Thursday, September 22, 2011

Atlit rupanya...

Female Athletes- No. 6

Diam-diam atlit rupanya. Hehe. Surprise!!!. Selepas 3 kali menolak tawaran ini, akhirnya aku terjerumus juga ke kancah SEA GAMES (11- 22 Nov 2011, Indonesia). Asalnya ditolak kerana memikirkan tanggungjawab terhadap anak bangsa yang bakal menduduki SPM pada masa yang sama di samping perancangan 'merayau' sedia ada yang tinggal menunggu masa saja untuk dilaksanakan. Akibat daripada menerima tawaran 'once in a bluemoon' ini, aku menjadi superbusy. Jadual 'hidup' aku berubah sedikit dan masa 'berfoya-foya' menjadi lebih padat. Bermula sekarang, aku 'berkhidmat' untuk agama, bangsa dan negara sehingga sabtu. 23 -30 Okt aku akan pergi ke Beijing untuk Lawatan penanda aras sekolah vokasional di sana bersama beberapa orang pegawai pendidikan Bahagian Teknik & Vokasional, 1-7 Nov akan menjalani pelbagai jenis latihan intensif, persediaan, perkampungan sukan dan sebagainya, 8-22 Nov bertolak ke Jakarta, menjalani sesi pemilihan peserta akhir dan pertandingan, 24 - 28 Nov akan ke Bangkok dan skydiving di Pattaya, 29 Nov - 4 Dis akan mengunjungi kenalan blog di JogJakarta dan akhir sekali, 4 - 11 Disember akan berada di Kota Kinabalu sebelum kembali ke pangkuan bantal peluk di Tawau. WOW!. I'm NOT complaining!. This is the way of life that I want. Mungkin penat tp aku ingin menikmatinya sementara boleh. Akhir kata, wish the best for me. Gracias....

6 comments:

rambomadonna said...

At least ndak rugi keluar modal besar utk Solmate. Tahniah Sigu hehehe...

Si Yoyop Bah... said...

Hehehe...Tq..tq...

Sya said...

bahhh yoppp... tahniah.. hehhehe.. bagus2.. moga sentiasa dimurahkan rezeki mu yop.. berjaya sentiasa.. :)

norzah said...

Dapat kurasakan bahawa impian hidup mulai menjadi krnyataan bagi dirimu Cikgu. Sehingga hujung tahun hidupmu nyata akan penuh dgn pegalaman hebat dan penuh cabaran seperti yg kamu hajati. Ku ucapkan tahniah dan moga-moga semuanya akan berjalan lancar serta menggembiraka.

However when you say by end of the year you'll be back memeluk bantal, sedih juga. Alangkah indahnya kjika eligatan itu akan berakhir dgn persandingan di atas pelamin dan penginapan di bridal suite. Oooops...itu mengikut idealisma seorang dreamer seperti saya. Saya cuma berharap ada buku saya yang dapat dicetak menjelang hujung tahun ini. Wishnyou all the best forbthe hectic time to come.

Si Yoyop Bah... said...

Hihihi...sedikit sebyk mmg tmakbul. asalnya dilakukan hya utk suka2 tp bila dah diiktiraf dan terpilih mewakili Msia, mmg BONUS la. I've got more than I asked for. Alhamdulillah...Bila rezeki, rezeki jg.
Psl pelamin, susah nak ckp. Bak kata pepatah, THE TRUTH IS SOMETIMES UGLY! Mgkin di satu bahagian sy lbh, di bahagian yg lain sy kurang. Ermm..all the best to U to. Tq 4 commenting...

MiN said...

yoppp.. bestttt.. congrats.. dapat wakil Malaysia negaraku tercinta.. a'ah.. macam jaime kata.. tak rugi beli solmate tuh :D ..

jadual tuh memang mabelesss..

agreed! mungkin di satu bahagian ko lebih dan kurang di bahagian yang lain.. tapi aku tak tau aku lebih kat bahagian mana.. lebih lemak aku rasa banyak aaaa..