Saturday, September 19, 2009

Andai Hidup Tak Punya Cinta

Gembira mendengar pengishtiharan pemegang mohor besar Raja2 bahawa hari ahad bersamaan 20 Sept, adalah hari raya. Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Seperti tahun2 sebelumnya, aku tidak berasa teruja. Biasa je. Jiwa terasa kosong. Mungkin disebabkan menyambut raya tanpa ayahanda tersayang?. Mungkin juga disebabkan zahir tak terucap?. Mungkin juga disambut tanpa insan tersayang?.

Andai hidup tak punya cinta,
Pada bangsa mahupun wanita,
Hidup tidak punya ertinya,
Kenikmatan tidak dirasa.

Bila direnung kembali, mmg benarlah bait2 lagu di atas. Wp luaran nampak ceria, tapi di dalam siapa yang tahu?. Mudah2n, doa sepanjang bulan Ramadhan, dimakbulkan. Bukannya kerana mempersoalkan qada' dan qadar, (tidak sekali-kali) tapi nampaknya aku diuji dari segi "ini." Yang lain semuanya seperti tidak bermasalah, tapi tidak yang "ini". Puas merefleksi diri, tapi masih belum bertemu jawapan. Puas mencari serata dunia, namun masih belum berjumpa. Minda sentiasa fikir positif, tapi kadang2 tewas juga. Sedih, apakan daya, semuanya bukan di dalam kawalan.

Buat rakan2 seangkatan (khas untuk Jaime, Suna dan Yasmin), janganlah menjadikan seribu kelebihan anda menenggalami kekurangan yang satu.

6 comments:

mummy anne said...

sedih i membaca luahan u... sayangnye kak sri siatan bercuti di hari raya,x dapat dia memberi nasihat.. xpe2,every events that happens in your life,ada hikmahnya... wallahualam...

rambomadonna said...

bila aku terima sms ko malam tadi, aku sebenarnya baru sampai kulim selepas 7 jam memandu ... tak sangka aku pun terperangkap dalam kesesakan hari raya. Ingatkan semua org dah sampai kampung.

so masa terperangkap dalam kesesakan tu, aku sempat berfikir apa yang aku nak buat dengan sisa hidup ini ... jawapan nya tunngu saja sambungan blog aku.

sun ah said...

su elah....dalam filem biasanya jatuh cinta bila bertembung jalan, buku berserakan, mata bertentang mata..
belum ada lagi crita yg syatu itu jatuh dari langit, kain glider ikut berlingkup,mata tertutup sbab terkejut..bila buka...tadaaa!
kalau ko dapat buat, kita hantar skrip trus ngan kru production, kay!

Si Yoyop Bah... said...

Kahkahkah...best betul bait2 komenmu-"belum ada lagi crita yg syatu itu jatuh dari langit, kain glider ikut berlingkup,mata tertutup sbab terkejut". Arghhhh....itulah masalahnya bila semua lelaki sasa, bekerjaya, berglider ni semuanya sdh berpunya. Sehinggakan, "ROVILSON" yg sdh ada anak tingkatan 2 pun digilai. Hahaha. Nnt aku cuba hasilkan skrip. U just wait-n-c. There's nothing that I can't do. I'm stronger than yesterday. Chewahhhhh

Si Yoyop Bah... said...
This comment has been removed by the author.
MiN said...

hmmm.. baru berpeluang baca..

siaran ulangan :)

" wanita ibarat epal. Epal yang berkualiti amat mudah diperolehi kerana berguguran ditanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak. Susah dipetik susah digapai.Terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada sapa yang beranimemetiknya. Hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan didunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ilahi mengiringi"