Saturday, December 23, 2017

BAITULMAQDIS: Bahagian 1

Untuk Bahagian 1 ini, saya akan lebih fokus kepada persediaan sebelum melangkah masuk ke Palestin atau sempadan Israel melalui Jordan.

Untuk trip 8 hari 6 malam ini, saya mengikuti pakej yang ditawarkan oleh Tabung Haji Travel & Services (THTS).

Maklumat pasal harga, rangka lawatan, nombor untuk dihubungi dan lain-lain ada di sini. 

Seterusnya, berkaitan visa. 


Ramai yang aku dengar sangkut kat sempadan Israel. Sebab, nombor telefon tidak ditulis dengan betul. Pertama kali tengok borang ni, aku pun macam, "Hah, nombor telefon?. Bukan pun aku guna kalau kat sana nanti. Mungkin aku akan guna simkad sana. Tak pun, guna je la Telegram ataupun Watsapp untuk berhubung dengan keluarga kat Malaysia nanti".

Korang jangan main-main dengan Israel ni. Semua pun dorang periksa termasuklah kandungan media sosial kita. Adakah sebelum ini, kita selalu memuatnaik atau kongsi status kebencian terhadap Israel?. Kami diingatkan agar memadamkan semua status berkaitan Israel oleh kakitangan THTS.


Syarat-syarat yang wajib dipatuhi ni pun bagus juga untuk dibincangkan. 

Syarat pertama dan syarat ke enam boleh diterima. 

Syarat kedua, oklah...memandangkan pasport Malaysia sah digunakan untuk semua negara KECUALI Israel. 

Syarat ketiga, hmm...biasanya kalu aku travel, aku akan bawa makanan atau apa sahaja yang kecil dan ringan dari Malaysia untuk dibagi kepada budak-budak di negara yang dituju. Tak apalah, mungkin aku boleh beli kat sana. 

Syarat keempat, ni antara syarat yang paling aku tak faham. Aku dah pernah isi borang visa ke Jepun ( 2009- Pelawat ke Jepun masih memerlukan Visa ), Australia, China, Mekah, Morocco ( bermula 2018 pelawat tidak perlukan Visa), tapi tak ada satu pun yang memerlukan nama Datuk ( sila rujuk borang Visa ). Datuk aku pun aku tak pernah tengok mukanya sebab meninggal sebelum aku lahir lagi. Aku dah tanya kakitangan bertugas THTS, tapi jawapannya, "Atas sebab keselamatan" tak memuaskan hati aku. Nak tau susur galur keturunan aku ke?. Orang Melayu ni berbin atau berbinti kan bapa. Tidak seperti orang putih yang menggunakan Surname. Kalau datuk aku terrorist pun, macamana dia nak kesan aku ni keturunan terrorist atau Spy?. Kalau korang tau atau ada jawapan yang logik, sila tulis kat ruangan komen. 

Syarat kelima lagi la tidak boleh diterima. Perempuan pakai pin atau brooch ko takut. Yang ko pakai senjata secara terang-terangan tu boleh pulak?. Apalah yang pin dan brooch boleh buat jika dibandingkan dengan senapang ko tu?. Nampak sangat dorang rasa keselamatan terancam kan?. 

Cukuplah penulisan entri terhenti di sini. InsyaAllah akan disambung dengan BAITULMAQDIS- Bahagian 2 yang lebih memfokuskan keadaan ketika memasuki sempadan Israel dari Jordan. Bye....

No comments: