Monday, October 31, 2011

Aku Yang Kehilangan...

Sedih, teramat sedih dan terpaksa redha dgn pemergian makcik tersayang, Allahyarhamah Rapiah Bt. Burairah (atau dipanggil Nyanya) ke rahmatullah pada 24 Okt 2011. Masa 'pemergian' yang sebenar tidak diketahui. Hanya diketahui selepas tidak bangun2 untuk solat subuh. Sebenarnya aku pun mengetahui berita ini pada 29 Okt, melalui message FB. Ini kerana tidak ada talian telefon sepanjang berada di Beijing dan Bangkok. Tidak banyak yg dapat dilakukan kerana sedang berada di Bangkok sebelum bertolak ke KL petangnya dan Tawau keesokkan harinya. Nasib baik sempat juga menghadiri kenduri arwah hari ke tujuh.

Sesampainya di rumah, hati bertambah sedih dan sayu bila terbayang2 katil tempat dia berbaring, makanannya yang tidak habis dimakan dan barang2 kepunyaannya. Selama 2 hari, air mata mmg susah utk dibedung. Tapi adalah lbh baik Nyanya 'pergi' drpd hidup sakit menderita.

Kenapa aku begitu sedih?. Sbb dialah yang menjaga kami adik-beradik sewaktu kecil, memasakkan makanan untuk kami, mencuci pakaian dan segala macam jenis kerja la. Tambah sedih bila mengenangkan nasibnya yang juga tidak sebegitu 'baik' berbanding org lain tp seolah tidak pernah merungut. Di saat akhir hayatnya pun masih tidak tinggal solat dan mengaji. Patutlah jenazahnya dikatakan seperti sedang tidur dan begitu putih bersih.

Mataku pun sdh mula berkaca. Didoakan semoga arwah Nyanya akan akan lebih berbahagia di 'sana', ditempatkan bersama ahli2 Syurga. Amin, ya rabbal alamin.

Sesungguhnya kami semua sangat merindui Nyanya.

4 comments:

rambomadonna said...

YY, terkejutnya aku dengan berita ini dan tiba2 aku pun rasa sedih (mata sudah berkaca ni)... Takziah aku ucapkan pada kau sekeluarga ... aku dapat rasa kesedihan kau sebab walaupun pertemuan aku dengan Nyanya tak banyak and lepas tu singkat2 tapi betul kata kau, dia tidak pernah merungut dengan kekurangan dirinya. Syukur sangat kamu sekeluarga menjaga dia dengan baik dan menyayangi dia sepenuh hati.

Ingat aku dia yang excited jumpa aku di KL and dia jugak yang excited bungkus "tapau" dari tawau untuk aku bawak balik dulu hehehe

Memek lah mesti paling terasa kan? sekarang Nyanya dah takde and sebelum tu arwah Pak Subi. Nasiblah cucu-cucunya ramai.

Maria Maya said...

As'kum Yop, sedih cil baca apa yg ko tulis psl nyanya tu. Begitu lah yg Cil rasa masa ko msg di FB Cil tengahari tu. Habis jak sembahyang Zohor Cil pun on9 laa tp ndak sangka pulak ada msgmu mengasitau yang Nyanya sdh meninggal.(Tp bunyi msgmu tu Cil tau yg ko pun sebenarnya baru dpt tau jugak kan..?)Ya Allah Yop kelam kabut Cil menelefon dorg di Tawau tp Nek Andakmu pun ndak tau apa2.. smpai menangis dia bila dengar berita tu. Ndak senang ati, Cil call si Unding@ si Mindik di Merotai tp dia pun ndak tau! Aduiii.. seksanya rasa time tu! Cil pesan jak sama dia kalau dpt pi Tg.Batu hari 2 jgk.. Yalah katanya. Rupa2nya dia call Kak Kok.. Kak Kok ckp Nyanya meninggal hari Isnin lagi.. sori gak kata Kak Kok sebab ndak ingat sudah mau mengasitau.. sedih Cil Yop.. Nyanya mmg baik sangat2 orangnya.. kalau dia b'cakap dgn Cil lembut jak nada suaranya. Kalau Cil datang tidur di tempat kamu dulu dia lah orang yang akan layan Cil b'bual,tempat Cil mengadu dan b'cerita apa2 hal pun..Tidur pun mesti dengan Nyanya. Dia selalu selimutkan Cil bila dia terbangun untuk sembahyang subuh. Bila masuk waktu dia mesti tegur Cil, "Cil, ndak sembahyang Cil.." Dan yg paling buat Cil sedih, Cil ndak sempat jumpa dia.. ndak sempat Cil mau kasitau dia yg Cil sdh sembahyang mcm yg dia suruh dulu..

norzah said...

Alfatiihah....tentunya ruhnya akan ditempatkan pada tempat yg mulia. Amin.

MiN said...

Al-Fatihah.. aku kurang mengenalinya.. namun.. aku dapat merasai kesedihan yang hadir dalam keluarga ko..