Saturday, December 22, 2012

Kia Ora (North Island)

Perjalanan selama 10 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Middle Earth ini hanya akan berbaloi sekiranya anda meluangkan masa lebih dari seminggu. Sekiranya kurang dari tempoh itu, anda hanya akan sakit belakang kerana duduk lama dalam flight dan mesti tidak byk tempat menarik yang dapat diterokai. 

Penulis bersama dua orang rakan sekerja meluangkan masa selama 22 hari bersama Kiwi Experience. Pas yang diambil ialah Funky Chicken dan perjalanan merangkumi North Island dan South Island. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Kiwi Experience ini, anda boleh la melayari www.KiwiExperience.com untuk maklumat lanjut. 


Hari Pertama- 21 Nov 2012 ( Auckland - Hot Water Beach ) 

Hmm...Semua backpackers pun buat hal masing2 dan tidak bercakap. Duduk, membaca buku ataupun merenung keluar tingkap bas. Driver Guide yg memperkenalkan diri sebagai Vaughn membuat beberapa aktiviti ice-breaking di dalam bas seperti pertandingan mengangkat orang antara bahagian kiri dan kanan tempat duduk bas. ( Alah...macam konsert tu. Penyanyi akan menjatuhkan badan dari pentas dan diangkat beramai-ramai oleh peminat dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Cuma ini dari depan ke belakang bas). Dapat bayangkan tak?...Ok juga sbb slps tu baru lah mesra sikit keadaan dalam bas. Aku pun dapat berkenalan dengan 4 orang yang berasal dari UK, Queenstown dan Kanada. 

Hot Water Beach tersenarai sebagai salah satu daripada 10 pantai terkemuka dunia oleh Lonely Planet dan biasanya pengunjung yg ke sini akan menggali pasir pada waktu air surut untuk membina kolam air panas sendiri. Tarikan yang lain ialah Cathedral Cove yang mana tempat ini menjadi lokasi filem The Narnia: Prince Caspian. Malangnya, atas sebab teknikal dan 'language barrier' (hahaha), kami tidak ke Cathedral Cove. Huhu (sedih!).

 Tpaksa ambik gmbr dr internet sbb tak ke sini. 


 Hari Kedua- 22 Nov 2012 ( Hot Water Beach - Waitomo )

Wai bermaksud air, manakala tomo bermaksud gua, di dalam bahasa Maori. Jadi, Waitomo bermaksud gua yang berair. Apa yang uniknya gua-gua di sini ( Gua Ruakuri dan Gua Aranui ) ialah dinding gua dihiasi oleh cahaya "glowworms". Glowworms yang terdapat di New Zealand ini dipanggil Arachnocampa luminosa. Harga tiket ialah NZD 39 dengan Kiwi Experience, manakala harga biasa ialah NZD 48. Jimat NZD 9. ( 39 x 2.57 = RM 100 ).

  Sekali lagi, sbb tidak dibenarkan mengambil gmbr di sini, 
terpaksalah penulis menciplak gambar dari sumber yang boleh dipercayai. 


Hari Ketiga-  23 Nov 2012 ( Waitomo - Rotorua )

Rotorua juga dikenali sebagai Bandar Sulfur, Roto-vegas dan Rotten-rua manakala Maori menamakannya sebagai Whangapipiro (Fong-a-pe-pero) yang bermaksud "evil-smelling place" ( pandai-pandailah tukar ke Bahasa Melayu ). Yeah...trip ni mulai happening daripada sini. Petangnya kami ke Skyline Skyrides untuk menaiki Luge. Harga tiket utk Gondola return + 2 luges = NZD 30. ( 30 x 2.57 = RM 77 ).

Malamnya, kami ke Tamaki Tours Hangi and Concert. Hangi adalah makanan Maori yang dimasak dalam tanah menggunakan stim panas semulajadi. Wah...jumpa nasi buat pertama kali di NZ. Hebatnya menyaksikan Haka di depan mata walaupun tak faham bahasanya. Hmm..hairan juga dengan pengaruh Maori yg kuat ni padahal statistik menunjukkan kumpulan etnik Maori hanyalah 9.7% daripada populasi seramai 4,436,106 penduduk NZ. 


Hari Keempat & Kelima- 24, 25 Nov 2012 ( Rotorua - Taupo )

Sebelum meninggalkan Rotorua, kami singgah sebentar ke Te Puia, taman terma yang dilengkapi dengan geiser ( pancutan air panas ), lumpur menggelegak, Pusat Kraf dan Kesenian Maori dan rumah burung Kiwi. Walla...pemandu pelancong yang bertugas, Eddie aka Edward begitu menarik perhatian ramai gadis dr Kiwi Ex termasuklah ...( seriously bukan mak...U know who U are...Hahaha). Sehinggakan video dan gambar dimain entah berapa kali. ( Harga tiket masuk Te Puia ialah NZD 25.50 // RM 66 ).

Memandangkan jolokan utk Taupo ni ialah Adventure Capital Of The North, maka kami mulakan hari pertama dengan aktiviti Huka Falls Jet Ride. Kesempatan bermalam 2 mlm di Taupo digunakan sebaiknya dengan mencuci baju. Hehe. Barulah kami bertiga belajar menggunakan mesin "laundry" yg secara otomatiknya dapat mengeringkan baju. Terus boleh pakai U. Hahaha...Jakun sekejap. Ye lah..mana ada kat Malaysia mesin sebegitu. Paling2 mesin basuh tu cuci dan kering tetapi kain2 tu perlu jg dijemur. Tidak kering sepenuhnya. Masih lagi lembap2. Hahaha...( Harga tiket utk  Huka Falls Jet Ride = NZD 109 //  RM 280 ).

Oh ya, Skydiving Taupo juga menawarkan harga termurah berbanding tempat2 lain di NZ iaitu NZD 249 bagi 12,000 kaki dan NZD 339 bagi 15, 000 kaki. Anda juga akan mendapat layanan VIP dengan menaiki limosin dari tempat anda menginap ke Lapangan Terbang Taupo. Hehe. Walaupun murah, kami bertiga tidak bercadang utk Skydive di sini kerana bercadang melakukannya di Queenstown, kerana menurut kawan yang pernah belajar di NZ, aerial view di Queenstown lagi cantik, menarik, tertarik da bomb . Sekiranya anda menempah melalui kaunter X-Base Taupo, anda boleh mendapat sehingga NZD 200 shj. Wow...murah tu..Tidak hairanlah sentiasa kedengaran bunyi kapal terbang kecil berlegar-legar di ruang udara. 

Keesokannya, kami sekadar berjalan2 sekitar bandar Taupo, ambil gmbr, cari bekalan makanan dan pergi Warehouse, mencari pepper grinder. Haha..jauhnya mencari pepper grinder. Nasib baik dekat Krismas. Byk sale

Hari Keenam- 26 Nov 2012 ( Taupo - River Valley ) 

Otw ke River Valley, singgah sebentar dan makan tengahari di Taman Negara Tangariro           ( Taman Negara Tertua di NZ, satu daripada tiga kawasan Warisan Dunia NZ and the fourth one created in the world! ). Byk tempat drpd filem "Lord of the Rings" trilogi dilakonkan di sini. Perjalanan ke air terjun mengambil masa selama 45 minit...tp kami mengambil masa lebih dr itu sbb byk berhenti berposing. Hihi..dan kerana kepenatan dan kelenguhan betis, aku tertidur dalam bas dengan nyenyaknya tidak lama selepas itu. Zzzzzz...haha. 

River Valley, dikelilingi oleh gunung- ganang, agak terpencil tetapi cantik. Air sungainya begitu sejuk, sehingga ke tulang sum2, namun ada juga yang cukup berani mengambil kelas 'diving'. 

Hari ketujuh- 27 Nov 2012 ( River Valley - Wellington ) 

Wellington terletak betul2 di lingkaran gempa bumi. Gempa bumi terbesar yang pernah direkodkan ialah pada 1855 dan berukuran 8 pada skala Richter. Byk aktiviti seismik yang berlaku disini dan tidak hairanlah sekiranya anda berasa gegaran sepanjang berada di sini. Penulis jg ada berasa gegaran ketika sedang bersantai2 di atas katil menunggu kawan bersiap sebelum keluar check-out. Ketakutan juga memandangkan bilik berada di tingkat 8, tingkat atas sekali. Yg peliknya, kelam kabut kami keluar, tapi masih menggunakan lif. Haha..Tak larat mak mengangkut beg yg berisi muatan selama 3 minggu menuruni tangga. 

Kebetulan pula, esoknya adalah hari tayangan perdana dunia untuk filem The Hobbiton. Khabarnya Prince William pun ada dtg. Kemeriahannya sangat dapat dirasai melalui poster2 di tiang2 elektrik dan dinding bangunan, jalan raya utama disekat, hotel penuh dengan peminat dari serata NZ, peminat berkhemah dan bermalam sepanjang red carpet dan pelbagai lagi. 


Senyum lebar lps dapat makan Kuey Teow goreng ye...Haha

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Biar puas makan western food, makanan Malaysia tetap terbaik!. Ye haaa..kami begitu gembira bila berjumpa restoran Cinta Malaysia Kitchen. Apa lagi?. Penulis melantak Kuey Teow Goreng manakala kawan memesan Nasi Goreng dan Teh Tarik. Walla...sungguh nikmat!. ( Kuey Teow NZD 11// RM 28 ). 


Hari Kelapan - 28 Nov 2012 ( Wellington - Picton ) 


Hari ni check-out seawal pukul 6.30 pagi untuk menaiki feri ke Picton. Maksudnya, hari ni kami akan meninggalkan North Island dan menyambung perjalanan ke South Island. Feri dijadualkan bertolak pada pukul 8 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Tiket feri berharga NZD 53 // RM 136 sehala. Masa ni muatan kapal seramai 940 penumpang, tidak termasuk lembu2 yg dibawa di tingkat paling bawah kapal. Kapal 10 tingkat ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti cinema, gimnasium, bar, kafe, tempat kanak2 bermain dan pelbagai lagi.

Selamat tinggal North Island...Bye bye pemandu pelancong Vaughn. Kami akan merindui mu.

4 comments:

MiN said...

gambar banyak lg yop.. sure lagi gempaq.. semesti terhibur gak dengan cerita nih.. sbb very the adventures tul bg aku..

Si Yoyop Bah... said...

Line lembap mcm siput babi. Take hours to upload just 1 pic.

norzah said...

Saya telah baca bahagian kedua dulu. Bahagian pertama ini tak kurang menariknya dari segi informasi mengenai Kiwi Experience yang saya rasa lebih menakjubkan untuk menjadi judul. Kenapa anda pilih Kiwi Experience...apakah kerana tertarik dgn gambar lelaki Maori yang besar2 dan tegap? Ini boleh menjadi topik yg menarik dan lucu....

Gambaran perjalanan dan lawatanan semuanya cukup laju dan licin. Bila begitu impression yang tinggal dikepala pembaca selalu kabur kecuali ada satu2 hal yang melucukan. Kejadian dlm bas bagi saya amat menarik tapi terlalu sikit. Naik Luge tidak diceritakan walaupun dikatakan 'mulai happening'. You raised my expectation but did not satisfy it.

Namun cara bercerita as a whole, I like, dan menambat minat. Pengalaman bash baju sendiri kat laundemat itu misalnya boleh disulam dengan perbuatan yang melucukan - making a fool of oneself for fun. Keadaaan kelamkabut nak tinggalkan hotel juga boleh jadi bahan menarik jika digambarkan sewajarnya.

Komen2 itu hanya untuk perhatian kerana saya sendiri mungkin tak dapat menulis sejelas yang sdri lakukan dalam rencana ini. I enjoyed very much reading it.

Zainal bin Ahmad said...

Good info. TQ