Wednesday, January 19, 2011

Tiada Undi Tidak Percaya Dalam Pilihan Raya Cinta

Hehe...memandangkan akak dah kunci tajuk ini semasa berkonferens dgn Miss Tourism & Puan A, terpaksalah akak menggunakannya... Untuk makluman, entri kali ini khas buat anda berdua.
* Cerita sengaja ditulis dgn tidak terperinci bagi menjaga maruah mereka yg masih hidup.

Sejujurnya, akak mahu menulis segala cerita pahit yg dilalui minggu lepas, akan tetapi niat itu terpaksa ditangguhkan kerana tidak mahu membuka pekung di dada.

Yeah, sebelum ini penulis terasa begitu bahagia. Hidupnya indah dan seakan begitu sempurna. Semua berada dlm genggamannya. Lebih2 lagi setelah mengenali Jeng (bukan nama sebenar) yang memiliki hampir kesemua ciri-ciri jejaka impian akak. Sehinggalah pada malam ahad, 9 Jan 2011. Penulis menerima satu panggilan telefon, dr Abraham (bukan nama sebenar). Beliau ialah kawan baik Jeng. Abraham menelefon lebih dr sejam dan banyak menyebut 'keburukan' yang dilakukan oleh Jeng. Sangat banyak, mengejutkan dan merobek hati. Sebelum akak ke Mekah, mmg ada juga mendengar khabar2 angin berkenaan Jeng daripada seorang sahabat. Dan apabila akak bertanyakan kepada mereka, "kenapa kamu bagitau saya semua ni?". Jwb mereka, "sebab kau baik dan kami tidak mahu kau menyesal di kemudian hari". Dan sebenarnya, penulis pergi ke Mekah dengan hati yang sangat terluka...Tapi, hikmah di sebalik situasi ini ialah akak begitu mendekati penciptaNYA, mengadu padaNYA, meminta padaNYA, berserah padaNYA dan menangis padaNYA.

Untuk seketika, mmg penulis begitu sakit hati, tertekan dan sedih. Tapi, setelah difikir2, Past is Past. Lagipun, akak belum hadir dalam hidupnya. Jadi, akak tak berhak utk mengadili dirinya.

Rentetan dari hati yang luka parah dan berdarah, CHAIN REACTION berlaku. Akak melampiaskan stress dengan berjogging/workout. Yeah, baby yeah (say it like Austin Power). Badan begitu terasa ringan dan minda pun tenang untuk seketika. Satu hari tu, selepas memanjat bukit, selepas basah lencun dek peluh dan dalam perjalanan pulang ke rumah, penulis mendengar radio. Dan penulis menyanyi sekuatnya dalam traffik jam bahagian chorus...Lagu apa?. Click je link ni.. Lawak pula tgk fesyen time ni. Haha. Dan hikmah melakukan workout ini pula ialah, akak akan kurang makan. Nak minum air kosong je...Hehe. Jgn jeles, potongan kerengga. Tapi, sekejap je...

Dan minggu ini, selepas seminggu akak sedih2 sendiri, akak serahkan aje pada Tuhan. Yg penting, akak dah buat segalanya yang termampu untuk menyelamatkan keadaan. Dan untuk pengetahuan Puan A dan Miss Tourism, dia mula berhenti 'memberi nafkah, zahir dan batin', hehe...(saja nak exagerrate) bermula 2011. Sebelum ini, akak tak berpijak di bumi nyata. Bila akak tanya, katanya "stress at max level" disebabkan oleh keje. Ok, akak fahamlah dan akak tak nak tya mcm2 sbb akak kalau stress, agak mudah menempelak orang. Dan baru2 ini bdaynya. Akak sms wish dia bday sebaik bangun dari tidur pada jam 5 pg dan terus on laptop. Akak nmpk dia online dan terus 'tegur' dia. Tp dia tak balas. Dan pada mlm tu, akak call lagi utk wish bday, yeah...dgn nada gembira dia menjawab, "U R most welcome". Dan balik2 kata, "I miss U". Mgkin jg sbb bln ni, br 2 kali kami mendengar suara masing2...dan akak begitu happy mendengarnya. Dan selepas 1 min 30 saat dia kata, I'll call U back, because I'm driving". Oklah...dan guess what, he didnt call. And I guess, that's it. Selepas berkaunseling dengan 1-2 org, mereka mencadangkan, 'ko jgn call lagi, biarkan saja'. Dan itulah mungkin perkara terbaik yang mungkin patut dilakukan...

Do I deserve him?. Or Does he deserve me?. And "Have You Ever" by Brandy represents me.

3 comments:

rambomadonna said...

First and foremost, akak supriseeeee dgn lagu Akak Eton kiter tu ... very nostalgic. Ingatkan lagu org putih mana lah yang dipilih oleh penulis.

Disini akak nak memetik ayat kawan2 akak ... lelaki baik untuk wanita yang baik. So if he is your jodoh, takkan ke mana..

mummy anne said...

I think, for a relationship to work, you have to be yourself. Otherwise you're compromising your true self.

There a point in my life,where I wanted to do something, but was confused about whether I should go ahead? Mmmm... I think that's what life is about. Life is about working to those times. It's to do with you figuring out who you are until you really work out what it means to be happy.

all d best!

Anonymous said...

Setelah hampir seminggu membiarkan Hjh Sue Ela dan Miss Tourism ternanti-nanti komen, Pn. A tidak sampai hati membiarkan jantung mereka untuk terus copot menanti......Pn. A ingin memberi pandangan sebagai seorang wanita yang telah menjalani kehidupan bersama seorang lelaki SETIAP MALAM dan HARI.....sesekali kita kena bertegas dalam mempertahankan hak dan perasaan kita....jangan biarkan dari awal lagi dier mempermainkan perasaan, berikan peluang kepada orang lain yang mengambil berat terhadap diri kita.....walaupun u terpaksa menhadapi persaingan daripada pesaing2 lain, u kena tabah...itu adalah dugaan dalam merebut kebahagiaan. .....hi..hi....