Friday, January 3, 2014

Hanoi

7 Dis 2013 (Sabtu) - Hari Kelima

Selamat sampai di Noi Bai Airport, Hanoi. Penerbangan dari Siem Reap hanya memakan masa selama 1 jam 20 minit. Tidak banyak yang boleh dilakukan kerana selepas check-in hostel, jam menunjukkan hampir pukul 11.00 mlm. Baik recharge bateri utk digunakan esok. Zzzzz...

Hostel ni lebih kondusif jika dibandingkan dengan hostel2 sebelum ini. Ada tv, peti sejuk, air paip tidak berbau karat, ada penyangkut pakaian di dalam bilik air, ada disediakan sarapan pagi dan berhadapan dgn hostel ini juga ada restoran India yang mensajikan makanan halal. Daripada 5 bintang, saya bagi 4 bintang.

8 Dis 2013 (Ahad) - Hari keenam

Jarak dari hostel ke Halong Bay adalah sejauh 160 km ke barat laut Hanoi dan mengambil masa selama 3 jam 30 minit menggunakan van. Kami menggunakan khidmat Alova Day Cruises. Perlu diingatkan, tempahan awal utk ke Halong Bay ini telah dibuat secara online dan bayaran yang dikenakan adalah USD 44, termasuk mkn tghari.

Indah khabar daripada rupa. Begitulah tanggapan aku terhadap Halong Bay. Mgkin sbb cuaca agak berkabus jadi keindahan batu kapur yang berusia ribuan tahun itu agak 'tenggelam'. Untuk rekod, pulau2 kecil yang terdiri daripada batu kapur ini dikatakan mencecah sehingga 2000 jumlahnya.

Cuba tgk formation batu kat atas tu. Dikatakan membawa tuah dan telah dicetak pada not VND 200,000. 

Pengunjung diberi masa selama sejam samada untuk berkayak atau ber'bamboo rafting' sambil meneroka gua2 di kawasan sekitar. 

Haa...gua kat Ha Long ni aku impressed. Cantik tapi batuannya telah mati. Sejuk dan tiada kelawar di sini. 
Jadi, itulah aktiviti kami 1 hari ni. 3 jam 30 minit pergi dan 3 jam 30 minit balik, sampai Hanoi dalam jam 8.00 mlm, semua kebuluran dan kami melantak kat Khazaana Indian Restaurant, yg terletak depan hostel tu. 

9 Dis 2013 ( Isnin ) - Hari ketujuh

Hari ni jalan2 sekitar Hanoi je. Ronda2 menggunakan Green Taxi dengan kos USD 2.5. Namanya pun "Green", jadi tak menggunakan bahan api la sebaliknya menggunakan bateri yang dicas. Petangnya pula, lawatan sambil belajar ke Vietnamese Women's Museum, disambung dengan Water Puppets Show dan diakhiri dengan membeli souvenir. Perlu anda ketahui, makin nak tutup kedai, makin senang tawar-menawar.

10 Dis 2013 ( Selasa ) - Hari Kelapan

Hari ni pula flight kami ke Bangkok pada jam 9.10 pagi dan berakhirlah kembara kami di bumi komunis ini.


Kos keseluruhan ialah 141.6 x 3.33 = RM 471.53. Tak sampai RM 500.00.

** Masa Vietnam adalah sama dengan masa Cambodia, iaitu 1 jam lewat dari Malaysia.
**Penggunaan Dollar juga agak meluas di sini. USD 1 = VND 20,000.

Kalau ada soalan, feel free to write in the comment box.

No comments: