1. New Zealand.
Tidak seperti Dubai yg cantik kerana buatan manusia, NZ negara yg cantik secara semulajadi. Terdiri daripada gunung-ganang yg dikenali sbg Southern Alps, dikelilingi laut iaitu Laut Tasman di sebelah Pantai Barat dan Lautan Pasifik di sebelah Pantai Timur, byk tasik, hutan, tanah rata dan termasuklah gempa bumi.
Tidak kurang juga jika dibandingkan dengan Malaysia. Banjaran Titiwangsa yg menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia dengan Gunung Tahan sebagai puncak tertinggi, tidak lupa Banjaran Crocker dengan Gunung Kinabalu di Sabah, Laut Cina Selatan yg mengelilingi Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak, byk tasik, hutan, tanah rata dan lebih baik lagi, Malaysia tidak terletak dalam lingkaran gempa bumi. Tapi apa yg kurangnya Malaysia?. Keindahan semulajadinya kurang terjaga. Sungai2nya bersampah dan sekeruh air teh tarik. Ada sesetengah tempat terutama di luar bandar, yg menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah atau tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai tempat membuang mayat. Sejujurnya, aku tidak berani minum air paip di Malaysia jika tidak dimasak terlebih dahulu. Tidak ingin menanggung risiko disebabkan E.Coli dlm air tercemar. Tetapi aku, 2 org kawan ku, Lim & Linda, serta penumpang Kiwi Experience yg lain minum je air paip. Refill je botol minuman Pump, dan itulah minuman kami kadang2. Alhamdulillah, tidak mengalami apa2 kompilasi akibat daripada pengambilan air paip yg tidak dimasak itu.
2. Pelaksanaan Kitar Semula.
Bagaimana pelaksanaan Kitar Semula di Malaysia?. Kebelakangan ini, semakin bagus dan semakin meluas. Amat ketara pada hari Sabtu di mana bayaran sebanyak 20 sen dikenakan bagi sehelai beg plastik di pasaraya seluruh Malaysia. Adakah Kempen 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) kita benar2 diamalkan oleh setiap peringkat dan setiap kawasan?.
Semasa mengunjungi Jepun pada 2005, aku kagum dengan sistem yang dijalankan untuk menjaga kebersihan persekitaran mereka. Contohnya, hari isnin hanya sisa organik sahaja yang akan dipungut oleh pekerja Majlis Perbandaran, hari selasa pula, khas utk sampah dari kertas, manakala hari rabu untuk logam dan kaca. Begitu juga halnya dengan di NZ. Setiap communal kitchen menyediakan 4 tong sampah, iaitu untuk kertas, kaca, logam dan sisa organik. Kertas, kaca dan logam untuk dikitar semula dan sisa organik untuk makanan babi. ( Haha. Aku turut menyumbang menggemukkan babi di sana dengan membuang pai sayuran sejuk yg tak sedap dan sukar dihabiskan ). Adakah kita sudah berada di tahap itu?. Rasanya tidak. Di mana silapnya?.
3. Alcohol Ban Area
Sign ni aku ambil dr Inet je tp kawasan awam di NZ mmg merupakan kawasan larangan meminum alkohol. Oklah kan?. Cukuplah sekadar mabuk di dalam bar...tidak di kawasan awam. Hehe. Lagi tegas larangan ini di Queenstown. Pemeriksaan dari bilik ke bilik kalau2 ada penginap yang minum minuman beralkohol dlm bilik. Sekiranya didapati, hukuman akan dikenakan. Kalau tidak silap, penjara 1 hari atau denda NZD 200.
Contohnya di Jepun. Tiada larangan minum alkohol di tempat awam. Akibatnya, kita boleh tengok muntah berteraburan kat stesen keretapi. Ada la pekerja yg mbersihkan muntah tu keesokan harinya. Tak hairan jg kalau ada yg tidur di mana2 sbb terlampau mabuk. Walaupun hanya sebilangan sahaja yang minum minuman beralkohol ni di Malaysia, ok juga papan tanda ni di pasang di luar bar kan?.
Entri kali ni bukan bertujuan untuk membanggakan negara lain dan mengecam Malaysia. Ia lbh kepada cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di Malaysia berdasarkan pemerhatian sepanjang berkunjung ke negara orang.
Memandangkan entri kali ni adalah yang terakhir ditulis pada tahun 2012 ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dengan harapan Peliharalah Bumi Kita, Amalkanlah Reduce, Reuse dan Recycle serta Jgnlah Sesekali Minum Minuman Beralkohol kepada yang Muslim dan kpd peminum alkohol, Janganlah Minum Minuman Beralkohol di tempat awam. Peace No War. Wassalam...
2 comments:
elok jugak ko tulis entry cenggini.. yaa.. mmg bukan utk mengecam.. tapi kita kena lihat dari segi penambahbaikan.. setuju dengan all your points :D
Saya suka sekali tulisan kritikal begini, ada puji ada hentam sikit mana yang patut. Yg penting honesty, datang dari hati suci. Muga2 banyal lagi tulisan seperti ini. Kalau dikumpul memang boleh dibukukan nanti. Selamat menyambut tahun 2013.
Post a Comment