Saturday, June 26, 2010

JIPC 2010

JIPC or Jempol International Paragliding Competition. Berlangsung selama 3 hari dr 11-13 Jun. Penulis dtg bukan sebagai peserta, hanya sebagai penonton. Cuma bagi sokongan moral, di samping ingin bertemu dengan mereka2 yg selama ini cuma ketemu secara maya. Dan, melawat bukit2 yg selama ini cuma dilihat dr skrin komputer.

11 Jun- Hari pertama yg bermula agak lambat. Hmm...kena maklum la sukan ini bergantung sepenuhnya kepada keadaan angin. Bosannya menunggu, dah la panas. Akibat cuaca yg terik, pening kepala mula lah datang. Hya satu flight sahaja yg dapat Cross-country, kalau tak silap landing sejauh 33 km dari tempat Take-Off. Yang lain semua Top to Bottom. Sebenarnya, bergantung kepada nasib dan skill juga utk terbang lama dan tinggi.

Paragliders sedang sibuk men'set' GPS mereka.

Dan yg bestnya hr ni, penulis berkenalan dengan ramai paragliders tempatan dan luar negara, seperti dr UAE, Nepal, South Africa dan banyak lagi la. Wah...terasa kecil sekali diri ini bila bersama mereka. Kecil dari segi pengalaman dan fizikal.

Dari duduk sehinggalah baring, menunggu angin.

12 Jun- Hari ni, muka dah semakin perit. Penulis bercadang menghabiskan masa di tempat berkumpul sahaja. Tak kuasa lagi Parawaiting kat tempat Take-Off. Panas. Tp hari ni, keadaan angin agak memberangsangkan. Byk juga yg Cross-Country dan Babu, Paragliders dr Nepal itu membuat aksi Wing Over. Wow!!!!. (minit 1.45-2.15, lihat inlet. That's wing Over).

Dan malam ini kami ada jamuan makan bersama Ahli Parlimen Daerah Jempol sempena Program "ntah apa ntah", (dah lupa namanya) anjuran Majlis Perbandaran Jempol. Semua bengang. Ntah apa2 ntah. Dah la ramai foreign Paragliders, mkn malam setakat mihun yg ditapau dlm polisterin?. Wow, level budak sekolah menengah ke?. Ntahla apa pandangan dorg, yg penting ramai yg bengang. Alasannya, tiada peruntukan. Tanpa membuang masa, satu demi satu cabut meninggalkan majlis.

Eh, kat tmpat kami makan tu, tak lama YB yg merasmikan majlis tadi pun datang. Hahahaha...agaknya dia pun tidak berpuas hati atau tak kenyang dengan mkn mlm yg disajikan.

13 Jun- Hr ni angin '0'. Tak de langsung. So, dr membuang masa menunggu org terbang tak juga terbang2, penulis balik hotel dan buat refleksologi. Maklumlah, penat berjalan masa di Padang. Lagi berbaloi.

Kesian sendi jari jemari bdk dr China ni,
smpi berkematu akibat tlampau diguna semasa refleksologi.


Dan mlm ni mlm penutup. Mkn mlm kat Home Stay, Kg. Lonek. Ni baru lah best. Ada nyanyian Minang, mknn pun sodap2 belako, ada daging salai masak lomak cili padi, ado ikan keli goreng dan banyak lagi lah. Tp penulis suko kambing black pepper, dan ikan bilis+kacang+keripik kentang+ serunding kelapo. O mak ekau...gendang gendut tali kecapi perut den.

That's all folks. Bye. Happy commenting.

7 comments:

norzah said...

Tersangat menarik, Yy, dan sy berasa malu kerana macam tu punya sambutan tak dapat hadir sebab pergi ke Johore Bharu menghadiri majlis perkawinan anak seorang saudara. Siapa YB yg mengistiharkan pertandingan tu? I dah lupa kerna orang baru. Kalau dulu YB Dato' Khalid Yunus, seorang kenalan baik.
Tidak ada promo mengenai pertandingan ini diperingkat negeri atau federal. Kementerian Pelancungan pun tak tau. Sedih juga dengar makan meehun bungkus. Dalam perjalanan ke Bahau dan Seremban tentu namoak rumah sy, tapi sesuatu ni yg nampak lebih dulu hati, mata cuma pandang kemudian. Kalau hati belum nampak, mata tak melihat pun.
Glad you enjoyed everthing especailly sambutan di KG Lonek and the SPA at the hotel. Kalau sy ada pun tak dapat beri apa-apa layanan peribadi kerana sdmua sudah diaturkan. Next time, hopefully.

Si Yoyop Bah... said...

Hehehe. On the Way nak ke KL, lalu Ulu Bendul, Bukit Putus, Gunung Angsi, dll. I will be back again nxt time. InsyaAllah.

norzah said...

Tau tak u Bukit Putus itulah tempat pertempuran hebat antara askar Inggeris dan pahlawan Tengku
Antah dlam tahun 18** * dah lupa). Inggeris pakai senapang pahlawan melayu oakai tombak dan keris serta tali humban yang boleh melontara batu sebesr penumbuk. Orang putih hairan bagaimana askar mereka boleh pecah kepala tanpa bunyi letupan kuat, hehehe. Salam.

Si Yoyop Bah... said...

tak tau. Thanks 4 the info. Br tahu.

norzah said...

Sekarang bru tahu rahsuanya. Rupa-rupa Prince of Persia sudah pun sampai maka beraraklah awan mendung dan menyerlahlah pelangi seribu warna menerangi angkasa aya. Jiwa putreri paragliding merecup kembang menjadi jiwa seorng saterawan yang sedang dilambung gelora bahagia, jalan di tanah tidak berjejak, terbang diudara tak perlu sayap. Demikianlah jika bahagia sudah mengunjungi hati seorang insan. Diucapkan selamat bahagia Cikgu dan didoakan agar segala rancangan berjalan lancar, angin tenang bertiup kencang supaya anda dapat meluncur
diangkasa untuk sampai ke bukit kencana. Amin

Si Yoyop Bah... said...

Yeah...Tq. I'll b joining U in Lalaland. InsyaAllah.

MiN said...

yop.. lepas nih ko kena menitik beratkan sapa yang nak mereflesologi kaki jemari ko tu.. sebabnya.. dari sekarang.. ko kena menjaga auratmu.. lebih elok kalau diurut oleh kaum hawa :) just my 2 cent