnya Sakura. Taknak lah jauh-jauh datang, sbb malas buat research, Sakura dah berguguran..tinggal ranting je. Memang menangis tak berlagu la.

Route:
Shilin/ Jiantan MRT Station -> Bus no. 5/ 260 -> Perhentian bas terakhir.

Berbaris panjang nak naik bas ke Yangminshan.

Tambang: NTD 60

Yangminshan ni terletak kat tanah tinggi. Macam Cameron Highlands atau Kundasang la...sejuk. Hari tu, sblm bertolak dari hotel, aku tgk weather forecast, 24-26'C je...so, aku pun pakai jaket nipis je la. Jd, untuk mengelakkan perkara yang berlaku kat aku tak berlaku kat korang, aku nasihatkan korang bawa baju tebal siap2. Jangan sesekali tertipu dengan weather forecast. Sejuk sampai ke tulang sum-sum wa cakap sama lu. Kabus yang tebal, angin yang kuat...memang pakej la. Jarak penglihatan masa tu, tidak lebih dari 5 meter. Phewwww....
Sakura menyambut kedatangan kami. 

Bukan satu...tapi 2 pasangan pengantin turut sibuk bgmbr kat sini. 

Ni ler Flower Clock nyer...


Calla Lily yang baru dipetik dari ladang. 

Gugusan Hydrangea.

So, better korang jalan2 ja kat Flower Clock tu...kat situ lagi banyak bunga. Dan yang lebih penting... jarak penglihatan jelas sejelas2nya, cuaca pun bak kat Salem High Country. Nyaman gitew...Haha...


Selepas filem kodak habis dalam 6 roll dengan pelbagai pose 😝, perjalanan diteruskan ke National Palace Museum ( NPM ).

Route:
Shilin MRT Station -> Exit 1 -> Bas no. 18/ 19/ 30/ 304/ 225/ 815.

National Palace Museum

Tujuan ke National Place Museum ni adalah untuk makan real food halal. Lapar giler...td tghari, lunch aku hanyalah sebiji telur rebus herba yang berharga NTD 13. Byk mknnan yang dijual bukan halalan toyyiba...so, aku kena lah tabah berlapar sekejap.

Tips:
Kalau nak makan kat Silk Palace ni ( bangunan di sebelah kanan NPM ), minta Muslim Menu dari pelayan ya. Menu yang tak berapa Muslim je ada kat atas meja. Muslim Menu tu dorang simpan kat Cashier. 
Ruang dalam Silk Palace. 

Chicken Noodle Soup NTD 320

Muslim Prayer Room ada terletak kat basement ( B1 ) NPM ni. Jd, bolehlah singgah solat kat sini.

360 view of National Palace Museum. 

Inilah sahaja aktiviti kami hari ini. Jumpa lagi di entri hari terakhir kami di Taipei- Heart of Asia (Bahagian 5). Bye....

Friday, March 30, 2018

Taiwan- Heart Of Asia ( Bahagian 3 )

This was the continuation of  our day one in Taipei.

Today, we off to Yehliu Geopark.

What's so special about Yehliu?.
It's a natural landscape that made up from rock formation that one day will vanish due to erosion of wind, sea water and waves.

Route:
Taipei Main Station->M2-> Kuo Kuang Bus Station ( Bus no. 1815 ) -> Yehliu Geopark Bus Stop.

You'll find Yehliu Fishing Port on your left.

View from the observation tower. 

The fossil of sea urchin.


The famous Queen's head. 


The tofu rock. 


We hiked till the tip of Yehliu. 


We spent 4 hours to cover all the area. Please standby to bring the rain coat  if you don't want to get wet. 

Yehliu Entrance fee: NTD 80

My message @ Yehliu Information Center. 

Tried out the deep fried seaweed  and baby crab at the stall nearby before heading home. 

So, I guessed that's all for our 2nd day in Taipei. Hope to see you again soon in my next entry. 

  XoXo
~Yoyop~
30/3/2018


Wednesday, March 28, 2018

Taiwan- Heart Of Asia ( Bahagian 2 )

Ni hao...

Kita bersua kembali...kali ni kita sambung perjalanan ke Taipei pula untuk Hari Pertama. Untuk cerita di Taichung, boleh klik di sini.

Taichung ( THSR Station ) -> Taipei ( Taipei Main Station ). Masa perjalanan: 1 jam. Kos NTD 675.
Kalau nak tau, THSR ni ala2 Shinkansen (bullet train) macam kat Jepun la. Di tingkat bawah THSR Station, Taichung ada Muslim Prayer Room.

Sampai kat Taipei Main Station, kami terus beli IC / Taipei Pass. Kami beli yang boleh di top-up.  Boleh digunakan untuk Metro dan juga Bas. Just tap-in and tap-out everytime you use public transportations. SENANG!.

Kena study la map MRT ni dulu baru senang jalan.
 Tourist attractions banyak kat Red Line. 

Hari ni aku lapar. Mcm dah 3 hari aku tak makan nasi. Jd, kami pegi Daan untuk mkn "real food" dan nak tgk masjid terbesar kat Taipei.

Daan MRT Station -> Exit 2-> Simpang pertama -> belok kiri-> jalan 4 minit -> masjid di kanan.

Perghhh... pekena Lele Lalapan dulu. 

Biggest Mosque in Taipei. Bersebelah je dgn Restoran Makanan Halal. 

Ni kat Da'an Park. 


Dah kenyang, dah solat, dah puas bgambar dengan bunga, kami pun ke Taipei 101.

Da'an MRT Station -> Taipei 101 MRT station -> exit no. 4.

Yessss!!! Another mission accomplished!.  

1 0 1

Kabel lif  101 terpakai digunakan untuk menghasilkan arca "Embryo Of Life" 


Memandangkan petang ini cuaca mendung dan visibility tidak begitu jelas, kami memutuskan untuk tidak naik ke tingkat 89. Kami sudahi hari pertama di Taipei dengan pergi ke Shilin Night Market. 

Taipei 101 MRT Station -> Jiantan MRT Station -> Shilin Night Market.

Tanak lepaskan peluang makan Grill Giant Squid.  

Kos untuk hari ini/ orang: 
Penginapan untuk 3 malam- NTD   301.82 
Pengangkutan                     - NTD 1105.00
Makan                                - NTD   250.00
TOTAL                                NTD  1656.82

Ok. Nnt jumpa lagi untuk Taiwan- Heart Of Asia ( Bahagian 3 ). 


    X0X0
~ Yoyop~
28/03/2018

Tuesday, March 27, 2018

Taiwan- Heart of Asia ( Bahagian 1 ).

Ni hao...
Untuk Taiwan-Heart Of Asia ( Bahagian 1 ) ini, saya hanya cerita sepanjang 2 hari kami berada di Taichung.

Hari pertama.
Ok. Dari Taoyuan Int. Airport (TPE), Taipei kami terus ke Taichung dengan bas. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Hari ni, kami cuma berjalan sekitar hotel sbb hari pun dah lewat petang.

So Yes Cafe- tempat makan yang paling dekat dengan hotel kami, TC Hotel. 

Miyahara- tempat makan yang wajib dikunjungi di Taichung City.  

Ramai pelancong mahu pun org tempatan lepak kat sini. 

Sedap jg makan mee sambil tgk air parit mengalir, kan?. 


 Asean Square...berdekatan kawasan ni, ada "Little Jakarta". 


 Cantik juga "drain hole cover" nya kan?. 


Antara amenities yang disediakan oleh TC Hotel, Kondom dan lubricant gel. Haha

Kos untuk hari ini/ orang:
Penginapan ( 2 malam )- NTD  1330
Pengangkutan               -  NTD    280
Makan dan minum        - NTD    414
Total                              - NTD  2024

Tips:
Anda juga boleh menggunakan Taiwan High Speed Railway (THSR)
dari TPE ke Taichung. Kami memilih bas kerana stesen bas berhenti di Taichung agak dekat dengan hotel kami, TC Hotel.


Hari kedua.

Destinasi hari ni, Sun Moon Lake ( SML ) dan Farmosan Aboriginal Culture Village ( FACV ).

Untuk penjimatan yang lebih, kami beli pakej 2-in-1, tiket masuk SML dan FACV. Pakej ini termasuk pengangkutan dari Taichung-> SML-> Puli -> Taichung, SML Shuttle Boat dan Round the Lake Bus one day pass dan Ropeway pass from SML to FACV (return).

Ni la rupa tiketnya. 


Tiket ni hanya boleh dibeli pada hari "kejadian".  Tak boleh beli in advance. No online tickets available. Dijual ditempat tertentu sahaja. 

Kami beli tiket kat Gan Cheng Station. Tunggu bas pun di tempat yg sama.


2x boat transfer then baru jln kaki sejauh 850m untuk ke cable car station.



Gambaran yg menunjukkan betapa besarnya FACV ni. 



Antara pemandangan di Aboriginal Village. 


Carribean Splash dapat diperhatikan dari Cable Car.


Ni kat European Palace Garden, FACV. 


Tercapailah sdh hajat aku utk tgk kebudayaan Orang Asli Taiwan. 


Persembahan yang begitu menghiburkan. Hahaha


Tips: 
Pegi seawal yang boleh. Bas kami bertolak dari Gan Cheng station pada pukul 8.15 pg. Perjalanan dr Taichung ke SML mengambil masa selama 2 jam. Itu pun kami cuma transfer kat SML. Banyak lagi tempat dan cultural show yang kami missed. Harus diingat, FACV tutup pada pukul 4.30 petang. Segala bentuk pengangkutan, cthnya Cable Car dll juga tamat perkhidmatannya pada masa itu. 

Kos: 
Tiket SML & FACV ( termasuk pengangkutan )- NTD 1000
Makan                                                                 - NTD   230
TOTAL                                                                  NTD 1230


Jd, bertemu lagi di Taiwan-Heart Of Asia ( Bahagian 2 ). Perjalanan akan diteruskan ke Taipei. Jika ada soalan berkaitan trip, feel free to ask me. Harap sy dapat membantu. 


   XoXo
~Yoyop~ 
27/3/2018

Sunday, December 31, 2017

BAITULMAQDIS- Bahagian 3

Walaupun jalan cerita tidak berkait, anda boleh membaca BAITULMAQDIS- Bahagian 1 (persediaan sebelum memasuki Israel) dan BAITULMAQDIS- Bahagian 2 ( ketika berada di imigresen Israel ).

Dome Of  Rock/ Kubah As Sakhra

Masjidil Aqsa
Bahagian ini lebih berkisarkan pengajaran yang diperolehi sepanjang berada di sana.

Konsep Redha
( Kredit kepada Misah Halili atas karangan beliau ).


Tinggal di kawasan konflik sentiasa memikirkan bahawa masih bernyawakah diri ini seminit akan datang. Oleh itu konsep REDHA sentiasa disemai dalam diri ahli keluarga waima sebelum tidur, keluar bekerja/ sekolah atau duduk di rumah menunggu org tersayang. Gambar di bwh merupakan tour guide kami sepanjang berada di JERUSALEM Mr. Shadi A. Diab. Sblm dia keluar dr rumah, anaknya akan cakap 'SEE U IN JANNAH' dan c bpk akan bls ayat tu balik (Diceritakan oleh Datin Zaiton sms dlm perjalanan ke masjid untuk solat Subuh). Nmpk tak? bagaimana redha itu dipraktikkan. Jd jika berlaku apa2 pd dia or ahli keluarganya sepanjang ketidakbersamaan mereka. Maka kemungkinan yg berlaku diterima dgn REDHA bukannya PASRAH. Semoga Mr.Shadi sekeluarga diberkati dan diberi kesejahteraan dari-Nya. Tapi kita di sini lain, musibah dah berlaku baru kita kata REDHA, tapi mereka belum berlaku REDHA sudah mendahului. Jadi sama2 lah kita hayati keREDHAan itu ye.

Mr. Shadi A. Diab

Pemurah Tak Bertempat. 

Kat Malaysia ni, selalu je korang tengok/ dengar pasal TABUNG PALESTIN kan?. Berlambak kat restoran. Sebenarnya, duit derma tu, tak sampai pun kat golongan sasar. Jd, janganlah jadi pemurah tak bertempat. Segala urusan bank dipantau oleh Israel. Tak tau la, duit yg korang derma tu pergi kat mana. 

Ni sorang sukarelawan NGO yg skrg kat Palestine. Beliau bertugas kat kaunter hospital dan akan membayarkan bil rawatan pesakit (Palestinian Muslim), daripada duit derma itu. Bolehlah korang salurkan derma kat beliau. InsyaAllah, sampai kat golongan sasar. 

Maaf kerana kad nama tercuci...tak terkeluar dari poket seluar. 

Atau, 


Rasanya cukuplah setakat ni. Aku takde gmbr yang diambil dr DSLR dan gmbr2 yg ada, byk yg ada muka aku. Korang lbh nak tgk gmbar dan bukannya nak baca sgt pun tulisan aku ni, kan?. Apa2 info yang korang nak tau, korang google dulu lps tu kalau tak dapat, baru pm aku soalan korang tu ek?. 

Ni, aku tinggalkan korang video kompilasi sepanjang trip ini. Harap korang termotivasi dan terinspirasi untuk pergi ke sana. Remember, I INSPIRE YOUR DESIRE!. 



Sebelum mengakhiri entri ni, aku nak ucap Selamat Tahun baru 2018. Semoga kehidupan kita lebih baik, ekonomi Malaysia lebih maju dan Malaysia tetap aman di tahun baru. Amin InsyaAllah. Bye....