Hari ni merupakan hari keempat kami di Taipei. Hr ni kami ke Longshan Temple, Chiang Kai Shek Memorial Hall ( CKSMH ) dan sekali lagi ke Taipei 101.
Route:
Longshan Temple MRT Station -> Exit no. 1 -> Longshan Temple
Longshan Temple ni merupakan temple tertua di Taiwan. Binaan yang asal telah musnah disebabkan gempa bumi, kebakaran dan pengeboman semasa Perang Dunia Kedua. Oleh sebab ia termasuk dalam 10 Places You Must Visit in Taipei, maka kami pun pergilah mencatatkan kehadiran kat sana. Jd, bila org tanya "Dah pegi Longshan Temple?". Bolehlah kami jawab "Mestilah sudah 🙋" dengan bangganya. 😘
Kat sini je aku nmpk ramai warga tua.
Agaknya, nak menghabiskan sisa hidup dengan beribadah.
CKSMH MRT Station -> Exit no. 5 -> Chiang Kai Shek Memorial Hall
Taipei 101 MRT Station -> Exit no. 4 -> Taipei 101
Hari ni kami naik ke tingkat 89. Bayaran masuk NTD 600. Cuaca bagus. Jarak penglihatan sgt jelas.
Chillax dulu dengan Mango Icecream di tingkat 89.
The holder of world's fastest passenger elevator.
Maximum speed is 1010 m/ min.
Acknowledge by Guinness World Records.
Segalanya mudah, indah dan lancar sepanjang 6 hari kami berada di Taiwan. Hanya penutup trip kami je yang tak berapa best. Dipendekkan cerita, ada masalah teknikal antara kami dan host...yang menyebabkan kami terpaksa ambil keputusan untuk bermalam di Airport. Aku taknak ambil risiko sebab esok flight kami awal pagi ke Kota Kinabalu. Apa yang penting, walaupun kami cancel booking di saat akhir, kami dapat full refund. 😥😥😥.
Terpaksa menjadi gelandangan skjp kat Daoyuan MRT Station.
Haha..kalau diingat kembali, kelakar pulak. Masa tu, kedua2 hp kami dah habis bateri, kedua2nya kelaparan, kesejukan dan kepenatan. Maklumlah, dah berhabis pose seharian. Si Claudia ni pun sudah sampai peringkat tak dapat berfikir. Haha. So, aku cadangkan kami makan dulu sushi yang dibeli kat Taiwan Main Station tadi sebelum meneruskan perjalanan dari Daoyuan MRT Station ke Terminal 1. Kalau ada org yang lalu, mesti dorang toleh 2 kali kehairanan. Haha...😆😅😁😝😜. Tebalkan muka je la.
Selepas dicampur semua kos (penginapan, makan, pengangkutan, souvenir, entrance fee, etc), selama seminggu di Taiwan = RM 1008.00
Tiket flight TWU-BKI-TPE-BKI-TWU by AirAsia ( luggage, travel insurance ) = RM 1039.72
Jumlah keseluruhan = RM 2047.72.
Setakat tu je la coretan seminggu kat Taiwan ni. Sebelum mengundurkan diri, ni tip terakhir aku nak bagi. Tourist Attractions banyak kat Red Line...jd, pastikan korang tinggal berdekatan MRT Station Red Line spy masa, jarak dan wang sepanjang percutian sedikit sebanyak dapat dijimatkan. Bye....
~XoXo~
Yoyop
4/4/2018
No comments:
Post a Comment