Sunday, December 19, 2010

Go Beyond Borders - Part 3

14 Nov (8 Zul Hijjah)- Kami bergerak dari Mekah ke Arafah. Maksudnya, bermulalah sdh perjalanan untuk mengerjakan fardhu haji. Jarak dr Mekah ke Arafah hanyalah 14 km, tetapi memandangkan traffik begitu sesak dengan bas2 besar yang membawa jemaah, perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah (Labbaikallah hummalabbaik) ala2 nasyid Raihan. Hehe... Dikepalai oleh Hj Hazren, abang ipar penulis. Saja je nak mention kat sini...Haha. Confirm kombang kompis lobang hidung dia bila baca perenggan ni.

15 Nov (9 Zul Hijjah)- Penulis bangun seawal 2 pagi untuk bersolat tahajjud dan melakukan ibadat2 sunat yg lain. Maklumlah, pada hari ini, langit dibuka seluas2nya. Doa akan terus diangkat ke langit dan rugilah sekiranya peluang ini tidak diambil. Apakah yg didoakan oleh penulis?. Hehe. Biaqla rahsia..

@ Arafah

Mlmnya pulak kami bergerak ke Muzdalifah untuk memungut 70 biji anak batu, yang akan digunakan untuk melontar semasa di Mina nnt. Dan betullah seperti yang dikatakan oleh orang. Kesabaran amat penting sepanjang mengerjakan Haji. Selama lbh kurang 6 jam menunggu bas, ntah berapa kali penulis tertidur...MasyaAllah...

@ Muzdalifah. Kelihatan mereka pun tertidur juga.

16 Nov (10 Zul Hijjah) - Smpi di Mina dan hari ini Hari Raya Aidil Adha di Saudi Arabia, tp tak macam hari raya pun. Terasa begitu sedih hari ini kerana biasanya di pagi raya juadah sedap2. Pagi itu kami bersarapan Nasi Ayam tapi tak macam nasi ayam pun. Mungkin sbb Arab/ Bangla yang masak.

Kelihatan Ustazah Latifah mengucapkan Salam Aidil Adha kpd jemaah KT44

Ntahla napa hari tu penulis terasa begitu sebak. Mgkin sbb tinggal di khemah yg menempatkan lebih 50 orang dlm satu khemah, kena berkongsi 1 tandas dengan 85 org atau mungkin juga sebab teringatkan kampung halaman. Nasib baiklah kami di sini cuma 4 hari 3 malam, dan penulis sdh mula menghitung hari, tak sabar untuk kembali ke Mekah.

17 Nov (11 Zul Hijjah) - Hari ni Aidil Adha di sambut di Malaysia dan penulis agak kecewa apabila hanya menerima SMS dari kawan baik, Merlinda Jahpar dan Hj. Romzy. Mana wish dari mama ku, keluarga ku atau boipren ku?. Mana?. Mendidih juga dlm hati tak dapat call/sms dr dorang ni. Haha.

Seawal pukul 7 pagi, penulis bersama kakak dan abg ipar melontar di ketiga2 jamrah dan balik ke Mekah berjalan kaki. Jarak Mina-Mekah lbh kurang dlm 3.2 km (ikut GPS hp...Tp mcm jln sejauh 5 km). Penulis berasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Kenapa?. Barulah dapat mandi sepuas2nya dan sebersih2nya. Tak rasa bersalah mandi lama2 sbb takde orang menunggu di depan pintu tandas seperti di Mina.

You'll never walk alone...

Selesai solat zuhur di Masjidil Haram, penulis tawaf di tingkat yang paling atas sekali. Mmg sangat mencabar. Dah la parameter tingkat paling atas lbh kurang 300 m, di waktu matahari tegak di atas kepala..sebanyak 7 pusingan = 2.1 km penulis berjalan. Betis mula tegang semacam. Sambung pula dengan saei...jarak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah ialah lbh kurang 45o m, kalau 7 x berulang alik = 3.15 km.

Selesai Maghrib, kami pulang semula ke Mina berjalan kaki. Jadi, utk hari itu sahaja, penulis berjalan lbh kurang 12 km. Smpi ada blister sebesar 1/2 inci kat kaki dan terasa kaki begitu penat. Dalam perjalanan, hujan turun. Ini merupakan hujan kali kedua di bumi Mekah.

18 Nov (12 Zul Hijjah) - Tersedar semasa mdgr ceramah yg disampaikan hari ini yg mana isi kandungannya ialah:
1. Redha & sabar dengan keadaan yang ada spt tandas yg basic dan tempat tidur yg sempit. Sekiranya dugaan2 ini dapat ditempuhi, insyaAllah segala dugaan selepas ini dapat diharungi.
2. Tidak ada jemaah yang balik haji menjadi miskin, semuanya jadi kaya- rumah bertambah besar, kereta bertambah dan rezeki bertambah. Haa...bahagian ni penulis tersenyum2 sendiri.

Hari ni hujan turun lagi buat kali ketiga. Begitu lebat sehingga menghanyutkan tong air zam2. Trasa begitu bertuah dan dirahmati dapat merasa ketiga2 kali hujan di Mekah. Yelah kan, kalau kat Msia dah sgt biasa hujan turun. Tapi, kalau di Mekah ni, tu je lah 3 kali hujan untuk setahun.

19 Nov (13 Zul Hijjah)- Yahooo...hari ni balik Mekah.

Nntkan Go Beyond Borders - Part 4. Cerita berkisar selepas Haji dan bagaimanakah hubungan Hjh Suhaila dengan 3 jejaka yang dikenalinya di sana?. Saja bagi suspen. Haha. Tungguu...

8 comments:

Unknown said...

Alaaa .... x sempat kembang lah macm tu ... x grand langsung ....

sd. said...

waiting for epi 4 and epi 5.

;)

norzah said...

Yang sangat terasa dlm bingkisan kali ni ialah tegasnya dugaan dan cabaran yg mesti dilalui, berjalan sampai kaki melecek, menunggu bas, tunggu nak mandi ( apalagi nak buang dosa!), makan ala kadar biarpun dihariraya aidil adha, tinggal berjimpit-jimpit dlm kemah...

Ujian-ujian inilah yg tentunya menjadi ingatan, menjadi asas kekuatan iman, mendekatkan kita kepada Allah yg Mahamengetahiu semuanya. Patut diingat Dia sentiasa memerhati, mungkin tersenyum melihat kita mengeluh dan menyuruh malaikat menambah markah, hehehe. Laisa kamislihi syaian!

Takde pengalaman menarik waktu melempar jumrah ke? Waktu berjalan atau tawaf dalam panas terik? Mungkin akan timbul dlm part lain. Memang amat lancar cerita u, Hjh, rasa kasihan pun ada. Bukan kasihan..kasih. Nak tunggu apa jadi dgn tiga jejaka tu, sesudah tanggalkan ihram.

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha...kelakar pulak ayat, "mungkin tersenyum...mnambah marlah".

Tp Norzah, sy suka ketika llki memakai ihram...lbh2 lg yg muka caucassian, nmpak perut 6 ketul atau sekurang2nya takde perut. Tersenyum sendiri sambil tbyg2 muka Jaime dan kwn2 seangkatan. Hahaha

sun ah said...

kalu ada tag 'like' untuk komen, i'll tag 'like' to Norzah's. Sungguh, rasanya kesabaran memang perkara yang paling penting..sabar dari dugaan..sabar dari gudaan..

norzah said...

Tq, sun ah (sunnah?) for the unmarked 'like' tag. It's the thought that matters more. Tapi komen tu komen biasa je. Tulisan Hjh Sue tak payah komen banyak, Mesti kita tersengeh membacanya, hehehe.

mummy anne said...

ish ish ish yoyop, sempat lg cuci mata melihat ketegapan jejaka2 disana? masyaAllah... org kata lau tgk sekali tu rezeki, lau tgk berkali-kali tu dosa. mesti kenyangkan menelan air liur sambil melihat otot2 mereka hihihi...

untungnya dapat berdoa di tanah suci, semoga dimakbulkan Allah,amin...

oleh kerana u da jd seorg yg penyabar, i uji nanti hehehe...

Si Yoyop Bah... said...

Org kata, menyelam smbil minum air. I kan diver, so smbil myelam mmg terminum air laut Sipadan tu. terasa sgt masin. haha

InsyaAllah doa2 org yg beriman akan dimakbulkan Allah. Amin ya rabbal alamin...

Hehe...Ujian Allah kena sabar. Ujian dr manusia, ada tahap kesabarannya.