Thursday, January 9, 2014

The Land of White Elephant.

10.12.13 ( Selasa ) - Hari kelapan.


Meneruskan kembara ke salah satu negara Indochina yang lain, iaitu Thailand yang dulunya dikenali sebagai Siam, atau Mueng Thai di kalangan rakyatnya. Selesai check-in di de Talak Hostel, yang beralamat di 14/33 Soi Phaisingtoh, Rama 4 Rd. Klongtei, Klong, Bangkok, kami pergi ke shopping mall yang terdekat utk mentekedarah. Hehe. Dan untuk pertama kalinya, aku makan pulut durian, antara signature dish negara Gajah Putih ini. Mgkin pulut durian adalah makanan yang biasa ditemui di utara Semenenjung Malaysia tetapi di Tawau, makanan ini memang tidak ada. Nehi he. Mungkin Pelik Bin Ajaib bagi sesetengah orang tp itulah realitinya. Walaupun portionnya agak ciput, namun mampu membuat aku tersenyum kepuasan. Nikmat tak terhingga!. I felt like I was in heaven while enjoying it. Sampai terpejam2 mata sbb "kesadapan". Hahaha


Terminal 21- Shopping Mall yang berkonsepkan Lapangan Terbang Antarabangsa.

11.12.13 ( Rabu ) - Hari kesembilan

Sesudah subuh, dan sebaik MRT menjalankan operasi pada pukul 6.00 pg, kami sdh tercegat kat stesen. Hari ini kami berlima akan menjadi Gibbon, Orang Utan, Proboscis, Beruk dan Chipanzi untuk aktiviti Flight Of The Gibbon. Perjalanan menggunakan van mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Haa...mmg total workout kat sini. Trekking, zip-lining, "gayut"ing dan sebagainya. Berpeluh dari atas hingga ke bawah. Tidak dinafikan, aktiviti ini sesuai bagi setiap peringkat umur. Mula2 je takut2, tapi lepas tu...menjerit2 keterujaan.
 
Selepas makan tengah hari, kami dibawa mengelilingi zoo dengan tram. Semuanya termasuk dalam pakej ini.
Malamnya pula, kami mengendurkan otot2 yang tegang dek aktiviti tadi pagi dengan ber'masas' ( Oil Massage ) dan tidak sah la kalau tak melepak kat Terminal 21- my faveret Shopping Mall sambil bergambar2 dalam tandasnya kerana setiap tandas mempunyai tema tersendiri, begitu juga dengan hiasan dalamannya. 
 @ Bakery restroom. Siap ada resepi kat dinding you.

12.12 13 ( Khamis ) - Hari kesepuluh

Hari ni, kami menerjah tempat2 menarik di sepanjang Sungai Chao Phraya menggunakan Chao Phraya Tourist Boat. Untuk itu, adalah lebih jimat utk membeli pass sehari yang bernilai B150, boleh pergi ke semua pier jika dibandingkan dengan membeli single pier. Tempat pertama diserbu adalah The Grand Palace, diikuti dengan Wat Pho, Wat Arun dan diakhiri dengan ke Khaosan Road, yang merupakan mecca of tourist. Tidak sah lawatan anda sekiranya anda tidak ke sini. 

 Grand Palace
 Sleeping Buddha @ Wat Pho
Wat Arun

Mengakhiri hari ini dengan kaki yang sangat penat kerana byk berjalan, byk memanjat anak tangga terutama di Wat Arun dan baju yang agak berpeluh umpama selepas sejam work-out kat gym. Sungguh pun begitu, pengalaman meneroka tempat2 tersebut sememangnya more than words can say. Really worth it!.

13.12.13 ( Jumaat ) - Hari kesebelas

Hari ni kami takde perancangan pergi ke tempat2 spesifik, mgkin byk disebabkan oleh faktor dompet yang semakin menipis. Haha. jadi, bincang pya bincang, kami pun pergilah ke The National Museum, yg mana kosnya mampu bayar, BHT 200. Takde perancangan pun, balik lewat petang juga. Itu pun sbb nak laundry pakaian sbb esoknya kami akan bergerak pula ke Phuket. Kalu tidak, mgkin akan balik malam juga.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Bangkok, kami langsung tidak merasai pergolakan politik seperti yang diberitakan oleh media elektronik. Seperti biasa, senarai lengkap aktiviti dan bajetnya disertakan di bawah:-

Tukaran mata wang adalah RM 1 = BHT 9.62. Maksudnya RM 1204.94 telah digunakan sepanjang kembara ini. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang iaitu kembara ke Phuket dan Krabi. Bye...

No comments: