Wednesday, December 26, 2012

Kia Ora ( South Island ).

Ini adalah kesinambungan perjalanan dari Kia Ora ( North Island ). 


Hari Kelapan - 28 Nov 2012 ( Picton - Kaiteriteri ).

Driver Guide yg baru sedia menunggu di luar pelabuhan Picton. Tidak seperti Vaughn yg banyak membantu, Guy Cann lbh kpd "do it your own". Tp yg bagusnya dia ni adalah, straight away dia boleh ingat nama kami bertiga. Impressive!!!. Mgkin sbb pelik sikit berbanding nama2 penumpang yg lain kot?.

Selain pantai yang cantik, bersih dan air laut yg biru, tak byk aktiviti yang boleh dibuat di Kaiteriteri. ( Sbnrnya ada, tetapi memerlukan lbh dari satu malam, iaitu trekking di Taman Negara Abel Tasman dan aktiviti yang agak mahal iaitu Skydiving). Disebabkan kekangan itu, kami hanya chill out at the beach pada petang itu.


Hari Kesembilan - 29 Nov 2012 ( Kaiteriteri - Westport ).

Otw ke Westport, singgah sebentar ke Lake Rotoiti. Phewww...the view, AWESOME!. Nak berposing pelbagai gaya, tapi apa kan daya, sejuk sehingga tulang mungkin kerana hujan rintik2. Ditambah dengan angin yang bertiup, menggeletaq kepala lutut mak...

Gerimis. Sampai Bazil's Hostel, cari Nescafe 3-in-1 di pasaraya yg berdekatan. Bekalan kopi dah habis.


Hari Kesepuluh- 30 Nov 2012 ( Westport - Lake Mahinapua ).

Hari ni buat pertama kalinya tengok anjing laut di depan mata. Lokasinya ialah di Cape Foulwind. Tanjung ini merupakan titik yang paling dekat dengan Australia. 

Singgah utk makan tengahari di Punaikaki Pancake Rocks and Blowholes. Sesuai dengan namanya, The Pancake Rocks adalah lapisan batu kapur yang berlapis2 menyerupai lapisan penkek, terbentuk ribuan tahun dahulu. Selain itu, ciri lain yang menonjol di sini adalah The Blowholes. At high tide or in heavy weather, the blowholes explode with a spectacular spray. (Sometimes, I don't  know how to translate in Malay).

Menginap semalam kat Mahinapua Hotel, yg dikendalikan oleh Les Listle. Mkn mlm pun dimasak oleh beliau. Mlm tu dia msk steak. Kelihatan begitu sedap. Aku ni seorang omnivor ttp 60% karnivor, 40% herbivor. Selama kat sini, aku terpaksa mjadi 100% herbivor. Paling2 pun aku makan makanan laut je. Huhu...nak makan daging, nak makan daging, tp di mana nak cari daging halal??. Huhu

What a coincidence?. Linda & Linda. @Lake Mahinapua Bar. 
Topi yg didermakan oleh bekas pengunjung, malah ada yg mendermakan Bra Saiz E.

Mlm tu kami bertiga mlepak dalam bilik jer. Yg lain pergi " best dressed and drink-as-much-as-there-is-no- beer-tomorrow party ".


Hari Kesebelas- 1, 2  Dis 2012 ( Lake Mahinapua - Franz Josef )  

Terasa bosan 3 hari berlalu tanpa aktiviti. Bermalam 2 malam di Franz Josef dengan harapan dapat melakukan Glacier Hike. Dah pki overall siap dengan but, dah siap dgn bekalan coklat Mars, dah mendengar safety briefing... malangnya, berikutan hujan renyai2 mlm sebelumnya, kabus tebal dan angin kuat, helikopter tidak dapat naik ke puncak. Atas sebab2 keselamatan, penerbangan terpaksa dibatalkan. Ok, kami rebook semula untuk sesi di waktu petang. Cross our fingers. Sometimes, we just can't tame the mother nature and yet sometimes, we can't control everything. Dan seperti percubaan pertama, percubaan kedua masih GAGAL. Hikmah di sebalik kejadian ialah, kami lebih kaya NZD 260 kerana wang dikembalikan. Haha.

Meredah rekahan2 ais... Apa boleh buat??? Bukan rezeki.

Hari Kedua belas- 3 Dis 2012 ( Franz Josef - Wanaka ) 

Kami mulakan perjalanan awal pagi utk melihat pantulan Mt. Cook di Lake Matheson. Alahai... tebalnya kabus. Batang hidung Mt. Cook pun tak nampak apatah lagi pantulannya kat Lake Matheson. Keciwa. Bak kata Guy Cann, "ambil je la gmbr dr poskad".

Ini yg aku ambil. Tgk la awan tebal tu.

Ni yg sepatutnya di kala hari cerah. 

Pendapat peribadi penulis, Wanaka adalah tempat tercantik di New Zealand. Sepanjang2 perjalanan, mata dijamu oleh pemandangan yg sangat indah. Tasik Wanaka yg membiru, puncak gunung yg bersalji... Bersebelahan dengan Lake Wanaka, tersergam indah pula Lake Hawea. Cuma dipisahkan oleh jalan raya.
 
Lake Hawea

Kaki lima di Wanaka, penuh berinformasi.

Sebelum check-in di X-Base Wanaka, kami berempat ( aku, Linda, Lim dan Matt) diturunkan di Lapangan Terbang Wanaka utk Skydiving. Siapa yang tak kecut perut terjun free-fall dari ketinggian 12,000 kaki buat pertama kali kan?. Mcm tau2 je petugas kat Skydive Wanaka tu. Perkara pertama sekali yg dimintanya ialah pergi ke tandas dahulu sebelum mengisi borang pelepasan, pakai overall, buat pembayaran dsb. Rasanya setiap 5 minit aku masuk tandas. Siap membuang yg "besar" lagi. Haha. Takut punya pasal...Ok, the moment of truth has arrived!. Slps sesi interview utk video, kami pun menaiki kapal terbang ringan...nasib baik pakai sarung tangan jadi takde sapa lah yg tau betapa sejuknya jari jemari ku di kala itu. E eh..dah bergerak pun kapal terbang ringan tu dlm seminit, tiba2 di minta turun. Angin kuat...penerbangan dibatalkan. Alahai...dlm hati berkata, "selamattt". Haha. Jari jemari pun panas semula...


Hari Ketiga belas- 4 Dis 2012 ( Wanaka - Queenstown ).  

Today, I was Happy as Larry ( this is Kiwi Lingo which means, Very Happy ). Why?. Mission accomplished!. What a great start for the day!. Fear is temporary, achievement is permanent!. Oh yeah... ( Cost: Tandem + pics + vid = NZD 528 // RM 1357 ).

Singgah sebentar di Puzzling World. Ah...sekadar bgambar kat pintu masuk dan mcuba beberapa puzzle. "Skydiving Orgasm" dah rasa ... jadi setakat masuk maze apa lah sangat...
Ye haa...perjalanan diteruskan ke Kawarau Gorge yg terkenal dgn Kawarau Bunjy, tapak bungy yg beroperasi secara komersil di dunia. Aku tak bungy pun, tak teringin nak cuba sbb dah pernah cuba lbh tinggi masa kat Kuta, Bali.
Sblm daftar masuk kat Nomad Queenstown, kami bergmbr berkumpulan dulu. Dan hari itu adalah hari terakhir aku bersama Guy and the other guys. Sob..sob...
We have joy, we had fun, we had seasons in the sun. 
But the wine and the song like the seasons have all gone...  

( to be continued...)

2 comments:

norzah said...

A very interesting account of the visit, dengan gambaran harapan, ketakutan dan kekeciwaan yang membuai rasa. Cuma sangat laju dan dimana tempat yang dilawat tidak ada gambar, tidak ada incident yang dapat menjadi xingatan bagi pembaca. Incident itu tidak perlu besar tapi mengusik hati,memeranjatkan atau lucu. Seperti nescafe3-in-1 tak ada di pasarraya, sudah habis. Ini pun boleh berlaku dipasarraya negeri maju sedang disini anytime ada jual. Tour guide yang aloow you to do things for yourself tu interesting orgnya. Kalau digambarkan sikit hidungnya, mulutnya, airmukanya serius atau suka gurau2, baru hidup karakaternya. Tak puas baca hal pperangainya yang agak istimewa, ada baik dan ada buruknya.

Incident makan daging steak di hotel itu tak pun dilanjutkan, padahal itu perkara penting untuk seorang pengembara. U tinggalkan saja atau rteruw makan kerana pderut keroncong. Ada orang yang cuma makan juga tapi perut sdmemberontak.

Adventure terakhir, skydiving, memang menarik sekali. Bila dibatal kamu berasa lapang, tapi tentu keciwa jugak kan. Mixed feelings tu patut elaborate sikit. the fear factor tu tentu sangat menarik minat jika diceritakan lebih lanjut. Mungkin dalam sambungan akan datang.

Bagi saya tetap amat memuaskan dan saya tunggu sambungannya.Tq for sharing.

Si Yoyop Bah... said...

Ok. Sy amat mhargai cdgn pnmbhbaikan itu. Akan cuba mgaplikasikannya dpenulisan akn dtg.