Thursday, December 27, 2012

Kia Ora ( The journey back )

Ini adalah kesinambungan dari Kia Ora ( South Island ).  


Hari keempat belas- 5 Dis 2012 ( Queenstown - Christchurch )


Bermula hari ini, perjalanan akan mula bergerak dari South Island menuju ke North Island melalui East Coast. Jika dibandingkan, pemandangan di East Coast agak kurang menarik berbanding West Coast di mana muka buminya lebih tandus, gunung ganang dan padang rumput berwarna coklat. Sangat berbeza dengan pemandangan di West Cost yang lebih hijau dengan hutan pine, gunung mbiru dengan puncak diselaputi salji dan padang ragut yang begitu subur dan hijau. Teringat kembali kata2 Driver Guide sebelum ini, "baik sediakan buku utk dibaca sbb pemandangan tak cantik". Yes, you are right Guy Cann. 

Sbnrnya, aku agak kecewa la sbb perjalanan sblm ini dari Greymouth ke Queenstown dan dari Queenstown ke Christchurch pun aku tak nampak bayang Mt. Cook. Mt. Cook adalah puncak tertinggi di NZ pada ketinggian 3,754 m ( tinggi sikit Gunung Kinabalu la ). Ada sj awan tebal yg menutup puncak Mt. Cook. 

Hr ni Driver Guide kami seorang perempuan. Respect aku bagi seorang perempuan yg dapat memandu bas besar berkapasiti 44 orang. Mgkin sbb kerja ini lebih didominasi oleh seorang llki atau mgkin jg sebab aku tak boleh bawa bas besar ( sbnrnya belum dapat peluang bw bas besar ). Tapi, keadaan di dalam bas agak bosan... mgkin kerana ramai penumpang baru ( penumpang lama masih lagi di Queenstown ). Sbb bosan, aku lebih byk tidur dlm bas. Nak bjaga, pemandangan tak mengujakan pun, disamping menjaga mata dari menonton filem 18SX yang ditayangkan dlm bas. Haha. Takde FINAS menapis wayang American Pie, dan byk lagi yg aku dah lupa tajuknya.

Agak gersang dan tandus, tp bunga2 liar tu cantik kan?. 

Sepatutnya dpt tgk Mt. Cook dr Lake Pukaki ni, tapi...tgklah awan yg tebal tu...

Menginap di At The Right Place, penginapan kami yg paling mahal spjg di NZ ( utk level backpackers la...). Haha...NZD 43 // RM 111. Kan kami kurang belanjakan duit kat penginapan tp lbh kepada aktiviti...

Nasib baiklah 1 mlm ja kat Christchurch. Takde apa yg menarik selain dr kesan runtuhan bangunan akibat gempa bumi, Untuk pengetahuan, pada 11 Feb 2011, Christchurch mengalami gempa bumi pada 6.3 skala Ritcher dan byk mengorbankan nyawa. Angka sebenar korban nyawa lupa lah pulak. Dan inilah satu2nya gmbr yg diambil semasa berjalan2 di Botanical Garden...




Hari Kelima belas- 6 Dis 2012 ( Queenstown - Kaikora ).


Bertukar lagi Driver Guide yg baru, Scotty aka Nancy Boy. Byk ckp...tp mcm gangguan pada telinga ku. Haha..mgkin sbb dialeknya yg aku susah faham, atau mgkin sbb dia kurang menarik bbdg Guy dan Vaughn. 

Terdapat 2 aktiviti yang utama di Kaikora. Pertama, berenang bersama dolphin ataupun menyaksikan aksi akrobatik dolphin dari spesis Dusky. Kedua, Whale Watching. Memandangkan aku dan Linda tak seberapa dengan aksi "kuak lentang" kitaorg, kami memilih utk melihat paus. Lim yg agak terer berenang, memilih utk swim with the dolphin. ( Kos Whale Watching NZD 145 // RM 373 ).

Ikan paus yg kami perhatikan adalah dari spesies Sperm Whale. Sperm???. Yeah, namanya berasal dari lendiran putih yg banyak di jumpai oleh pemburu paus New England sekitar kurun ke 18 dan 19, yg menyerupai sperm di bahagian kepalanya yg besar. Saiznya menyamai 4 ekor gajah dan merupakan karnivor ke empat terbesar di muka bumi ini. Kalau gigi saja pun boleh mbesar spjg 20 cm dan seberat 1 kg, tak dapek den nak mbygkan besaunya Blue Whale ( e eh...psl pulak tetibo berbahaso neghori den nih? ), karnivor yg terbesar di muka bumi.


Hari Keenam belas- 7 Dis 2012 ( Kaikora - Picton - Wellington ) 

Laluan yg sama dilalui pada hari ketujuh pengembaraan di bumi Hobbit, cuma dari arah yg berbeza. Kalau sblm ni setiap pelusuk kapal diteroka, kali ni aku tidak seteruja seperti sblm ni. Lbh baik cas tenaga fizikal. 

Sblh kiri ( jejaka bspek hitam ), Zzzzz...sblh kanan buat2 tinguk tv. Haha

Umpama budak2 dapat gula2, begitulah jg perumpamaannya dgn kami, suka dpt balik semula ke Wellington. Knp?. Ada restoran Malaysia maa...Semenjak di Franz Josef lagi kami sdh merancang menu yg hendak dimakan setibanya di sini. Haha..Aku memesan Wantan Ho, Linda memesan Char Kuey Teow + teh tarik dan Lim memesan nasi + Honey Chicken. Bagaimanapun, sbb terlalu lapar, takda sesi mgambil gmbr mknn sblm mkn. Sampai je mknn ke meja, Bismillahirrahmannirrahim...terus ngap. Tak sempat pun baca doa mkn.

Hari Ketujuh belas - 8 Dis 2012 ( Wellington - Taupo ). 

Sblm ni kami sdh bermlm 2 mlm di X-Base Taupo, kali ni bermlm 1 mlm kat Urban Retreat Taupo pula. Hehe. Aku gembira seperti kanak2 yg dapat aiskrim pula bila semua pengunjung diberikan perkhidmatan internet free selama 1 jam. 20 minit bagi satu sesi. Maklumlah, gmbr2 skydiving hari tu belum sempat tgk lagi. Smart phone aku pun tak dpt wifi sepanjang berada di NZ. Bukan smart phone aku je, smart phone Linda pun sama. Bukan sbb masalah setting. Ntah apa yg tak kena. Nak jg beli sim-card sana baru bernyawa semula operasi watsapp, FB, dsb. Mbuak2 rasanya bila tak dpt update status. Jd, bila dpt update status, free lagi tu, tidak keterlaluan kalau digambarkan seperti mati hidup semula. Haha. 

Hr ni, aku buat aktiviti yg aku missed buat hari tu iaitu tgk sunset over Lake Taupo. Mataharinya tenggelam dlm pukul 8.30 mlm. Mlmnya sungguh pendek. Pkl 5 pg dah terang.Ye lah, summer katakan...



Hari Kelapan belas - 9, 10, 11 Dis 2012 ( Taupo - Rotorua - Auckland )

What a long day!. Punya jauh perjalanan. Smpi Auckland ptg tu cari mknn dan rehat dlm bilik je, plan apa nak dibuat esok. Nasib baik kat bwh hostel ada jual kebab yg Halalan Toyyiba, di jual oleh orang Timur Tengah. Perghh...sedap tak terhingga. Harga NZD 10 // RM 26. Boleh 2 kali mkn sbb saiznya begitu besar. Mcm 2 hari berturut2 aku makan menu yg sama. Puas2 mkn sblm balik Msia. Takut tak jumpa kebab sesedap itu. Pekerja Kebab tu pun mcm dah kenal muka aku. Dlm 1 hari, 2 kali aku dtg mbeli Queen Kebab. Haha

Esoknya, kami buat Auckland Bridge Climb. Harga NZD 120 // RM 308. Aku tak berapa teruja dgn aktiviti ni sbb overallnya berwarna dull, besar dan kami kelihatan seperti pekerja pembinaan memakai sut itu. Siap terikat sepanjang jambatan. Mcm tahanan Teluk Guantanamo pun ada jg. Haha. What do you think?.


Auckland Bridge Climb di sebelah pagi, dan SkyJump di sebelah ptg. 

Standing tall at 192 m, SkyJump was the New Zealand's Highest Jump. The view was unbelievable, the thrill unbeatable and the experience unforgettable. Walaupun takut, aku pura2 berani. Prinsip aku bila melancong ialah, bila melibatkan membeli-belah, "biar mnyesal beli, jgn menyesal tak mbeli". Bila melibatkan aksi, "biar menyesal buat, jgn myesal tak buat". Sekurang2nya bila dah buat, aku dpt bercerita kat org lain bagaimana rasanya derauan adrenalin itu. Fear just temporary, achievement is permanent!. Yes, I DID IT and it is proved that I'M NOT CHICKEN AT ALL. 


Hari Kedua puluh- 12 Dis 2012 ( Auckland - Kuala Lumpur )


Berangkat dari Jean Batten Terminal pada pukul 1.00 pagi waktu tempatan dan slps 10 jam 30 min berada di ruang angkasa, kami bertiga sampai dengan selamatnya di KLIA pada pukul 7.30 pagi waktu Malaysia. Berakhirlah sebuah pengembaraan yg sungguh istimewa, di bumi yg indah khabar indah rupa dan setiap detik dilalui bakal terakam dalam memori buat selama-lamanya...

6 comments:

Anonymous said...

best!..rasanya spt terlibat skali dlm pengembaraan korang..kalu ada lebih gmbr lg dselitkan dlm tiap 'check point' mgkin lg klimaks org mbaCA..apapn jeles ngn pengalaman korang..hehe..next holiday mana lg??..

Si Yoyop Bah... said...

Hehe..siapa gerangnnya anonymous ni?. Ada sbb knp gmbr setiap check point dselitkan. Sbbnya, takut page ni 'berat' dan susah dibuka. Tp cdgn akan dpertimbgkan utk ms akn dtg. Terima kasih krn sudi mbc dan komen. Ke mana lps ni?. Setakat ini biarlah rahsia. Tunggu je nukilannya dlm entri yg akn dtg.

Si Yoyop Bah... said...

oppss...ralat komen. Ada sbb knp gmbr setiap check point TIDAK dselitkan. Hrp mklum.

norzah said...

penulisan yang sudah cukup hebat dengan deskripsi, komen, renugan dan jenaka yang menarik. Paling memuaskan ialah peta NZ yang disertakqn untuk memudahkan mengikut perjalanan dari satu tempat ketempat lain.

seronok sekali membacanya dan tidak ada apa2 cadangan lain yang dapat dibuat. U sudah sesia untuk menjadi travellogger yang pro. takniah.

MiN said...

hebattsss.. i like this entry.. jeles weiii.. geram.. semuanya ada sbb i tak leh nak folo.. :D .. ishh

sd. said...

20 days in nz? owh my. jelles!