Tuesday, April 3, 2018

Taiwan- Heart Of Asia (Bahagian 4)

Entri sebelumnya...

Hari ni merupakan hari ketiga kami di Taipei. Misi hari ni adalah memburu bunga Sakura di Yangminshan. Selain Yangminshan, Alishan juga merupakan pilihan terbaik untuk menyaksikan Sakura. Apa yang perlu diingat adalah, sebelum membuat pilihan, sila check "Sakura Forecast" terlebih dahulu. Ini kerana, lain kawasan, lain masa mekarnya Sakura. Taknak lah jauh-jauh datang, sbb malas buat research, Sakura dah berguguran..tinggal ranting je. Memang menangis tak berlagu la.

Route:
Shilin/ Jiantan MRT Station -> Bus no. 5/ 260 -> Perhentian bas terakhir.

Berbaris panjang nak naik bas ke Yangminshan.

Tambang: NTD 60

Yangminshan ni terletak kat tanah tinggi. Macam Cameron Highlands atau Kundasang la...sejuk. Hari tu, sblm bertolak dari hotel, aku tgk weather forecast, 24-26'C je...so, aku pun pakai jaket nipis je la. Jd, untuk mengelakkan perkara yang berlaku kat aku tak berlaku kat korang, aku nasihatkan korang bawa baju tebal siap2. Jangan sesekali tertipu dengan weather forecast. Sejuk sampai ke tulang sum-sum wa cakap sama lu. Kabus yang tebal, angin yang kuat...memang pakej la. Jarak penglihatan masa tu, tidak lebih dari 5 meter. Phewwww....
Sakura menyambut kedatangan kami. 

Bukan satu...tapi 2 pasangan pengantin turut sibuk bgmbr kat sini. 

Ni ler Flower Clock nyer...


Calla Lily yang baru dipetik dari ladang. 

Gugusan Hydrangea.

So, better korang jalan2 ja kat Flower Clock tu...kat situ lagi banyak bunga. Dan yang lebih penting... jarak penglihatan jelas sejelas2nya, cuaca pun bak kat Salem High Country. Nyaman gitew...Haha...


Selepas filem kodak habis dalam 6 roll dengan pelbagai pose 😝, perjalanan diteruskan ke National Palace Museum ( NPM ).

Route:
Shilin MRT Station -> Exit 1 -> Bas no. 18/ 19/ 30/ 304/ 225/ 815.

National Palace Museum

Tujuan ke National Place Museum ni adalah untuk makan real food halal. Lapar giler...td tghari, lunch aku hanyalah sebiji telur rebus herba yang berharga NTD 13. Byk mknnan yang dijual bukan halalan toyyiba...so, aku kena lah tabah berlapar sekejap.

Tips:
Kalau nak makan kat Silk Palace ni ( bangunan di sebelah kanan NPM ), minta Muslim Menu dari pelayan ya. Menu yang tak berapa Muslim je ada kat atas meja. Muslim Menu tu dorang simpan kat Cashier. 
Ruang dalam Silk Palace. 

Chicken Noodle Soup NTD 320

Muslim Prayer Room ada terletak kat basement ( B1 ) NPM ni. Jd, bolehlah singgah solat kat sini.

360 view of National Palace Museum. 

Inilah sahaja aktiviti kami hari ini. Jumpa lagi di entri hari terakhir kami di Taipei- Heart of Asia (Bahagian 5). Bye....

No comments: