Thursday, March 29, 2012

Tersadai di pinggiran...

Hari ini, 29 Mac 2012, aku mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) buat kali kedua bagi tahun ini, gara2 kereta ku tersadai di pinggiran jalan otw ke SM Vokasional Tawau (SMVT). Kes kali ini, minyak clutch kering. Sebulan lepas perkara yg sama berlaku. Nasib baik 'tersadai' di kawasan sekolah je. Dapatla jg ditolak ke Bengkel Automotif oleh 4 org pelajar lelaki. Sehingga saat aku menulis, belum dapat dipastikan, apa masalah sebenarnya. Mungkin ada yg bocor kot???. Takkanlah tangki minyak clutch tu penuh bulan lepas dah kering dlm masa sebulan.

Selama sejam menunggu bantuan (nasib baik ada sepupu Mekanik, Boy). Tmpat tersadai agak sibuk trafiknya. Yelah, time org pergi kerja, hantar anak sekolah dsb. Kebetulan pula berdekatan dgn Kem Askar Wataniah. Hr ni pulak diorg berjogging. Aku tebalkan je muka. Setiap org yg lalu, mesti memalingkan muka, tp takde pulak yg menawarkan sebarang bantuan. Mgkinkah aku perlu menahan kereta atau sesiapa sahaja yg lalu-lalang sambil mendedahkan ketiak yg cerah baru ada yang berhenti mcm kat iklan dlm TV tu?. Haha!. Maklumlah, aku berbaju kurung moden je, tak dedah2 ketiak. Persamaan aku dan model TV tu hanyalah memakai kasut tumit tinggi, setinggi 3 inci. Wrong timing btl la, pki kasut 3 inci, mlmnya dah hujan, mmg berlubang2 la tanah tepi jln tu setiap kali aku mundar-mandir sekitar kereta.

Buat Yati Amir dan "Abe" Zabidi, terima kasih kerana sudi menyapa wp korang sedang bergegas ke tempat kerja.

Ada kereta, ada masalah. Takde kereta pun, masalah jg. Para pembaca sekalian, apa pula masalah kereta anda?.

1 comment:

norzah said...

Ape khabar, Hjh, lama tak in tai kegiatan u karen a sibuk siapkan novel. Sian dengar cerita mibilnya meragam, pasti kerana kurang jaga tu. Kereta tak dipakai pun meragam juga, bateri jadi flat. Namun kegiatan cikgu terus hectic nampak dan cabana/godaam. Gitulah kalau org slim melim dgn potongan hourglass. Maunya kelihatan lengan yg gebu.
Gembira melihat terus bersuara dl blogna.jgn lama2 diam dan tak menulis. Nnt baterinya naik flat, hehehe.