Thursday, June 3, 2010

My Prince of Persia...What took U sooooo long?.


Terjumpa kat ruangan FB. Saja nak kongsi bersama pembaca2 blog yg belum disambar, khasnya Jaime, dan yg sudah menyambar, Norzah.

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

Jodoh adalah perkara yang sudah... ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang dipentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Hehe...tersengih2 sendiri penulis membacanya. Byk yg benar. Mudah2n. Amin ya rabbal alamin.

10 comments:

norzah said...

Eh, eh banyaknya petunjuk org yg serasi jadi jodoh, Yy. Kalau tiap-tiap satu tu seperti lampu menyuluh jalan, torang seluruh kampung. Kalau dia angin yang mengusap rasa, boleh terobang dek e macam org paragliding. Kalau ia anak air yg menyejuk dan menyuburkan hidup, boleh jadi sungai yang melomehkan.
Den setuju semua tapi susah nak cari org yg ada semua 10 sifat atau menunjukkan petanda-petanda tu. Ada lapan dua missing macam gigi yg rongak. Ada 9 satu missing masih bocor (angin lepas keluar) bila bercakap. Yg ada semua sifat tu memang macam Prince of Persia yg u relakan menyambar U, bawa torbang ke pulau kah win, hehehe.
Tapi kan, ada org yg temu awek petang ni, petang sok kahwin. Terus melotup macam api bertemu minyak petrol. Tak sempat nak baca petanda-petanda lagi. Yg susah nak tunggu cari 10 petanda tu pun cukup lama, kalau satu setahun, 10 tahun. Ini yg jadi masalah bosaaaar. Den lebih suka yg terus melotup. Lopeh tu, biarlah kuasa dan kehendak Allah yang menentukan. Setuju tak?

Si Yoyop Bah... said...

Setuju jo...ekau pula mcmana kesah nyo?. Torus melotop atau lape missing duo, tak pu sembile missing satu?. Ceritalah Jang oiii.

norzah said...

Den melotup jo waktu sodang gilo bekojo dgn gomen dulu. Bila dah jumpa yg punya petanda 2,3 dab 9, terus torbang ke pulau KW. Apo nak jadi pun tak kiro lai, biarpun terpaksa berpisah dgn yg pertama (arwah). Yang amat penting ialah petanda 3 - terima seada-adanya, jangan banyak soal atau cungkil rahsia. Rahsia lama adalah khazanah hati, never allow old skeleton to haunt your life.
Make life a mission for dicovering new things, new adventure, new meaning, not crying over the past mistakes or misfortune. Setuju tak?

Si Yoyop Bah... said...

Den setuju jooo...Oh, yg skrg ni 2nd marriage ler?. (sorry kalau soalan ini mgkin mencungkil rahsia ataupun den byk soal. Apapun, den mmg terima ekau seadonya). Hahahaha

norzah said...

Thx. Den torbang ke pulau sakti tu tahun 1978. Itu bukan rahsio tapi keperluan kerana dah kesano sini jlnkan kojo dgn dio dan pegawai-pegawai lain dlm opis yg samo. Skrang, dia terus kerja den dah pencen.Boleh buek apo suko, hehehe. Buek kobun tak jadi (pokok-pokok mangganya mandul agak e walapun dah tinggi rimbun - tak guna punya poko mangga!), buek novel serius publisher tak minat, (dia mau novel cinta rumaja), novel Enggeris tak kunyung-kunyung siap, yang dah siap suruh kawan2 baca draftnya terus bersepah dan beberapa chapter belum jumpa, yang baru belum siap, masih cari ilham utk menulis dan terus menulis, So, kadang-kadang jadi bodyguard macam kata Jamie, kadang2 kita yg kena guard takut lari, hehehe. Ok cukup dulu biar 'suspen' ( jgn tambah 'der'!}. U kalau asyik terbanglayang tentu tak sampai ke pulau KW tu. Jgn-jgn jatuh dulu tanda suruh banyak baring dan tidor supaya Prince of Persia sempat terjun masuk dari tingkap, hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

What KW stands for?. Aduhh..naifnya

norzah said...

Pulau KW tu pulau tompek org banyak makan seafood mesti poilah, macam yg den cerito,kerana gatal - kahwin -matrimony. Imagine. If u r with your bofriend and you asked: KW tu apa, Bang? Dia pun jawab: Iys budak ni! goram den! Terus dipegang dan digoncangnya u, goncang sayang. Itulah yang I maksudkan pepuan naive lebih cepat kena kebas, hehehe.

rambomadonna said...

Have you watched Prince of Persia? If you have then you must know that our Prince release too much of the Sand OF Time. That's why he got stuck somewhere between the past and the future hehehe

norzah said...

If u r asking me, J, I haven't seen the film, Yang tergambar dlm benak I ialah kisah Alladin mencuri masuk ke bilik tuan putri. I was making the point to Yy that a naive girl ( or who pretends to be naive to her boyfriend) often got hitched faster than a smart one, like the dumb brunette in western flicks. My days at the U also told me that the coy and reserved chicks disambar org lebih cepat dari yang daring dan bebas bergaul, Tapi itu dulu, zaman gadis pingitan, Sekarang lain, kan?

norzah said...

Belum balik dari ngembar ke, Yy? Sunyi tak ada u dan J on the blog, hehehe.